Devil or angel? Choose one, wisely
April Qaisara menyuap nasi ke dalam mulut. Sedap pula masakan Bik Yanti hari ini. Tapi mungkin kerana dia penat dengan agenda siang tadi. Derapan kaki membuatkan dia menoleh. Dilihat Noah Iskandar yang sedang menuruni anak tangga.
Lelaki itu duduk di sebelahnya. Wanita itu dipandang lama.
"Lapar betul kau ni. Dah la tak tunggu aku"
April Qaisara buat tak tahu saja. Kalau dia buka mulut, pasti lelaki itu mencari jalan untuk mengusiknya lagi. Sesudah makan, dia bangun membawa pinggan ke sinki. Dicuci dan dia berjalan meninggalkan suaminya.
Lengannya ditarik, dia berhenti melangkah. Tanpa bicara, dia seolah-olah bertanya 'kenapa' melalui riak wajahnya. Noah Iskandar menarik kerusi di sebelahnya dan menyuruh wanita itu menemaninya makan.
"Takkan la nak biarkan aku makan sorang-sorang. Kau tu isteri aku. Isteri, kena temankan suami makan"
April Qaisara hanya membisu. Sekadar temankan itu tidak menjadi masalah. Cuma dia takut lelaki itu menuntut sesuatu yang lebih daripadanya. Dia hanya memandang suaminya menyendukkan nasi ke dalam pinggan.
Senduk di tangan lelaki itu dirampas. Noah Iskandar seolah-olah terkejut namun dia biarkan saja wanita itu menguruskan makanannya.
Sesudah itu, April Qaisara menadahkan tangannya. Noah Iskandar termangu sendiri. Dia turut menadahkan tangan. Mengerti dengan respon isterinya, dia membacakan doa. Dia mula menyuap makanan.
"Masa kawan awak datang haritu, saya ada terdengar perbualan awak dengan dia. Actually, mula-mula je tercuri dengar. Lepas tu, saya saja dengar sampai habis"
Noah Iskandar berhenti menyuap makanan apabila mendengar pengakuan isterinya. Dia memandang tepat ke arah wanita itu.
"Kawan? Yang mana satu?"
"Kawan perempuan. Tak ingat pulak nama dia"
Noah Iskandar terdiam. Jika wanita itu terdengar perbualannya, pasti dia sudah tahu Noah Iskandar jenis manusia yang macam mana. Dalam diam, dia memaki dirinya sendiri.
"Kau dengar dari mana sampai mana?" soalnya.
"Dari part awak bagitahu dia yang awak nak kahwin dengan saya.. and sampai habis"
"So kau nak judge aku? Judge lah, aku tak kisah"
Dengan tenang, April Qaisara membalas.
"Nope. That's not my point. Saya cuma nak awak tahu je, saya tercuri dengar perbualan awak. I know it is quite rude, but curiosity kill me"
"Ok, I like your sincerity. Tapi kalau kau berani curi-curi dengar lagi, aku tak mampu kot jadi setenang ni"
April Qaisara meneguk air liurnya. Agak gerun dengan kata-kata lelaki itu. Memang dia sengaja meraih kepercayaan Noah Iskandar. Dia sudah merancang untuk melarikan diri lagi. Dia tidak kisah dengan title isteri pada dirinya. Dia mahukan kebebasan.
***************
Noah Iskandar memandang tajam ke arah isterinya yang sedang mengibaskan cadar katil. Wanita itu kelihatan tenang, tidak segentar wanita lain pada malam pertamanya.
'Kau yang rosakkan dia, lepas tu nak merasa malam pertama. Memang tak lah!'
April Qaisara merebahkan badannya. Comforter ditarik ke paras bahu. Malam ini agak sejuk.
"Macam tu je?" Noah Iskandar bersuara tiba-tiba.
April Qaisara kembali membuka matanya. Ada saja kerenah lelaki itu, dia mengeluh pendek.
"Kenapa?"
"Dah lah tinggal aku kat bawah tadi. Kau tahu kan... malam ni malam pertama kita"
Terbuntang mata April Qaisara. Gila! Takkan lah lelaki itu mahu menuntut haknya lagi. Aduh, dia tidak bersedia. Cukuplah selama ini dengan paksaan dari lelaki itu.
Tapi sekarang dia suami kau! Bodoh!
Sempat dia memaki dirinya sendiri. Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Tubuhnya sedikit tersentak.
"Aaa.. tidur lah awak. Saya penat" Sengaja mencari alasan biarpun kelihatan agak tidak munasabah.
"Penat? Aku cuma nak pinjam..." Noah Iskandar mendekati telinga isterinya. Dia mahu mengusik wanita itu lagi. Sesekali dia menghembus lembut. Terpejam mata April Qaisara. Jemarinya menggenggam comforter.
"Pinjam apa?" ujarnya takut-takut.
"Pinjam telinga kau. Aku nak story-mory dengan kau ni. Cepat bangun, jangan bantah!"
April Qaisara menghembus nafas lega. Dia bangun dari pembaringannya. Wajah lelaki itu dipandang lama. Comforter masih ditubuhnya.
"Memandangkan kau dah jadi isteri aku.. jadi aku tak nak la kau terfikir-fikir apa kerja aku. Aku ada 2 kerja. Satunya, kerja macam orang biasa. Aku mewarisi syarikat arwah papa aku. Kiranya aku ni boss lah. Yang satu lagi ni, kerja gerunkan orang. Malangnya, kerja jahat lah. Aku nak bagitahu kau awal-awal. Kau better behave and dengar cakap aku. Yang kau nampak ni masih manusia lagi. I have my own dark side, April. I can be the devil that hanging into your life and angel that bring you an infinite happiness. It's your choice, sweetie" Noah Iskandar tersenyum di hujung ayatnya.
Kata-kata itu sedikit sebanyak memberikan keraguan buat April Qaisara. Dia mula memikirkan rancangannya untuk melarikan diri. Dia takut jika dia gagal lagi kali ini.
Tidak!
Dia akan berjaya. Tidak kira apa yang harus ditempuhi, dia akan lari dari sini. Tiada lagi Noah. Tiada lagi sengsara.
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...