CANTIK

7.2K 101 4
                                    

Noah Iskandar merangkul pinggang April Qaisara. Dia agak terkejut melihat gadis itu seolah-olah melarikan diri. Mereka bertatapan. Wajah sembab April Qaisara menyapa pandangan Noah Iskandar. Cantik! Itu ayat pertama yang bermain di fikirannya.

Dia terdiam sehinggalah April Qaisara meronta, minta dilepaskan.

"Jangan pernah apa-apakan Intan, cukuplah saya jadi mangsa!"

April Qaisara memberanikan diri untuk berkata-kata. Noah Iskandar mendekati gadis itu.

"Aku tak nak dengar apa-apa. April Qaisara. Kau tak ada apa-apa. Maruah? Semua dah hilang semalam" sinis dan cukup membuatkan telinga gadis itu bernanah dibuatnya.

"Boleh diam tak? Awak tak tahu apa-apa pasal saya!" bentak April Qaisara. Dia geram apabila lelaki di hadapannya itu cuba memprovok dirinya.

"Hahah, tak tahu apa-apa? Aku tau semuanya pasal kau. April Qaisara binti Abdul Aziz. Anak yatim. Anak angkat Dato Bakri yang dia kutip dari rumah anak yatim. Kawan rapat Intan Nurjannah. Kau tak ada sesiapa selain keluarga dato tak guna tu!" nada suara Noah Iskandar semakin meninggi.

April Qaisara terduduk mendengar semua kata-kata Noah Iskandar. Semuanya benar. Pastinya lelaki itu telah menjalankan siasatan terhadap latar belakangnya.

"Awak nak apa, hah?"

Noah Iskandar duduk merenung wajah sugul April Qaisara.

"Aku yakin sekarang ni polis tengah cari kau. Aku nak kau tahu yang aku takkan lepaskan kau. Kau duduk sini sampai aku rasa nak lepaskan kau!"

April Qaisara mulai cuak. Bagaimana dengan pembelajarannya nanti? Pastinya semua tengah risau. Intan. Hans. Farhan. Dato Bakri. Wajah semua manusia itu bermain di fikirannya. Pastinya dia menjadi beban buat masa ini.

"Please... saya merayu. Lepaskan saya. Saya masih belajar lagi. Saya tak nak susahkan sesiapa untuk cari saya" April Qaisara cuba memujuk.

Tetapi Noah Iskandar langsung tidak terpujuk. Malah dia melemparkan senyuman mengejek.

"Then, that's good. Kau stay sini, diorang akan berhenti cari kau. Maybe diorang dah anggap kau mati. Kau dah tak perlu susahkan diorang lagi". Senangnya Noah Iskandar bercakap!

"Kenapa awak buat macam ni? Apa salah Intan? Apa salah papa?" soal April Qaisara.

"Kau tak perlu tahu. Kau bernasib baik sebab kau tak ada pertalian dengan Dato Bakri, kalau tak.."

April Qaisara memintas kata-kata lelaki itu.

"Bernasib baik? You must be kidding me" April Qaisara ketawa di hujung ayatnya. Dia umpama sudah hilang akal. Mana tidaknya, semua itu berlaku terlalu pantas. Terlalu pantas maruahnya hilang.

"Kau ni kenapa? Dah gila?" soal Noah Iskandar.

"I guess so" laju saja April Qaisara menjawab.

"Dah, kau tak payah nak tunjuk muka kesian kau. Nah, pakaian kau. Dah boleh ganti, semua dah rabak aku kerjakan semalam". Beg kertas dilempar ke arah April Qaisara.

Dia kembali mengimbas kejadian semalam. Biarpun dia tidak ingat apa-apa, dia tetap berasa jijik. Dia tidak menyangka, maruahnya diragut oleh lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

Noah Iskandar berlalu pergi. Pintu bilik kembali dikunci. April Qaisara meloloskan diri ke dalam bilik air. Dia melihat wajahnya yang sugul dan sembab. Air mata yang mengalir bagaikan tidak mahu berhenti. Saat itu, dia rasakan..masa depannya telah musnah. Mahkota yang selama ini dijaga untuk insan bergelar suami telah dirampas.

Lalu, apa lagi yang dia punyai. Tubuh yang tiada nilai. Jasad yang hilang 'nyawa'nya.

***********************************

April Qaisara malu sendiri melihat bahagian tubuhnya yang terdedah. Pakaian yang tersarung di tubuhnya agak seksi. Dia keluar dari bilik air, namun langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Noah Iskandar di dalam bilik itu.

Automatik, tangannya menutup bahunya yang tidak tertutup. Pandangan Noah Iskandar jatuh pula pada bahagian paha dan betisnya yang putih. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kau tak payah tutup pun, aku dah tengok semua semalam. Bukan setakat tengok, aku dah sentuh.. rasa.."

April Qaisara menutup dua belah telinganya dengan tapak tangan. Tak sanggup mendengar perkara jijik daripada mulut lelaki itu lagi.

"Haish, kau tunggu sini lah. Aku bawakkan pakaian lain" ujar Noah Iskandar apabila melihat reaksi April Qaisara. Dia tahu gadis itu tidak selesa dengan pakaian sebegitu.

Selang 5 minit kemudian, Noah Iskandar kembali dengan beberapa helai pakaian di tangannya. Pakaian tersebut dilemparkan, sengaja dia mendera jiwa gadis itu. Dengan pantas, April Qaisara mengutip dan kembali ke dalam bilik air.

Setelah menukar pakaian, April Qaisara keluar dari bilik air. Noah Iskandar tidak berkedip memandang gadis itu. Tidak menyangka, pakaian itu cantik tersarung di tubuh genit April Qaisara. Pakaian itu adalah milik arwah ibunya.

"Cantik" perkataan itu spontan keluar dari mulut Noah Iskandar.

Kening April Qaisara berkerut. Tidak dapat menangkap kata-kata lelaki itu.

"Apa?"

Noah Iskandar tersedar dari lamunannya. Wajahnya kembali serius.

"Takde apa-apa. Aku cakap sorang-sorang. Kau stay dalam bilik ni, kejap lagi ada orang bawakkan makanan. Kau tu dari semalam tak makan. Mesti penat buat 'kerja' semalam" kata-kata kotor keluar lagi dari mulut Noah Iskandar.

Pandangan April Qaisara jatuh pada katil dan cadar. Tompokkan darah membuatkan hatinya bagai mahu gugur. Begitu juga dengan air matanya.

Sabar, April. Jangan menangis depan dia lagi

Terpejam mata gadis itu. Sememangnya dia tidak sanggup memandang semua itu lagi. Noah Iskandar turut memandang arah yang sama. Bagaikan mengerti, dia menarik cadar dan comforter itu.

"Kejap lagi aku suruh bibik tukarkan" ujarnya selamba.

April Qaisara berjalan menuju ke arah tingkap. Udara di luar jauh lebih menenangkan. Baru sehari di dalam rumah itu, dia sudah rindukan dunia luar. Noah Iskandar berlalu keluar.

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now