Sejak kejadian siang hari tadi, April Qaisara langsung tidak menunjuk mukanya di dalam bilik. Dia memilih untuk berseorangan di dalam kamarnya sendiri. Sebenarnya malas bersemuka dengan lelaki bernama Noah. Lihat saja muka lelaki itu sudah cukup membuatkan dia rasa ingin mengamuk.
Mungkin atas arahan Noah Iskandar, Bik Yanti muncul di muka pintu bersama sedulang makanan di tangannya. Memang tiada gunanya untuk dia melancarkan perang mogok kerana bayi di dalam perut itu perlu dipelihara sebaik mungkin. Itu sumber kekuataanya saat ini.
Dia diam. Rambutnya yang ikal dilepaskan, angin malam menerbangkan rambut menimbulkan rasa geli di sekitar leher. Dia selesa sebegitu. Tenang. Aman. Rasa seperti masalahnya turut berterbangan dibawa angin. Andai saja begitu! Keluhan berat dilepaskan.
Masih memikirkan motif dan alasan suaminya menyembunyikan kebenaran yang baru saja terbongkar siang tadi. Agak-agak kalau aku tak siasat sendiri, dia nak bagitahu ke? Tapi dia sendiri cakap, dia memang nak bagitahu aku pasal semua ni, cuma dia lambat sikit je!
Ah, alasan!
Hatinya berbelah bahagi. Tapi kenapa??!! Kenapa dia perlu rasa sakit dan kecewa seperti ini? Kenapa dia rasa dipermainkan? Tiada lagi air mata untuk dilepaskan. Apa yang dia rasakan sekarang terlalu kompleks.
Pintu sekitar balkoni ditutup. Dengan langkah yang agak perlahan, April Qaisara mendekati katil. Dibaringkan tubuhnya yang agak berisi berbanding selalu. Ketika sedang menarik comforter, hujung matanya menangkap kewujudan seorang manusia di muka pintu. Terkejut dibuatnya!
Tangannya mengusap dada. Irfan! Nak marah pun tak jadi sebab comel sangat. Anak kecil itu memandangnya lama. Entah apa yang dihajatinya. Pandangan April Qaisara beralih pada patung beruang kecil di tangan budak lelaki itu. Sekadar mengangkat kening, dia bertanya apa yang dimahukan oleh kanak-kanak itu.
Seolah memahami isyarat itu, Irfan berjalan mendekati April Qaisara. Wanita itu terus bangun dari pembaringannya. Irfan menarik comforter. Perlahan.
Aku tak faham...
"Nak apa?" soal April Qaisara.
Rilek, April! Yang buat taik tu bapak dia, bukan anak dia!
"Irfan mengantuk. Daddy lambat, Irfan takut tido sorang-sorang". Bijak benar anak kecil itu berkata-kata. Ditambah pula dengan mimik mukanya yang sengaja dimasamkan. Mahu meraih simpati dari seorang wanita yang dikenali sebagai mommy.
"So?..." meleret saja soalan itu.
Irfan memandang ruang kosong di sebelah katil wanita itu. Wah! Pakai isyarat mata je eh?
"Irfan nak tido dengan mommy, boleh?" ujar anak kecil itu dengan pelat yang masih bisa difahami.
Well, you can't say no for his cuteness!
April Qaisara menepuk ruang kosong disebelahnya. Senyuman nipis dan anggukan darinya membuatnya Irfan menjerit keriangan. Mudah betul buat dia gembira!
Irfan mula memanjat katil dan baring di sisi April Qaisara. Comforter ditarik hingga menutupi segenap tubuhnya. Ditoleh kepalanya memandang Irfan yang sedang merenung perutnya.
"Kenapa perut mommy lagi besar dari perut Irfan? Mommy makan banyak eh?" soalan cepumas itu membuatkan April Qaisara melepaskan ketawa kecil.
"Dalam ni... ada adik Irfan" tangan anak kecil itu diletakkan ke atas perutnya. Senyuman paling manis dilemparkan.
"Adik Irfan? Yeayyyyy!!"
April Qaisara meletakkan jari telunjuknya di mulut, mengisyaratkan supaya anak kecil tidak membuat bising.
"Irfan jangan bising eh... Kita tidur dulu, dah lewat ni"
Irfan mengangguk lalu memeluk tubuh wanita itu. Terkesima. Dia kaku apabila dilayan begitu. Bijak benar anak kecil itu mencuri hatinya, bukan seperti babanya yang hanya tahu menyakitkan hati! Mereka sama-sama tertidur dalam posisi begitu. Selesa dan amat menenangkan.
