Bik Yanti memandang ke arah April Qaisara yang sedang meneguk air. Dia tersengih nakal apabila mengingat adegan manis wanita itu dengan suaminya. April Qaisara pula berasa aneh kerana pembantu rumah itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Tetapi kenapa dia yang dipandang?
"Kenapa bik pandang saya macam tu?"
Bik Yanti masih mengulum senyuman. Dia berhenti membuat kerjanya dan mendekati wanita itu. Sebelum memulakan bicara, dia memandang sekeliling. Takut jika bossnya mendengar dia gosip.
"Non tadi tidurnya nyenyak banget loh"
April Qaisara tersenyum kelat. Malu kerana kantoi dengan pembantu rumah. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
"Malu la saya bik.. jangan cakap macam tu.."
"Malu kenapa? Bik suka banget lihat non sama tuan bisa gituan. Sebentar tadi, tuan ngak benerin sesiapa kejutkan non.. malahan dia turut ketiduran sekali sama non di dalam mobil"
April Qaisara cuba mengawal riak terkejutnya. Apa motif lelaki itu? Kenapa kadang suka sangat berkasar dan kadangnya dia sangat baik. Split personality ke apa?
"Ok lah bik. Saya nak naik atas dulu. Selamat malam"
Sampai saja di bilik dia melihat suaminya sedang berbaring di atas katil sambil melihat sesuatu di skrin telefonnya. Dia tidak mahu mengganggu lelaki itu yang mungkin sibuk dengan kerjanya.
"Kemaskan semua barang kau tu. Aku dah belikan, so pandai-pandai la simpan" ujar Noah Iskandar dengan nada tegas.
April Qaisara menoleh. Suaminya masih merenung skrin telefon. Dia mencebik kemudian mula menelik semula semua pakaian yang dibeli siang tadi. Senyuman terukir di bibir. Semua cantik. Senang hatinya. Tapi dia terkejut melihat satu lagi beg kertas yang agak aneh.
Bila masa aku beli ni? Macam pelik je
Isi beg kertas itu dikeluarkan. Apabila melihat beberapa pasang kelengkapan bayi, April Qaisara tersenyum lalu memandang suaminya. Noah Iskandar sengaja pura-pura tidak perasan.
"Terima kasih, belikan semua ni.. Termasuk untuk baby dalam perut saya.. Baby say thank you.."
April Qaisara mengusap perutnya yang kempis.
"Mengarut la kau ni. Budak tu bukan boleh dengar lagi, tak sampai sebulan pun"
Noah Iskandar meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sebelah katil.
"Eh, aku pelik la dengan kau ni. Kau boleh je larikan diri tadi. Kan kau suka lari dari aku. Kau kan tak suka tinggal dalam rumah ni" kata-kata pedas dari Noah Iskandar langsung tidak memberi impak kepada April Qaisara. Malah wanita itu masih kekal selamba.
Semua barang disimpan lalu dia melangkah ke arah katil. Punggung dihenyak di atas katil. Noah Iskandar masih menunggu jawapan isterinya.
"Apa yang peliknya? Kalau saya lari dari rumah ni.. semua barang yang awak belikan tu.. takkan nak kasi Bik Yanti. Kan tu awak beli untuk saya..." April Qaisara tersengih apabila menghabiskan ayatnya.
"Pandai kau menjawab eh.."
April Qaisara segera merebahkan tubuhnya apabila suaminya seolah-olah mahu meluku kepalanya.
"Kau lupa ke bantal kau kat mana?" Noah Iskandar tersenyum sinis. April Qaisara segera mengesotkan tubuhnya dan mendaratkan kepalanya di atas lengan lelaki itu.
"Awak.. awak rasa baby ni lelaki ke perempuan?"
"Eh, kau ingat aku ahli nujum ke nak teka-teka pulak"
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...