Kalau bab ambil air wudhu, April Qaisara tidak lupa. Tapi kalau bab nak solat, dia hampir lupa. Pergerakan dan ayat lisan yang perlu dibaca. Seingatnya, kali terakhir dia solat adalah sewaktu dia masih bersama ibu dan bapanya. Ya Allah, dah lama sangat aku alpa!
Noah Iskandar memandang isterinya yang sudah siap bertelekung. Cantik. Sejuk matanya memandang. Wanita itu tertunduk malu. Malu kerana baru sekarang dia bakal solat berjemaah dengan suaminya.
"Kau ikut je pergerakan aku kalau kau lupa. Solat berjemaah ni senang je. Senang tapi dapat banyak pahala berbanding solat sorang-sorang"
April Qaisara mengangguk perlahan. Noah Iskandar kemudian berdiri di atas sejadahnya manakala isterinya berada di belakang sebagai makmum. Saat takbir diangkat dengan bacaan Allahu akbar, suatu perasaan aneh singgah di hati April Qaisara. Rasa tenang dan gembira kerana masih sempat mengabdikan diri kepada Sang Pencipta.
Solat itu disudahi dengan salam yang diberikan pada kiri dan kanan. April Qaisara menadah tangan saat suaminya membaca doa. Kemudian lelaki itu menoleh, menghulurkan tangannya untuk disalami oleh si isteri. Persis dalam drama Melayu yang ditayangkan dalam kaca televisyen.
April Qaisara terpana seketika sebelum dia menyambut tangan lelaki itu. Noah Iskandar merenung wajah isterinya. Senyuman memang tidak lekang di bibirnya. Entah sejak bila dia murah dengan senyuman.
"So, how? Okey tak?"
"Okey. Saya rasa lain macam. Tenang. Gembira. Terima kasih banyak-banyak sebab awak ajarkan apa yang saya dah lupa"
"Apa pulak terima kasih.. aku kan suami kau. Patutnya dari dulu lagi kita macam ni. Aku nak minta maaf, aku bukan suami yang baik, aku bukan imam yang baik. Tapi kalau kau boleh bagi aku peluang.. aku akan cuba jadi lebih baik dari aku yang sebelum ni"
April Qaisara terdiam. Masih wujudkah rasa cinta dan kasih buat lelaki itu?
Kalau aku tak cintakan dia, kenapa aku ambil berat pasal dia? Kenapa aku sedih bila dia ungkit pasal cerai? Tapi.. apa yang dia dah buat kat aku dulu..
Dia dah minta maaf. Masa aku hilang baby dalam kandungan aku pun, bukan salah dia. Sekarang dia dah berubah, bagi dia peluang!
"Saya.. saya.. saya tak tahu.
"It's okay. Aku pun tak sangka aku boleh jatuh cinta dengan cara ni. Mula-mula aku ingat semua ni hanya simpati, tapi bila ada orang lain yang nakkan kau.. aku sedar, aku tak nak hilang kau. Walaupun aku dah banyak buat jahat dengan kau, but I hope you feel the same, April" wajahnya segera ditundukkan. Dirasakan saat ini, dia lelaki yang paling tidak sedar diri.
"Yes, I do. Tapi-"
Terus saja Noah Iskandar mengangkat wajahnya kembali. Umpama ada sinar di wajahnya saat mendengar perkataan itu. Adakah dia sedang bermimpi? Tangan kanan isterinya diraih dan dielus pada pipinya.
"I am not dreaming right?" balasnya dengan mata berkaca. April Qaisara mengangguk malu.
"Kau buatlah apa saja untuk balas apa yang aku dah buat kat kau dulu. Kalau kau nak buat report polis pun aku tak kisah. And.. ambillah berapa banyak masa pun yang kau nak. Aku akan tunggu masanya untuk kau betul-betul maafkan aku"
April Qaisara menghembus nafas panjang. Untuk apa dia berdendam terlalu lama dengan insan yang bergelar suami. Aku cintakan dia! Aku nak hidup selama-lamanya dengan dia!
"Saya tak patut marahkan awak. Saya cover kesedihan saya dengan salahkah awak. Ibu mana yang tak sedih bila dia kehilangan anak. Saya yakin Allah dah tetapkan jodoh saya dan awak. Walaupun kisah kita tak semanis kisah orang lain, saya bersyukur. Allah hadirkan awak dan Irfan untuk saya"
Tubuh April Qaisara terus didakap erat. Bertapa tersentuh hati Noah Iskandar mendengar luahan hati isterinya. Tidak dapat diluahkan perasaannya saat ini, dia terlalu gembira.
