Nazmi merenung dua keping gambar di dalam tangannya. Sekeping adalah gambar keluarga bahagia Irma dan Noah Iskandar. Sekeping lagi adalah gambar wanita yang memiliki senyuman manis iaitu April Qaisara. Senyuman sinis terbit di bibir Nazmi.
Ini adalah masa yang tepat untuk dia membalas dendam. Dendam kesumat terhadap lelaki bernama Noah Iskandar. Memang sukar untuk dia melupakan segala yang telah berlaku. Irma! Wanita itu telah memilih Noah Iskandar berbanding dia yang lebih lama mengenali Irma. Dia lelaki yang setia di sisi wanita itu tetapi kehadiran Noah Iskandar telah membuatkan Irma melupakan dia!
Melupakan semua jasa-jasa yang telah dia tabur!
Tapi semua itu bukan salah Irma! Salah Noah Iskandar, lelaki yang pernah dia anggap sebagai teman baiknya. Dia yakin lelaki itu sudah menghidu perasaan kasihnya terhadap Irma, tetapi Noah Iskandar lebih memilih untuk menunaikan hasrat papanya.
Memang Irma dah berpisah dengan kau! Tapi aku tetap nak balas dendam atas apa yang kau dah buat!
Gambar milik April Qaisara dipandang lama.
Mudah betul kau cari pengganti! Dasar keparat!
"Kita mulakan secara perlahan. Kita 'cuit' salah satu daripada dua ni. Aku yakin dia akan goyang"
Konco-konco Nazmi mengangguk dan berlalu pergi.
Kau mesti rindu kawan baik kau ni, Is.
*********
"Tuan, Puan April bilang dia sama Irfan mau ikutin saya ke pasar. Saya tu ngak berani beri keizinan tapi dia bilang dia mau masak untuk si Irfan. Saya jadi serba salah nih" ujar Bik Yanti dengan berhati-hati. Kalau tersalah atur ayat, kang dia yang kena!
Noah Iskandar meletakkan surat khabar yang dibacanya ke tepi. Dia terdiam seketika sebelum memberi kata putus.
"Okey, boleh".
Wajah Bik Yanti terus berubah ceria. Senyum sampai ke telinga!
"Makasih tuan. Irfan pasti senang"
Noah Iskandar menguntum senyuman lalu menghulurkan beberapa not kertas kepada pembantu rumahnya itu. Dia sendiri gembira melihat hubungan isteri dan anaknya. Irfan juga kelihatan lebih ceria berbanding selalu. Itu membuatkan dia sedar, kanak-kanak itu sememangnya memerlukan kasih sayang dan perhatian dari ibu dan bapa.
*********
Setelah puas membeli barang basah, April Qaisara mengajak Irfan dan Bik Yanti pulang. Jam juga sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, dah sesuai la masak waktu begini untuk makan tengah hari. Kalau ikutkan rancangannya tadi, dia ingin masakkan si anak kecil itu soto ayam. Tapi rasanya macam kena tambah lagi sebab dah terbabas beli macam-macam pulak!
Bik Yanti jalan jauh beberapa tapak dari dua beranak itu. April Qaisara pula memimpin tangan Irfan yang dari tadi asyik tersengih saja. Mesti lah happy!
Lampu isyarat menunjukkan warna merah, maka mereka mula menyeberang jalan. Suasana di atas jalan itu masih aman sebelum sebuah kereta Proton Preve berwarna hitam tiba-tiba meluncur laju dan melanggar lampu isyarat.
April Qaisara menjadi terlalu panik. Tubuh kecil Irfan dipeluk dari belakang dan mereka rebah di kaki jalan. Bunyi hon mula memeriahkan jalan besar itu. Irfan sudah tidak sedarkan diri. Bik Yanti menjerit seperti kucing hilang anak. Berkat pertolongan orang ramai, ambulans tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu.
Tangan April Qaisara menggigil teruk. Dia takut. Takut jika anak kecil tidak bersalah itu terjadi apa-apa. Hatinya tidak henti memohon dan berdoa agar semuanya baik-baik saja. Saat itu dia tidak fikir, luka yang turut terukir di tubuhnya.
