April Qaisara memandang suaminya yang diam saja sejak peristiwa siang tadi. Menjadi-jadi pula rajuknya, tak buka mulut langsung sejak pagi tadi. Selepas solat berjemaah tadi, lelaki itu terus meluru ke arah katil dan mengadap telefon bimbitnya. April Qaisara sempat menjeling ke arah skrin telefon bimbit suaminya, namun lelaki itu lebih laju melarikan telefonnya.
"Abang... merajuk lagi ke?" sengaja dia manjakan suaranya. Nak tengoklah lelaki itu terpujuk atau tidak, namun tiada sebarang respon. Matanya masih setia memandang skrin telefon.
April Qaisara mendekatkan jaraknya dengan lelaki itu. Jemarinya bermain dengan kumis halus yang tumbuh di sekitar dagu suaminya.
"Ala... jangan la merajuk lama-lama. Sayang takde teman nak borak ni.."
Noah Iskandar menahan dirinya dari melepaskan ketawa. Penat juga control garang ni.
"Abang... jangan la macam ni, dengan Irfan pun nak jeles. Orang dah kasi Irfan tidur dengan Bik Yanti lah.."
April Qaisara masih belum berputus asa untuk memujuk suaminya. Dicubit manja kedua belah pipi suaminya. Noah Iskandar segera meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu ditolak perlahan tubuh isterinya sehingga kedua-dua mereka terbaring.
"What do you mean by dah kasi Irfan tidur dengan Bik Yanti?" lirikan menggoda dari Noah Iskandar membuatkan April Qaisara sedikit gementar. Sudah lama agaknya mereka tidak bermesraan sebegitu.
"No.. nothing.. I am just telling by the way" segera dia melarikan pandangannya. Aduh, boleh kena serangan jantung kalau kena tenung macam ni!
"Nothing?.. but why are you blushing so beautifully right now? Hm?" balas Noah Iskandar. Nadanya benar-benar menggoda. Lirikan mata dan renungan maut itu pasti menggegarkan iman April Qaisara.
"No, no. Jom tidur, dah lewat ni" sengaja dia mencari alasan untuk meloloskan diri dari kepungan Noah Iskandar namun lelaki itu tahu niat isterinya.
"Irfan is not here, would you really wanna waste our precious time?" jemari Noah Iskandar naik menyisir juntaian rambut isterinya yang jatuh menutupi dahi. Dibelai wajah wanita itu hingga ibu jarinya berhenti di ulas bibir April Qaisara yang sedikit terbuka.
"Actually, I really miss your sweet lips. Everything about you. Damn, maybe I am just too obsessed with my lovely wife" sambungnya lagi. Matanya tidak lari dari memandang ulas bibir isterinya.
"Well, quite proud to hear that" senyuman diukir di bibirnya. Senyuman nakal dan penuh makna.
"Abang merajuk lagi tau ni..." ujar Noah Iskandar yang tiba-tiba berubah moodnya.
"Oooo, merajuk lagi eh.. Macam mana eh nak pujuk.. Hmm..." jemari April Qaisara umpama berlari-lari di dagunya, acah-acah berfikir.
Comel!
Noah Iskandar menahan dirinya untuk tidak termakan dek pujukan wanita itu. Isterinya mendekati, lengannya melingkari tengkuk lelaki itu. Direnung lama wajah suaminya dengan mata yang sengaja dikerdipkan berkali-kali.
"Abang..."
"I am not going to lose for your seduction..."
April Qaisara mencebik, senyuman terukir di bibirnya. Wajahnya didekatkan dengan wajah lelaki itu.
"I am not seducing, just cuddling maybe.."
Cup! Satu kucupan hangat mendarat di pipi Noah Iskandar. Berkedip matanya, cuba mengawal rasa terkejut dengan tindakan isterinya. Dia berdehem sedikit buat menghilangkan rasa gugup di hati. Mau terkeluar jantung!
April Qaisara tergelak di dalam hati melihat reaksi suaminya yang acah-acah tak tergodaa. Kucupan secara berterusan disambung pada bahagian yang lain, hidung, dahi dan akhir sekali.. bibir suaminya.
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...