Sejam selepas Noah Iskandar keluar dari rumah, April Qaisara mula menjalankan siasatannya. Dia pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh lelaki itu. Ruang kerja suaminya tidak pernah dijejaki. Sudah acap kali dia melihat suaminya keluar masuk dari bilik itu. Biarlah dia digelar tidak tahu serik, dia tetap mahu mencari tahu serba sedikit tentang suaminya.
Nasibnya baik apabila bilik itu tidak berkunci. Derapan kaki dikawal supaya tidak kantoi dek sesiapa termasuk Bik Yanti. Pintu dikunci dari dalam. Tempat pertama dituju adalah rak buku suaminya. Diteroka sehingga lima minit berjalan. Namun tiada apa yang mencurigakan.
Sebuah album di atas meja kerja menarik perhatiannya. Pasti ada gambar lelaki itu dan ibu bapanya. Dia merenung lama wajah seorang anak kecil, mirip sekali dengan suaminya. Dia tersenyum. Menganggap bahawa anak kecil di dalam gambar itu adalah suaminya.
Namun matanya terbuntang apabila melihat beberapa keping foto keluarga. Tiga orang manusia yang kelihatan begitu gembira dan bahagia. Noah Iskandar memeluk erat pinggang seorang wanita yang sedang mendukung anak kecil berumur lingkungan 2 tahun. Degupan jantungnya bagaikan terhenti.
Wajah ceria suaminya bagai halilintar yang memanah tangkai hatinya. Diselak lagi album itu hingga matanya tertancap pada sekeping foto wanita itu bersama anak kecil yang sudah meningkat usianya. Dikeluarkan foto itu dari album dan dia cuba mencari sebarang tulisan di belakangnya. Taman bunga itu!
Flowers are beautiful and colourful but not great as my life- Iskandar
April Qaisara menggagahkan diri untuk membaca bait kata yang seterusnya.
This garden is full of flowers, but my life is full of your love. Thank you, Is.. My dearest husband- Irma
Dia bagaikan kehilangan oksigen apabila menangkap perkataan husband pada bait ayat itu. Air matanya tumpah tika itu. Luluh hatinya melihat keceriaan anak dan ibu itu. Tergamak Noah Iskandar menyembunyikan semua ini daripadanya.
Terus dia teringat akan peringatan dan amaran si suami tentang taman bunga itu. Patutlah dia dilarang menjejakkan kaki ke tempat itu! Dia tergelak sendiri. Dia sangka lelaki itu sekadar marah kerana dia melakukan sesuatu tanpa izinnya, namun hari ini dia tahu alasan terhadap arahan itu.
Bunyi pintu diketuk dari luar bagaikan lut dek telinga April Qaisara. Tombol pintu dipulas berkali-kali. Wanita itu lalai dan leka dengan bayangan lama, saat lelaki itu mendendanya. Kini dia tahu, siapa sebenarnya dia di dalam hidup Noah Iskandar.
Pintu berjaya dibuka. Noah Iskandar muncul bersama seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. April Qaisara masih kaku di situ. Tubuhnya membelakangi si suami. Noah Iskandar meraup wajahnya. Dipandang anaknya yang tidak tahu apa-apa.
"What are you doing here, April?"
Sudah tahu, bertanya pula! Memang dah kantoi la oi!
Tiada respon.
Noah Iskandar mendekati wanita itu. Pandangannya beralih pada album yang sudah terbuka dan juga sekeping gambar di tangan isterinya. Sah! Rahsianya sudah terbongkar! Dammit! Sumpahnya di dalam hati.
"Is there anything else that you hide from me? Oh, shit! I should not meddling with your family matter. Pardon me, Mr. Iskandar"
April Qaisara menoleh dengan wajahnya yang merah kerana tangisan. Kata-kata sinis itu tidak disambut oleh Noah Iskandar. Lelaki itu memandangnya agak lama. Tidak mahu kalah dengan tatapan mata Noah Iskandar, April Qaisara turut merenungnya. Hinggalah lelaki itu melepaskan keluhan panjang.