*********
Noah Iskandar menolak sedikit daun pintu sebelum tubuhnya benar-benar masuk ke dalam kamar isterinya. Sejuk hatinya melihat permandangan di depan mata sekarang. Dalam diam, bibirnya mengukir senyuman. Namun rasa bersalah kembali bertandang apabila dia merenung wajah polos isterinya yang sedang lena diulit mimpi.
Kakinya laju melangkah ke arah almari, mencari comforter buat isterinya. Dialas pada tubuh wanita itu. Dia tahu wanita itu pasti akan bertindak mengasingkan dirinya dengan tidur di bilik berasingan. Dia sememangnya sudah menjangka semua itu. Apabila teringat akan pengakuan dan luahan perasaannya siang tadi, dia menghela nafas lega. Lega kerana berjaya meluahkan semuanya.
Tidak kisahlah jika cintanya tidak disambut kerana ianya tidak logik dek akal jika wanita itu turut merasai hal yang sama. No, tak logik! Orang dah buat bukan-bukan dekat kau, dera jiwa kau! Mental kau! Memang tidak logik!
Kau penjenayah, Noah! Tak layak dicintai!
*******
April Qaisara tersedar dari lenanya apabila menyedari pergerakan di sebelahnya. Matanya digosok sebelum menoleh ke arah Irfan yang sudah segar matanya. Kanak-kanak itu masih berbaring sambil menantinya bangun dari tidur. Wajah ceria Irfan benar-benar membuatkan hatinya cair. Anak kecil itu sangat menyamai rupa bapanya. Bezanya, lelaki itu hanya tahu membuatkan hatinya sakit berbanding Irfan yang sekejap saja sudah mencuri hatinya.
"Mommy cantik. Tidur pun cantik"
Pujian Irfan membuatkan April Qaisara menghamburkan ketawa yang agak besar. Di mana anak kecil itu belajar untuk membuahkan kata-kata semanis ini? Bapanya? Tidak mungkin! Mungkin juga dari ibunya.
"Pandainya dia nak ambil hati kita eh? Puji-puji ni, nak apa? Mommy nak kasi hadiah" balasnya. Sengaja melayan kerenah anak kecil itu.
Irfan segera bangun dari pembaringannya. Begitu juga dengan April Qaisara. Irfan kelihatan begitu teruja.
"Irfan nak kiss.. Kiss sini.. sini.. sini.." dimainkan jemarinya pada dahi, pipi kanan dan pipi kiri.
April Qaisara mendekatkan wajahnya. Tiga kucupan di tempat yang berbeza dihadiahkan seikhlas hati. Irfan menyambut dengan senyuman manisnya. Jemari April Qaisara naik ke atas anak kecil itu lalu digosok kepalanya. Irfan memejamkan mata, senang diperlakukan sebegitu.
"Hug me, sayang" April Qaisara mendepakan tangannya, minta dipeluk.
Irfan segera mendapatkan mommynya. Dipeluk dengan penuh kasih dan sayang.
"Mommy... mommy sayang daddy kan?"
Soalan cepumas Irfan membuatkan April Qaisara terdiam. Pelukan dileraikan. Direnung mata anak kecil itu seolah-olah dia sedang merenung wajah suaminya. Lamunannya terhenti apabila senyuman dilirik oleh Irfan. Itu bukan Noah, Noah tidak pernah senyum semanis itu!
"Mesti lah.. kenapa Irfan tanya macam tu?"
Wajah anak kecil itu berubah muram umpama cuaca yang tiba-tiba mendung.
"Ibu cakap ibu tak sayang daddy... Ibu cakap Irfan menyusahkan dia. Ibu dah tak nak Irfan lagi"
Apabila menangkap suara tangisan dari bibir Irfan, April Qaisara segera memeluk erat tubuh anak kecil itu. Tangannya mengusap belakang tubuh Irfan supaya dia lebih tenang.
Dari bukaan pintu yang kecil, Noah Iskandar memerhatikan adegan mesra yang berubah menjadi sayu dan lirih. Sakit hatinya melihat anak kecil itu menangis kerana bekas isterinya. Usia anak itu terlalu muda untuk menjadi mangsa kepada sebuah penceraian. Untung saja ada April Qaisara di sini, yang mampu memberikan kasih sayang kepada Irfan.
Syukur, Ya Allah!
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...