Siang melabuhkan tirai dan malam datang menggantikan langit yang terang. April Qaisara memegang perutnya. Rasa pedih. Mungkin gastriknya menyerang. Dengan kudrat yang masih ada, dia berjalan ke arah pintu dan mengetuk beberapa kali.
"Tolong bukak pintu ni....."
April Qaisara rebah ke lantai. Perutnya ditekan lagi. Siang tadi dia hanya makan sedikit saja. Sekarang sudah pukul 9:30 malam. Wajarlah dia sudah berasa lapar. Pintu dibuka dari luar. Wajah serius Noah Iskandar menyapa pandangan April Qaisara.
Wajah gadis itu berkerut. Matanya hampir terpejam. Noah Iskandar agak risau.
"Kau kenapa ni?" tubuhnya direndahkan.
"Perut saya sakit. Lapar. Saya ada gastrik" balas April Qaisara. Noah Iskandar menampar dahinya.
"Kenapa tak bagitahu aku? Haih, kau boleh bangun tak ni?"
April Qaisara mengangguk. Dia cuba bangun namun terduduk semula. Noah Iskandar tidak menunggu lama. Tubuh genit itu terus digendongnya.
April Qaisara tergamam. Wajahnya begitu dekat dengan lelaki itu. Jika di lihat lebih dekat, lelaki itu agak segak orangnya. Bermata coklat. Hidung mancung. Bibir yang tidak hitam seperti seorang perokok.
Gadis itu diletakkan secara perlahan-lahan ke atas kerusi. Dia hanya terdiam sambil matanya masih merenung wajah Noah Iskandar.
"Kejap lagi bibik bawakkan kau makanan"
April Qaisara masih membisu. Kenapa lelaki itu tiba-tiba baik dengannya?
"Takpe. Lain kali, saya boleh tolong masakkan jugak. Bosan duduk kat atas tu"
Noah Iskandar menggeleng laju.
"Tak boleh! Kau duduk je kat atas tu, kalau bosan... panggil je aku. Kita boleh.." Noah Iskandar buat muka nakal. April Qaisara mencebik. Geli melihat wajah lelaki itu.
"Takde lah. Aku gurau je. Kau boleh keluar dari bilik tu, tapi kau jangan cuba-cuba nak larikan diri. Kalau tak, aku rosakkan keluarga Dato Bakri, sekali dengan anak dia sekali. Kau mesti tak nak kan?"
April Qaisara gusar apabila nama keluarga itu disebut. Sesungguhnya dia tidak dapat membayangkan jika Intan yang berada di tempatnya.
"Kau dengar tak?" sambung Noah Iskandar lagi. April Qaisara mengangguk.
"Tapi saya masih sorang student"
"Kau masih fikir pasal study? Kau tak fikir ke... kalau-kalau kau mengandung nanti? Kau nak usung anak tu ke hulu ke hilir? Nak jadi single mom?" soal Noah Iskandar bertalu-talu.
April Qaisara meramas baju yang dipakainya. Kenapa dia tidak pernah terfikir tentang hal itu? Noah Iskandar tersenyum senget. Dia sedikit sebanyak telah berjaya meracun fikiran gadis itu.
Bibik Yanti tiba membawa makanan dan minuman. Selera April Qaisara terus hilang. Fikirannya terganggu.
"Aku nak kau habiskan semua tu. Selagi tak habis, jangan ada hati nak naik atas" arah Noah Iskandar.
*********************************
"Papa, macam mana ni? Polis ada bagitahu apa-apa tak?" soal Intan Nurjannah dengan penuh kerisauan.
Dato Bakri menghembus nafas panjang. Dia duduk di sebelah anaknya.
"Takde apa-apa update. Tapi, buat masa ni.. papa nak Intan hati-hati. Anything can happen"
Kening Intan Nurjannah berkerut. Berasa aneh dengan arahan papanya.
"Maksud papa? Intan tak faham"
"Look, Intan. Kalau kita fikir secara logik, April tu tak mungkin ada musuh. Dia tak banyak kenalan. So, I think.. penculik tu mungkin target Intan, bukan April"
Tepat sekali tekaan Dato Bakri. Maklumlah, otak orang bisnes! Intan meraup wajahnya. Berat betul dugaan ini. Tapi pastinya lebih berat buat sahabat baiknya, April Qaisara.
*********************************
Kalau aku lari dari tempat ni... aku tak perlu lagi hadap lelaki yang aku tak kenal tu.
Papa mesti tolong aku untuk tangkap diorang!
Aku mesti larikan diri!
April Qaisara nekad. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap akan melarikan diri. Dia tidak mahu membayangkan dirinya terus tinggal di dalam rumah itu. Dia mahu hidup seperti orang biasa, bukannya dikurung seperti ini. Akalnya mendapat idea untuk melarikan diri.
Pintu diketuk. April Qaisara cuba memberanikan diri untuk turun ke bawah. Dia harus berpura-pura sibuk di dapur kemudian melarikan diri menggunakan pintu belakang.
Line tengah cantik! Bik Yanti sedang sibuk mengemas di ruang tamu. Noah Iskandar pula mungkin berada di dalam bilik ataupun sudah keluar. April Qaisara mula menyelinap ke pintu belakang. Nasibnya baik apabila pintu itu tidak berkunci.
Dengan sekuat hati, April Qaisara meloloskan diri. Apabila sudah sampai di tengah hutan, dia berhenti. Tapak kakinya terasa sengal kerana sejak tadi dia hanya berkaki ayam. Dia menyandarkan badan pada sebatang pokok besar.
"Kau berjaya, April" senyuman terukir di bibir April Qaisara. Wajahnya kepenatan bercampur kegembiraan.
Wajahnya berubah apabila lengannya tiba-tiba terasa disentuh. Mulutnya dipekup oleh sebelah tangan lagi.
"Hmm" April Qaisara meronta-ronta. Dia bertambah terkejut apabila melihat wajah Noah Iskandar. Lelaki itu menghadiahkannya senyuman sinis.
"Kau memang degil kan, April? Kau cabar aku!"
April Qaisara bertindak menggigit tangan Noah Iskandar. Lelaki itu menahan sakit. Namun apalah sangat dengan gigitan manja, April Qaisara. Noah Iskandar menyuntik sesuatu pada lengan gadis itu. Tidak lama kemudian, tubuh genit itu terkulai layu.
Dunia terasa gelap!
Harapannya hancur! Misinya gagal!
Kau bodoh, April!
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...