April Qaisara merenung dirinya melalui cermin. Sedikit kagum dengan pilihan baju nikah oleh Noah Iskandar. Cantik dan tersarung elok di tubuhnya. Dandanan dan solekan membuatkan dia tampak lebih segar dan berseri-seri.
Serasanya, ini kali pertama wajahnya di'touch up' sebegini. Sebelum ini kalau ingin ke kolej, hanya loose powder yang ditempek ke muka. Ditambah sedikit warna dengan calitan lipstik berona lembut. Sudah pekak telinganya mendengar bebelan Intan, hanya kerana dirinya yang tidak suka bersolek untuk ke kolej.
Dia tersengih sendiri. Rasa sebak mula bertandang.
Jangan nangis, April! Kau kena kuat!
Dia menoleh saat pintu diketuk perlahan. Wajah Bik Yanti menyapa pandangan. Mereka saling berbalas senyuman.
"Jom, turun. Dah nak mula acaranya" April Qaisara mengangguk. Tangannya dipimpin oleh Bik Yanti kerana kainnya yang agak meleret.
Semua mata memandang April Qaisara saat dia menuruni anak tangga. Ada yang tersenyum. Ada yang berbisik sesama sendiri. Ada yang terlopong. Ada yang tidak berkedip matanya. Noah Iskandar menoleh.
Dia terpana.
"Cantiknya" tanpa disedari, kata-kata pujian itu keluar dari mulut Noah Iskandar. Dia benar-benar terpukau dengan kecantikkan April Qaisara. Patutlah semua orang memandang wanita itu!
April Qaisara mula berasa kurang selesa apabila perasan pandangan Noah Iskandar yang tidak berganjak darinya.
"Dah boleh mula ye?"
Noah Iskandar tersedar. Dia menoleh dan malu dengan diri sendiri. Tangannya digenggam tok kadi. Rasa bergemuruh mula bertandang.
"Aku nikahkan akan dikau dengan April Qaisara binti Abdul Aziz dengan mas kahwin senaskah al-quran"
"Aku terima nikahnya April Qaisara binti Abdul Aziz dengan mas kahwin senaskah al-quran" hanya dengan satu lafaz.
"Sah?"
"Sah" sahut beberapa orang saksi.
Saat itu air mata April Qaisara memang tidak dapat dibendung lagi. Sekelip mata, dia bergelar isteri. Dia sudah bertukar status hanya dalam beberapa hari. Bik Yanti mengusap lengannya perlahan, dia seolah-olah memahami perasaan wanita itu.
Noah Iskandar menghampiri isterinya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Tidak pasti sama ada dia benar-benar gembira atau semuanya sekadar lakonan. Dia meraih jemari April Qaisara. Cincin yang dikelilingi permata kecil itu disarungkan ke jari manis isterinya.
Wanita itu hanya menundukkan wajahnya. Apabila kucupan hangat singgah didahi, April Qaisara memejamkan matanya. Angannya musnah. Dia mengimpikan kucupan dari lelaki yang dicintanya.
"Kau yang pertama dan yang terakhir. Thank you, my babyboo. You look so beautiful till I can't take my eyes off you" Noah Iskandar mengusik isterinya, bagai tak kira masa.
Suara-suara nakal mula kedengaran. Mungkin menganggap semua itu manis buat alam perkahwinan. April Qaisara mengangkat wajahnya. Air liur diteguk apabila mendapati jarak mereka yang begitu dekat. Mereka terus bertatapan hingga Bik Yanti berdehem kecil sambil mengawal ketawanya.
Pipi April Qaisara yang sedia merah, ditambah lagi rona. Seorang lelaki yang memegang kamera di tangannya menghampiri. Lalu ditepuk perlahan bahu Noah Iskandar.
"Get ready untuk session tangkap gambar pulak"
Selesai saja sesi tangkap gambar, April Qaisara meloloskan diri ke dalam bilik. Malu apabila ramai yang mengusiknya dengan Noah Iskandar. Almari dibuka. Tuala dan pakaian digapai. Dia mahu mandi. Panas dek memakai baju pengantin itu.
*******************************
Noah Iskandar melangkah ke dalam bilik. Semua tetamu sudah pulang. Penat juga rupanya melayan tetamu ni, monolognya di dalam hati. Matanya meliar mencari kelibat isterinya namun apabila melihat pintu bilik air yang tertutup dia tersenyum.Dia melabuhkan punggung di atas katil. Kagum melihat hiasan bilik itu. Pintu bilik air dibuka. Mereka saling terkejut apabila melihat wajah masing-masing.
"Awal mandi" Noah Iskandar memulakan operasi mengusik isterinya.
"Panas pakai baju tu" April Qaisara berjalan dan melabuhkan duduk di atas kerusi mengadap meja solekan. Dia mula mengeringkan rambut.
"Ooo, aku fikir kau tak sabar nak.. "
Noah Iskandar sengaja membiarkan ayatnya tergantung. April Qaisara berhenti mengeringkan rambutnya. Geram dengan usikan lelaki itu.
"Stop it, Noah. Awak pergi mandi lah"
"Suami isteri kena mandi sama-sama. Jom mandi sekali lagi" Noah Iskandar tersenyum nakal. Dia berpura-pura mahu mendekati wanita itu.
"Awak datang dekat, saya jerit". Ugutan April Qaisara langsung tidak menggentarkan Noah Iskandar.
"It's good la diorang dengar. Mesti diorang fikir.. wow hebatnya Noah"
"Boleh tak sekali je awak berhenti jadi annoying?"
Noah Iskandar tersenyum.
"Aku gurau je lah". Dia melucutkan bajunya di depan April Qaisara. Sengaja menduga reaksi wanita itu. Tuala digapai. Dia berjalan ke arah bilik air.
April Qaisara melepaskan keluhan panjang apabila lelaki itu sudah hilang ke dalam bilik air. Pintu bilik air dibuka kembali. Kepala Noah Iskandar terlihat.
"Kau jangan lupa turun makan. Malam nanti kan kita nak work out" Senyuman nakal terhias di bibir lelaki itu. Pintu bilik air ditutup lagi.
"Shut up, Noah!" jerit April Qaisara.
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...