AMARAH

4.5K 88 3
                                    

Noah Iskandar memandang isterinya yang sudah tersungkur ke lantai. Biarpun terbit rasa bersalah dan simpati, amarahnya lebih menguasai diri. Egonya tercabar apabila ada lelaki lain mahu mencampuri urusan rumahtangga mereka.

Dia tahu isterinya tidak bersalah, tetapi dia mahu wanita itu tahu bahawa semua ini adalah tanda protesnya sebagai seorang lelaki yang bergelar suami. Suami mana yang tidak naik angin bila ada lelaki lain nak masuk campur urusan rumahtangga mereka.. (Cehh, memang la tak suka. Tapi tak ada lah sampai nak zalimi bini cik abang oiii. Haish, author geram ni)

April Qaisara mengusap kepalanya yang sakit. Rambutnya dirasakan bagai mahu tercabut ketika ditarik sebentar tadi. Rasa sakit di perutnya sudah berkurangan. Di dalam hati dia tidak henti memanjatkan doa agar kandungannya yang masih muda itu tidak apa-apa.

"Kurung dia!" konco-konco Noah Iskandar pantas bertindak apabila satu arahan tegas dikeluarkan.

Bagai memohon simpati, April Qaisara cuba mendekati suaminya tetapi lelaki itu bertindak menjauh. Air mata tidak henti mengalir. Sakit luar dan dalam apabila diperlakukan sebegini.

April Qaisara dikurung di dalam sebuah bilik yang belum pernah dimasukinya. Jeritan mula berkumandang, tetapi tidak langsung diendahkan. Lama-kelamaan semakin sayup kedengaran. Tubuh April Qaisara melurut jatuh dari belakang pintu. Lemah. Dia tiada tenaga untuk menjerit lagi.

Pandangannya jatuh ke atas perutnya yang kempis. Lirih. Pedih. Bayi itu sumber kekuatan dia. Anugerah yang dihadiahkan buatnya.

"Sayang.. maafkan mama.. mama tak jaga sayang betul-betul. Terima kasih sebab temankan mama. Mama takde sesiapa lagi untuk bercerita. Untuk jadi teman suka duka. Nanti jadi anak yang baik ye.."

Dia tersengih sendiri dalam kesedihan yang melanda. Takdir. Semua ini takdirnya. Tidak kira apa yang terjadi, dia harus kuat. Kuat untuk bayi di dalam kandungannya!

I hate you, Noah.. I really hate you!

Tidak salahlah jika dia masih teragak-agak untuk menyerahkan hatinya buat lelaki itu. Semalam dia gembira. Hari ini dia berduka. Entah esok apa pula yang bakal jadi.

Kau tak berhak jadi papa kepada anak aku! Kau zalimi isteri dan anak kau sendiri! Aku benci lelaki macam kau!

********

Pintu dibuka dari luar. April Qaisara memandang dengan wajah mendatar. Tiada siapa yang bisa membantunya. Mereka semua hanya pekerja yang mengikut arahan dari lelaki kejam bernama Noah Iskandar. Maka, dia sendiri tidak seharusnya menyalahkan mereka.

Que menghulurkan sepinggan nasi dan segelas air kosong. Tidak mahu memandang wajah wanita itu, takut jika simpatinya menjalar terhadap April Qaisara. Memanglah kesian, tapi dia tak dapat buat apa-apa. Lagipun, semua ini adalah urusan rumahtangga majikannya.

"Makan ye.. baby dalam perut tu kena membesar dengan baik. Saya keluar dulu"

Hati April Qaisara sedikit tersentuh. Masih ada yang mengambil berat tentang dirinya. Senyuman terukir di bibir biarpun hati masih terluka. Makanan disuap ke dalam mulut. Tiada guna jika dia menunjukkan protesnya kali ini. Pasti tidak baik buat kandungannya.

Pintu dibuka lagi. April Qaisara menolak perlahan pinggan dan meneguk air di dalam gelas hingga habis. Tanpa melihat si empunya tubuh, dia menegur..

"Saya dah habis makan. Saya nak.."

Bicaranya terhenti di situ. Senyumannya juga mati. Senyuman sinis dari Noah Iskandar benar-benar membuatkan hatinya makin bernanah. Pandangannya dilarikan. Benci melihat wajah iblis berupa manusia itu.

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now