MAAF

4.4K 87 1
                                    

April Qaisara memeluk erat kedua lututnya. Kesejukan malam menggigit tubuhnya. Sejuk hingga ke tulang putihnya. Matanya meliar. Tipulah dia tidak takut berada di dalam ruang gelap itu. Suasana begitu sepi. Begitu juga keadaan di luar.

Tetapi dia mengantuk. Sudah beberapa kali dia tersengguk-sengguk. Sengaja dia tahan rasa itu kerana ketakutan lebih menyelubungi dirinya. Fikirannya juga meliar. Memang dari kecil lagi dia jenis penakut. Kalau nak dibandingkan dengan Intan, dia jauh bezanya.

Mereka saling melengkapi. Saling melindungi. Rasa rindu dan sayu bercampur.

Prak!

Bunyi pintu dikuak membuatkan April Qaisara segera mendongak. Cahaya luar yang menerobos masuk ke dalam ruang itu bagaikan sinar mentari buatnya. Panahan mata Noah Iskandar berlaga dengan pandangan polos April Qaisara. Tanpa bicara, dia tahu sinaran mata itu mengharapkan sebuah simpati daripadanya.

Dia mendekati April Qaisara yang terduduk seperti kanak-kanak yang menunggu ibunya pulang.

"Why? Wanna say something?"

'Behave well, I can treat you better'. Kata-kata itu meniti di fikiran April Qaisara. Tiada guna dia memberontak lagi. Mungkin dengan cara itu, dia akan memperoleh layanan yang baik dari insan bergelar suami. Namun semua itu bukan untuk dirinya sendiri, tetapi buat bayi di dalam kandungannya.

Dia segera mengangguk. Noah Iskandar menguntum senyuman. Entah ikhlas atau tidak. Entah senyuman

"Go on" Noah Iskandar memberikan ruang untuk isterinya meluahkan kata-katanya.

April Qaisara merenung suaminya. Agak lama. Gementar. Resah. Namun jika dia tidak meluahkan hal sebenar, dia pasti terpaksa bermalam di dalam ruang gelap itu.

"Sebenarnya.. saya.. sa..sa..ya.. ta..ta.. kut.. gelap. Saya tak boleh tidur dalam gelap.."

Noah Iskandar cuba menyembunyikan tawa dan senyumnya. Aduh, comel pulak isteri aku bila dah gagap-gagap macam ni. Terus tak jadi nak marah!

"Ok, kejap lagi aku suruh Que bawakkan lampu untuk kau" Noah Iskandar sengaja tidak mahu mencadangkan wanita itu untuk tidur di atas bersamanya. Dia mahu wanita itu meluahkan niat sebenar dan apa yang terbuku di fikirannya.

April Qaisara menggigit bibir bawahnya. Bertambah dia takut untuk meneruskan bicara. Kang kena label 'dah bagi betis, nak paha'.

"Just say what you want, April! Plus.. stop biting your lips otherwise I will eat you out here" nada tegas Noah Iskandar membuatkan pelukan tangan April Qaisara pada lututnya semakin kuat.

"I don't want to be here.. alone.. "

"Finish your sentence, April! Speak out your desire"

April Qaisara memejamkan matanya seketika sebelum kembali meneruskan kata-katanya.

"Saya.. nak tidur atas. Dalam bilik kita. Saya tak nak tidur sorang-sorang kat sini"

Noah Iskandar mengukir senyuman kemenangan. April Qaisara mengetap bibirnya. Kali ini tiada lagi istilah siapa menang, siapa kalah. Dia tidak sanggup bermalam di dalam ruang gelap sebegini.

"Jom, ikut aku naik atas!"

April Qaisara mengekori Noah Iskandar dari belakang. Sampai saja di bilik, lelaki itu menyuruhnya untuk membersihkan diri.

*********

April Qaisara cuba mengawal reaksi terkejutnya apabila keluar dari bilik air. Tidak disangka, suaminya masih berada di ruang kamar itu. Eh, itu kan bilik tidur mereka.. Jadi, logiklah!

Dia mengorak langkah ke arah meja soleknya dan segera melabuhkan duduk. Matanya memerhatikan figura  suaminya melalui cermin. Rasa gementar dan takut cuba disembunyikan. Mindanya segera memikirkan apa yang harus dilakukan. Tidur disebelah lelaki itu atau tidur saja di atas sofa?

Tapi... dia sudah terbiasa tidur beralaskan lengan lelaki itu!

Ah, kau lupa? Kau cakap kau benci dia kan tadi?

Dia keliru. Benar juga. Siang tadi, kemain marah-marah. Malam nak sweet-sweet kenapa? Bodoh! Dia mengutuk dirinya sendiri. Noah Iskandar memerhatikan gelagat isterinya yang agak mencuit hati.

Terkumat-kamit mulut wanita itu, entah apa yang dibebelkan.

"Woi, kau bebel apa hah? Kutuk aku eh?"

Tersentak dan April Qaisara segera menoleh. Dia mulai gopoh. Sikat diletakkan semula. Kepala digeleng laju.

"Cepat tidur. Aku tutup lampu kang, kau sikat rambut tu sampai esok"

April Qaisara mendekati katil. Tubuh direbahkan. Matanya sudah terasa berat. Comforter ditarik. Malu lah kalau tidur beralaskan lengan dia lagi. Bukan setakat malu. Takut. Gugup. Semua ada. Lebih baik tidur macam biasa je.

Noah Iskandar mengerling ke arah batang tubuh isterinya yang sudah lena. Nafas pendek dihela. Aneh juga bila lengannya tidak dijadikan bantal untuk si isteri. Namun otaknya segera mencari alasan dan kemungkinan. Mungkin wanita itu takut dengannya angkara kejadian siang tadi.

Kalau aku tak sayang, kenapa aku nak marah bila Farhan call dia?

Eh, tak... maybe aku takut dia lari. Lari dan bongkarkan semua yang aku dah buat. Yup, betul! Aku cuma takut! Tak lebih dari itu!

Monolog dalamannya terhenti di situ. Dia menguntum senyuman apabila isterinya bergerak dan umpama sedang merenungnya dari alam mimpi. Wajah wanita itu dipandang lama. Jemarinya naik menyentuh pipi mulus isterinya.

Lengan diluruskan. Kepala isterinya diangkat perlahan-lahan dan dialaskan ke atas lengannya.

"Selamat malam. Maafkan aku untuk segalanya.."

April Qaisara dapat menangkap ucapan itu. Memang dia sedang tidur sebentar tadi, tetapi apabila Noah Iskandar mengalihkan posisi kepalanya.. tidurnya terganggu. Namun dia sengaja berpura-pura tidur kerana takut untuk bertatapan dengan lelaki itu.

Hati wanitanya sedikit terusik. Baru saja hendak menyemai rasa benci namun separuh hatinya seakan mengkhianati diri sendiri. Duhai hati!

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now