ROSES

4.3K 90 2
                                    

April Qaisara tahu suaminya ada memasuki kamarnya semalam. Comforter yang menyelubungi tubuhnya pada pagi tadi adalah bukti. Dia datang jenguk anak dia je tu! Hati kecil April Qaisara sengaja menafikan ketulusan hati seorang lelaki bergelar suami. Buat apa syok sendiri?! Eh, syok ke? Hmph! Kalau tak kerana perutnya yang sudah kian membesar, dia pasti sudah mengangkat kaki dari neraka itu. Perutnya diusap, lembut dan begitu perlahan. Bibirnya mengukir senyuman. Itu sumber kekuatannya.

Sungguh, rawan di hatinya masih membekas. Seakan dirasa, dia seperti sudah kebal dengan sikap Noah Iskandar. Mungkin juga hatinya sudah tawar. Tawar untuk terus mengecap bahagia dengan lelaki itu. Dia tidak yakin lelaki itu jodoh azalinya di Luh Mahfuz. Bukankah apa yang berlaku itu ada hikmah yang telah ditetapkan oleh Ilahi? Tapi macam mana kalau benar Noah Iskandar jodoh April Qaisara? Jodoh tak akan ke mana!

Irfan tiba-tiba muncul di muka pintu dengan senyuman yang diukir di bibir. Kelihatan dia sudah segar, pasti sudah mandi.

"Mommy, daddy panggil breakfast. Jom! Irfan nak makan sekali dengan mommy and daddy"

Aduh, payah lah nak elak kalua macam ni! Kasihan pula dia lihat muka Irfan, kanak-kanak itu benar-benar menagih kasih sayang seorang ibu dan bapa. Senyuman Irfan dibalas. Dia bangun dari katil dan memimpin tangan anak kecil itu untuk turun ke bawah.

Sampai saja di meja makan, kerusi ditarik oleh Irfan. Sebelah suaminya! Bijak betul Irfan ni. Sungguh suasana amat tegang dan sunyi. Hanya perbualan Irfan dan daddynya. Seleranya hilang sebaik saja pandangannya berlaga dengan lirikan mata Noah Iskandar. Lelaki itu kelihatan berbeza. Pandangannya redup dan agak resah. Sukar sekali untuk dia mentafsir makna riak wajah itu.

Tangan dicuci. Kerusi ditarik. Irfan memandang daddy dan mommynya silih berganti.

"Mommy nak pergi mana?"

April Qaisara menoleh, dipandang wajah polos Irfan. Dia tahu suaminya juga memandangnya. 

"Mommy dah kenyang, Irfan makan la eh"

Noah Iskandar turut bangun dari duduknya. Dia sempat menarik lengan isterinya sebelum wanita itu melangkah lebih jauh. Wajah tanpa riak April Qaisara mengundang kembali rasa bersalahnya.

"You need to eat. Tadi tu sikit sangat. Jangan lupa, ada satu nyawa lagi dalam tubuh kau. Aku tahu kau marah aku, tapi jangan sampai kau siksa diri kau dengan anak dalam perut tu" nadanya agak tegas. Namun tidak sedikitpun membuat April Qaisara lembut hati. Ditarik kasar pergelangan tangannya. Jelingan maut dihadiahkan. Langkah kembali dihayun ke tingkat atas. Keluhan kecil dilepaskan oleh Noah Iskandar.

***********

April Qaisara berdiri di tepi tingkap, matanya tidak lari dari memandangi taman bunga yang pernah dilawatinya. Dia menoleh saat terdengar bunyi pintu dikuak. Disangka Irfan tetapi rupanya daddy Irfan. Moodnya hilang lagi. 

"Kau nak pergi taman tu ke?"

"Kau ajak aku ke ajak Irma?" kata-kata sinis itu terus membuatkan Noah Iskandar terdiam. Mungkin terpukul dengan kata-kata itu. Memang itu motif April Qaisara. Padan muka!

"Okey. Aku tak kisah kau nak maki ke. Nak marah berapa lama sekalipun. Tapi... tolong jawab satu je soalan aku. Kenapa kau emo-emo dan marah sampai macam ni? Apa sebenarnya yang kau rasa? Aku dah luahkan perasaan aku, how about you?"

Noah Iskandar memang mahu sekali tahu isi hati isterinya. Namun dia tidak kisah jika cintanya bertepuk sebelah tangan. 

"Soalan kau dah jadi dua. Aku nak jawab satu je"

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now