Irfan dimasukkan ke wad kecemasan. Bik Yanti dan April Qaisara sekadar menunggu di luar wad. Diendahkan saja rasa sakit di perutnya kerana ketika itu dia terlalu risaukan kondisi Irfan. Noah Iskandar pula tiba di hospital sejurus menerima panggilan dari Bik Yanti.
"Mana Irfan? Mana anak aku?" ujarnya separuh menjerit.
April Qaisara memahami rasa resah dan gelisah lelaki itu. Dia cuba menenangkan suaminya. Dipaut lengan Noah Iskandar, namun lelaki itu pantas menepis. April Qaisara terkejut. Wajah bengis suaminya membuatkan dia kecut perut.
"Aku fikir kau boleh jaga dia! Kau tengok apa dah jadi, memang ni yang kau nak kan?" jerkah Noah Iskandar.
Benar, dia sudah hilang pertimbangan. Dia tidak kisah langsung dengan mata yang memandangnya.
"Noah! Awak cakap apa ni? Irfan gonna be fine, trust me!" masih cuba berlembut dengan lelaki itu. April Qaisara melabuhkan duduk kerana mulai merasakan kesakitan di bahagian ari-arinya. Wajahnya juga sudah berubah pucat.
Noah Iskandar membelakangi isteri dan pembantu rumahnya.
"Kalau kau tak suka mak budak tu, kau tak perlu buat macam ni. Aku cuma harap kau boleh jaga dia lebih dari kau jaga diri kau! Aku ada dia je, aku paling sayang dia. Oh ya, dia anak aku.. bukan anak kau. Sebab tu kau tak faham. Agaknya kau pura-pura sayangkan dia selama ni. Kau selfish, April! Kau tak layak jadi mommy dia, bahkan ibu kepada sesiapa pun"
"Saya bukan seperti apa yang awak cakapkan and.. I'm not gonna forgive you, Noah. Never!"
Dada April Qaisara beralun. Peluh merenik di sekitar dahinya. Telinganya sempat menangkap jeritan Bik Yanti dan tubuh Noah Iskandar yang masih membelakanginya. Dunianya kelam selepas itu.
*******
Nazmi meledakkan ketawa yang besar. Dia tahu, dia sudah berjaya membuatkan Noah Iskandar 'goyang' dengan ancamannya.
"Ini baru sikit, Is. I have so much games to be joined by you. Hahahahaha"
Ketawa itu kedengaran begitu jelek. Malah Nazmi kelihatan seperti orang hilang akal. Ideanya untuk berkolaborasi dengan Jennie sudah berjaya. Pasti rancangannya lebih mantap.
Perempuan macam dia memang bodoh! Mudah percayakan lelaki! Hati busuk!
Amboi, pandai mengata orang! Hati dia pun busuk!
Derapan tapak kaki membuatkan konco-konco Nazmi menoleh. Aura seksi dan memikat dari wanita itu tidak dapat dinafikan. Senyuman yang terukir di bibirnya begitu menggoda, bisa membuatkan lelaki merayu dan melutut hanya untuk dia. Tapi tidak buat mereka yang tahu niat sebenarnya.
Dia umpama epal yang cantik dan berkilat di luar, namun berulat di dalam. Busuk! Penuh dengan muslihat!
"Well... my lovely partner dah datang" ujar Nazmi yang sudah berhenti ketawa.
Jennie melabuhkan duduk di sebelah Nazmi. Kakinya disilangkan, sengaja menayang kakinya yang licin dan seksi.
"I kagum dengan konco-konco you. Laju diorang buat kerja. I harap betina tu mati je terus" ujarnya sedikit emosi. Nazmi tersenyum senget. Nafsunya bergelojak melihat tubuh wanita itu. Mengundang betul!
"Kagum dengan diorang je? Patutnya you kagum dengan I, sebab semua ni rancangan I" jemari Nazmi bermain sekitar bahu Jennie yang terdedah.
"Hmm.." itu saja jawapan Jennie. Dia kelihatan terbuai dengan sentuhan halus itu.
Nazmi mula memberikan isyarat kepada konco-konco untuk keluar. Dia sudah tidak sabar untuk membaham wanita di hadapannya itu.
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...