TEARS

4.1K 73 2
                                    

Can tears transform into laughter? Nothing is impossible.

Kereta yang dipandu Noah Iskandar berhenti di sebuah taman rekreasi yang kurang pengunjungnya. Kepalanya ditoleh, memandang wajah isterinya. Dia ingin wanita itu meluahkan dan melupakan tentang semua yang berlaku sebentar tadi. Tapi jika dia berada di situ, semua itu tidak akan terjadi.

Pintu kereta dibuka secara mengejut, April Qaisara menoleh. Jelas kehairanan. Tanpa buah soalan, wajahnya memberi riak. Seolah bertanya, apa yang cuba dilakukan oleh suaminya. Memahami. Noah Iskandar menghadiahkan senyuman paling ikhlas sebelum menjawab soalan 'bisu' dari isterinya.

"Menangislah. Lepas ni, lupakan semua pasal tadi. You deserve to be happy"

Sekali lagi, senyuman dilemparkan sebelum dia menghempas perlahan pintu kereta. Dia berdiri di luar kereta sambil matanya tegar memerhatikan kondisi isterinya. Wanita itu masih memandangnya. Lama hingga air matanya mengalir sendiri.

Hatinya dirundung rasa kecewa dan terharu. Rasa kecewa yang diberi oleh Farhan dan rasa terharu dengan suaminya. Lalu dia mula memandang lurus. Tangisannya berubah menjadi esakan. Esakan yang menggila. Cukup kuat untuk didengari oleh Noah Iskandar yang berada di luar kereta.

Riak wajah Noah Iskandar terus berubah. Dia menggenggam tapak tangannya. Suami mana yang tidak marah bila ada manusia yang menyakiti isterinya, mahu dari segi fizikal ataupun mental.

Langit bagaikan turut dirundung pilu. Buktinya bumi yang dipijak ini sudahpun basah dengan 'air matanya'. April Qaisara masih dikuasai dengan kesedihannya. Tidak langsung peka dengan keadaan di sekelilingnya.

Setelah hampir 10 minit tubuh Noah Iskandar dibasahi air hujan, April Qaisara menoleh. Dia terus gelabah. Dengan sisa air mata yang masih melekat di pipinya, pintu kereta dibuka segera. Noah Iskandar membongkokkan tubuh untuk berbicara dengan isterinya.

Rambutnya hampir menutupi mata. Basah seperti baru sudah mandi.

"Jom balik, nanti awak demam"

Noah Iskandar tersenyum sebelum memasuki perut kereta. Senyumannya membawa seribu erti. Biarpun dengan kata-kata seringkas itu, dia sudah cukup bahagia. Bahagia apabila dirinya masih diperdulikan.

********

Sampai saja di perkarangan rumah, April Qaisara terus membuka pintu kereta dan bergegas masuk ke dalam rumah. Noah Iskandar memandang risau. Takut jika wanita itu masih belum dapat melupakan segala tentang kejadian tadi. Namun, apa yang disangkalnya ternyata salah apabila wanita itu kembali dengan dua helai tuala di tangannya.

"Nak pergi mana?" soalnya seperti orang bodoh.

Tanpa jawapan, April Qaisara menyelimutkan tubuh suaminya dengan tuala. Sehelai lagi ditekupkan pada kepala lelaki itu lalu digosok sedikit biar kering.

"Awak naik atas, awak mandi. Demam kang susah."

Noah Iskandar tertawa sendirian. April Qaisara menjeling tajam.

"Sayang jugak kau dekat aku eh?"

"Don't be too confident boleh?"

Usai mengeringkan rambut suaminya, April Qaisara bergegas naik ke tingkat atas. Badannya juga sudah melekit, eloklah jika dia mandi sekarang. Noah Iskandar mendapat idea untuk mengusik isterinya lagi. Tuala digapai.

Belum sempat habis pintu toilet ditutup, Noah Iskandar menahan dengan sebelah tangannya.

"Aduh, aduh, aduh" sengaja dia mahu wanita itu keluar dan melihat kondisinya. Padahal tak adalah sakit sangat pun tangan tu! April Qaisara menjulurkan kepalanya.

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now