MISTERI

6.1K 98 6
                                    

Noah Iskandar masih berlawan dengan ego dan rasa simpatinya. Sebelah hatinya ingin menenangkan wanita yang bergelar isterinya itu, namun sebelah hatinya berkata jangan. Bukankah semua itu salah April Qaisara sendiri? Dia sudah memberi amaran dan pilihan buat wanita itu.

Salah dia lah sebab degil!

Eh, tak! Dia isteri kau, bukan pelacur murahan!

No, aku cuma hukum dia atas kesalahan yang dia buat! Aku tak nak dia lari ikut jantan lain.

Aik? Asal lak?! Kau kan suami paksa rela je!

Argh! Noah Iskandar berperang dengan perasaan sendiri. Wajah April Qaisara dipandang lama. Wanita itu pasti membencinya. Dia tidak kisah! Sewaktu dia masih bisa berlembut, wanita itu tetap mengingkarinya. Jadi, dia terpaksa berubah 360 darjah.

Biarlah terpaksa menggunakan kekerasan sekalipun, asalkan wanita itu menuruti segala arahannya.

Kejadian sebentar tadi kembali menerawang di fikirannya. Wanita itu tidak dipujuknya. Malah dipanggil Bik Yanti untuk membawa April Qaisara ke bilik.

You are only mine, April!

Dia berang kerana wanita itu tidak menurut cakapnya untuk tidak melarikan diri. Sesungguhnya dia meletakkan kepercayaan buat wanita itu biarpun separuh hatinya sudah menjangka hal seperti itu bakal berlaku.

Keluhan berat dilepaskan.

**********************

Keesokkan harinya..

April Qaisara hanya terkurung di dalam bilik itu. Agak menyesal kerana telah cuba melarikan diri. Hasilnya juga tidak lumayan. Malah dia dihukum dengan teruk sekali. Hukuman semalam bermain di benak fikirannya. Menggigil tubuhnya apabila suara jeritan terngiang di telinganya.

Kemudian apabila mengingati kejadian dia disuruh melucutkan semua pakaiannya, dia segera menekup wajahnya. Sungguh dirasakan maruahnya dipijak dan dibuang ke dalam tong sampah. Mana ihsan lelaki itu sebagai seorang manusia?

Pintu dikuak. Wajah Noah Iskandar menyapa pandangan April Qaisara. Rasa takut dan gementar kembali menghinggap.

"My princess dah bangun.." senyuman palsu terhias di bibir Noah Iskandar.

"Tolong jangan kurung saya macam ni. Saya janji.. saya tak buat macam dulu lagi. Please, Noah.." April Qaisara duduk di atas katil dan tangannya ditekapkan bersama, tanda merayu.

Noah Iskandar mengambil tempat di sisi isterinya. Rambut wanita itu diusap perlahan. Senyuman terukir tapi entah apa maknanya.

"Can I really trust you? Apa jaminan kau and apa aku dapat kalau aku kasi kau another chance this time?"

April Qaisara terdiam seketika. Kemudian dia menyambung lagi.

"Nyawa saya. Jaminan saya. Pasal apa awak dapat tu, saya tak tahu lah. Awak yang nak simpan saya kan.."

Noah Iskandar merenung ke dalam mata isterinya.

"How many times must I tell you sweetheart? Aku tak nak dengar apa-apa pasal nyawa, mati ke hidup ke. Ok? Of course I will give you another chance but.. pulangannya mesti berbaloi. Like.. entertaining me.." senyuman menggoda dihadiahkan seraya itu Noah Iskandar mendekatkan tubuhnya dengan tubuh genit isterinya.

Jarak mereka yang terlalu dekat membuatkan pipi April Qaisara berubah merah. Juga kerana memahami maksud tersirat suaminya.

"Stop it, Noah" April Qaisara menarik comforter menutupi segenap tubuhnya. Hanya nampak mata dan keningnya. Matanya berkedip-kedip mungkin kerana takut.

Damn, cute!

"You are seducing me, April"

"Mana ada!"

"Kan bagus kalau kau dengar je cakap aku. Why did you choose devil over an angel? Teruk sangat ke hidup dekat sini? Kau lupa title kau as isteri aku?" Mood Noah Iskandar berubah secara tiba-tiba.

April Qaisara menundukkan pandangannya. Takut bertatapan dengan lelaki itu.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya salah, saya cabar kesabaran awak. Saya cuma fikirkan papa dengan Intan. Hidup saya selama ni hanya dengan diorang"

"Tu dulu. Tempat isteri di sisi suami. Kau faham tu?" nada suara Noah Iskandar naik satu oktaf. April Qaisara terkejut dengan perubahan lelaki itu.

Noah Iskandar bangun dan melangkah keluar.

"Kejap lagi aku suruh orang hantarkan kau makanan. Duduk dalam ni diam-diam"

Pintu dikunci kembali. April Qaisara mengeluh pendek. Dia meloloskan diri ke dalam bilik air. Dia perlu membersihkan diri sebelum menjamah apa-apa makanan.

**********************

Pintu bilik dibuka secara perlahan-lahan. Tidak mahu penghuni kamar itu sedar akan kehadirannya. Dia memandang sekeliling. Senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

April Qaisara menolak pintu bilik air. Tuala di kepalanya dilucutkan dan disidai. Terkejut bukan kepalang apabila menyedari kehadiran seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu tersenyum memandangnya. Entah mengapa, di matanya senyuman itu seolah-olah membawa maksud kurang baik.

"Awak siapa?"

"Saya sukakan awak. Noah tu bukan lelaki yang baik, saya boleh layan awak lebih baik daripada dia"

April Qaisara berundur setapak ke belakang.

"Tak! Saya isteri dia. Lebih baik awak keluar daripada bilik ni"

Lelaki bernama Fahmi itu tidak berundur malah semakin berani mengorak langkah. Tubuh genit April dipeluk dari belakang apabila wanita itu cuba meloloskan diri ke dalam bilik air.

"Lepaskan aku!" jeritnya.

Tubuh April Qaisara dihempas ke atas katil. Tercelak baju yang dipakai hingga menampakkan perutnya. Fahmi memandang dengan pandangan bernafsu. Dia menindih tubuh genit itu, sebelah tangannya menekup mulut April Qaisara.

"Jangan melawan sayang. Just enjoy this" tangan kekarnya menyeluk ke dalam baju April Qaisara.

Wanita itu menjerit semahunya. Air mata galak mengalir. Ketakutan menguasainya. Mana mungkin dia melawan tenaga lelaki itu.

Pintu ditendang dari luar. Wajah bengis Noah Iskandar muncul di muka pintu.

"Jahanam kau!"

Tubuh sasa Fahmi direntap. Tumbukan dihadiahkan berkali-kali pada wajah lelaki itu. Noah Iskandar sudah hilang kawalan kerana amarahnya. Mana tidaknya, ada lelaki yang berani menyentuh isterinya.

"Dah boss. Mati budak ni kang" ujar Que.

Noah Iskandar menepis kasar.

"Manusia macam ni memang layak mati! Berani kau sentuh isteri aku!"

Tumbukan dilayangkan lagi. Pipi Fahmi sudah lebam. Darah mengalir dari hujung bibirnya. Lembik hingga tidak dapat melawan.

"Cik April, boss!" panggil Que apabila melihat wanita itu diam tidak berkutik di atas katil.

Noah Iskandar segera mendapatkan isterinya. Wanita itu mungkin pengsan.

"Call Dr Kevin cepat!"

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now