HINA

4.2K 71 5
                                    

Cacian, makian. Itu makanan buat Noah Iskandar sejak kejadian hitam yang menimpa isterinya, April Qaisara. Irfan? Pada mulanya, layanan April Qaisara agak teruk. Semua itu kerana dia benar terluka dengan semua kata-kata suaminya sebelum dia disahkan keguguran.

Setiap kali melihat wajah Irfan, dia pasti teringatkan momen bahagianya bersama anaknya yang bakal lahir. Anak kecil itu sering dimarahinya. Ditengking hingga Irfan takut untuk mendekatinya. Mana tidaknya, kanak-kanak itu sudah biasa diperlakukan sebegitu rupa oleh ibu kandungnya.

Noah Iskandar tidak menyalahkan isterinya kerana dia tahu, semua itu berpunca dari dirinya sendiri. Direndahkan ego. Dikawal emosinya yang menggila. Semua demi isteri tercinta. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan wanita itu memaafkan semua khilafnya yang lalu.

"Aku nak jumpa Intan. Aku nak jumpa kawan-kawan aku"

Permintaan itu sebenarnya amat berat untuk ditunaikan oleh Noah Iskandar. Namun dia sudah berjanji untuk menunaikan apa saja keinginan wanita itu.

"Boleh. But I must go with you. Aku tak nak jadi apa-apa dekat kau"

April Qaisara mencebik. Memang lelaki itu yang menjaganya sepanjang tempoh dia berpantang, namun hatinya tetap berkeras. Jangan termakan dengan kata-kata maaf dia! He must pay for all those mistakes!

Perjalanan ke kolej itu memang lama. Jauh dari kawasan pendalaman itu. Irfan tidak ikut, ditemani oleh Bik Yanti di rumah. Jadi, mereka hanya ditemani oleh suara-suara dari corong radio.

Noah Iskandar menjeling sekilas. Pandangan isterinya terarah ke luar tingkap. Mungkin sedang termenung, mungkin sudah melelapkan mata.

"Are you really sure with this kind of action? Ready to face with any consequence?"

Sepi. Tiada jawapan. Sama ada dia berpura-pura tidur atau sengaja malas memberi jawapan.

"Kita boleh patah balik kalau-"

April Qaisara bertindak menguatkan kelantangan radio. Tidak betah hendak menjawab semua soalan Noah Iskandar.

"Okay. I shouldn't ask that question I guess..''

April Qaisara kembali melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Soalan suaminya amat sukar untuk dijawab. Rasa risau dan gelisah sememangnya sudah menemaninya sepanjang perjalanan, tetapi dia tidak mahu sahabat baik yang sudah dianggap seperti adik-beradiknya itu menjadi bertambah risau dengan kehilangannya sejak beberapa bulan yang lalu.

Sejam kemudian, mereka tiba di destinasi. Noah Iskandar menoleh ke arah isterinya. Wanita itu terlihat teragak-agak untuk turun dan menemui sahabatnya, Intan Nurjannah.

"Are you really okay with this?" soal Noah Iskandar dengan penuh prihatin.

April Qaisara terasa dirinya dicabar. Pantas, tali pinggang keledar dilucutkan. Tiada minat untuk berkomunikasi dengan lelaki itu. Langkah diatur, Noah Iskandar setia mengekorinya dari belakang.

Saat bertembung dengan keramaian, banyak mata-mata yang memandangnya aneh. Ada yang berbisik. Ada juga yang memandang hina terhadapnya. Noah Iskandar tidak menunggu lama, dia mempercepatkan langkahnya dan memaut lengan wanita itu.

April Qaisara sedikit tercengang. Belum sempat dia menepis, Noah Iskandar segera mengeluarkan arahan.

"We must stay this way. Semua orang pandang kau lain. Aku suami kau, kalau diorang attack kau.. aku ada"

April Qaisara tidak lagi memberontak, dituruti saja semua arahan suaminya. Entah kenapa, pautan lelaki itu seperti memberikan dia kekuatan. Kekuatan untuk berhadapan dengan sahabatnya.

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now