"Gracias, my babyboo"
April Qaisara tertawa kecil.
"Babyboo? Malu lah saya kalau orang dengar" April Qaisara menyidai dagunya pada bahu Noah Iskandar. Kemudian lelaki itu memegang kedua bahu isterinya dan mulai menjarakkan tubuh mereka.
"Then? What can I called you? Sweety? Darling? Honey?"
April Qaisara menyembamkan wajahnya pada dada bidang lelaki itu.
"Tak naklah..."
"Okey.. abang-sayang? Sound okey kot..."
Terus saja April Qaisara mengangkat wajahnya, senyuman terukir di bibir.
"Okey, abang!" tubuh lelaki itu dipeluk lagi. Rindu tidak terkata dengan suaminya. Itulah, siapa suruh merajuk lama-lama sangat!
"Hmm, someone trying to be extra cheesy la...." Noah Iskandar mengusik isterinya. April Qaisara mengeratkan pelukannya.
"Cause I miss you so much lah.. balas wanita itu.
"I miss you more, sayang"
Kemaafan itu yang mengutuhkan apa saja hubungan. Memaafkan itu mungkin terkadangnya sukar, namun melepaskan seseorang yang kita cintai itu sebenarnya lebih sukar.
*********
Keesokkan hari,
Noah Iskandar menjengket kakinya. Sengaja mahu mengusik isterinya yang sedang menyediakan sarapan pagi. Tangan kanannya memeluk pinggang April Qaisara yang sedang khusyuk menyediakan makanan. Dagunya disangkut pada bahu isterinya. Aduh, nak manja tak kena tempat!
"Awak... jangan la kacau.. Saya nak masak ni.."
Noah Iskandar merengek seperti anak kecil.
"Apa ni saya-awak. Tak best lah...."
April Qaisara tersenyum manis. Tak sangka pula suaminya manja sampai tahap ni!
"Ya abangku cinta hatiku, sayang nak masak ni. Abang duduk lah dulu. Nanti dah siap, kita makan sama-sama eh"
Irfan tiba-tiba muncul, dia kelihatan agak bingung. Takut-takut dia memandang wajah mommynya. Wanita itu menghadiahkan senyuman manis buatnya.
"Irfan, dah bangun anak mommy. Meh duduk sini, mommy buat nasi goreng kesukaan Irfan ni" April Qaisara mesra menyapa anak kecil itu.
"Mommy dah tak marah Irfan?" Irfan buat muka comelnya. Tangannya bermain dengan baju yang tersarung di tubuhnya. Noah Iskandar sekadar memerhatikan adegan mesra isteri dan anaknya.
"Mana ada mommy marah.. Comel macam ni, siapa je sampai hati nak marah"
Irfan terus tersenyum sambil melompat dengan riang.
"Yeay yeayy. Malam ni boleh lah Irfan tidur dengan mommy" Irfan bersorak riang. Noah Iskandar buat muka tak puas hati, siap cekak pinggang lagi. Lagak macam nak marah orang pulak tu.
"Aipp, jangan curi mommy. Mommy, daddy punya!"
"Irfan punya la"
Hah, sudah. Dua beranak dah berebut mommy dia pulak! April Qaisara ketawa melihat telatah suami dan anak kecil itu.
"Okey.. okey.. Mommy Irfan punya. Mommy tak nak la dengan daddy"
Irfan tersengih lalu menjeling ke arah daddynya.
"Hmm, takpe lah. Takde orang nak kat daddy. Daddy tidur sorang-sorang lah malam ni..."
Noah Iskandar pura-pura merajuk dan melabuhkan punggung ke atas kerusi. Wajahnya sengaja dimasamkan, sambil memeluk tubuhnya. Muncung tak payah cakap lah, panjang sedepa.
"Mommy... daddy merajuk.."
April Qaisara sudah mula menghidangkan makanan di atas meja. Dijeling sekilas suaminya yang masih dengan rajuknya. Dia ketawa di dalam hati. Irfan disebelah sedang mencuit lengan daddynya, kononnya ingin memujuk.
"Kita makan dulu, Irfan. Daddy tu nanti mommy pujuk".
"Okey" jawab Irfan.
April Qaisara menyenduk nasi goreng ke dalam pinggang buat anak dan suaminya. Rajuk suaminya masih belum dilayan.
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...