"That sigh, what is it for? You win, Iskandar. You win this fucking game" April Qaisara menyerang lagi. Pandangannya beralih pada tubuh kecil di sebelah suaminya. Senyuman sinis dihadiahkan.
"Lovely son... where is your mom?" April Qaisara membongkokkan badannya untuk berbicara dengan anak kecil itu.
"You are my new mom, kan daddy?" soal Irfan yang agak petah. Noah Iskandar mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat anaknya.
"Hmm.. damn great! Being a babysitter kind of my new passion".
Tidak tahan dengan perlian dan kata-kata sinis dari April Qaisara, Noah Iskandar mengarahkan Bik Yanti untuk membawa Irfan ke biliknya. Dia perlu bersendirian dengan wanita itu. Dia harus selesaikan semuanya hari ini juga!
"Look.. You have the right to be mad. Those photo, Irma.. she was my past!" bersungguh-sungguh lelaki itu menjelaskan semuanya.
"Kau hebat, Noah.. I still remember those words, kau yang pertama dan yang terakhir.. damn cool. Sounds like a super charming prince in a drama. Tapi sebenarnya kau... a big liar...."
April Qaisara ketawa di hujung ayatnya. Panggilan sudah berubah kepada kau dan aku.
"Kau boleh tuduh aku apa saja. But please... dengar dulu apa aku nak cakap and then, baru kau nilai sendiri. Memang Irma yang pertama, tapi aku kahwin dengan dia bukan sebab aku cintakan dia.. Dia pilihan papa aku. Memang pada mulanya aku susah untuk terima, tapi lama-kelamaan aku sedar... aku cintakan dia. Irfan adalah hasil perkahwinan aku dengan Irma. Tapi rumahtangga kami tak kekal, Irma tuntut fasakh masa Irfan umur 3 tahun. Hak penjagaan berpihak kepada dia sebab dia ibu. Aku tak dapat buat apa-apa sebab aku hilang arah masa tu. Aku hilang semua orang yang aku sayang. Kau yang terakhir, April.. aku kahwin dengan kau sebab.."
"Sebab apa? Cinta? Hah, jangan berani sebut perkataan tu!"
"Memang sebab cinta!"
"Cinta? Okay, got it! After you fucking rape a girl and claim she is yours.. then is that how you translated love as? So realistic!"
Padan muka kau Noah! Dulu kau maki-maki dia. Dia dera jiwa dia. Kau siksa dia macam banduan. Sekarang kau rasa lah pulak apa yang dia rasa! Syiok kan?
"Kau cakaplah apa yang kau nak. Aku memang nak settlekan semua ni, aku nak jelaskan semuanya pada kau.. tapi kau dah tahu lebih awal. I am so sorry for everything. Aku tahu kau takkan dapat maafkan aku. Tapi aku nak kau tahu, aku sanggup lakukan apa saja untuk tebus apa yang aku dah buat pada kau dulu".
"Aku bukan macam kau! Lelaki yang suka ambil kesempatan terhadap orang yang lemah! Lelaki yang suka menghukum tanpa bukti yang jelas!"
Memang benar. Itu adalah dirinya. Semua kerana Irma. Wanita itu yang telah membuatkan dia berubah.
"Everyone needs second chance, April. Aku akan tetap nantikan peluang kedua tu"
Noah Iskandar melangkah keluar dari ruang itu. Ditinggalkan isterinya yang agak terpempan dengan luahan sebentar tadi. Kenapa hati kau sakit, April? Kau cintakan dia juga ke? Kenapa kau masih cemburu sedangkan Irma hanya bekas isteri dia?
Aku cintakan dia? Tak mungkin!
.
.
Sorry gais busy weekend ni. Nah, saya bayar hutang!
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...