Ika kelihatan bermundar_mandir dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Farah hanya memerhatikan tindak tanduknya itu.
“Haih lambatnya.” Ika bercekak pinggang di hadapan lokernya selepas sedari aku dan Wani baru pulang dari kelas.
Mukanya masih berkaca mata tanda baru saja lepas mengulangkaji atau membaca novel. Kaca mata baru, mungkin. Aku hanya meneka. Farah pula terbaring di katilnya. Bersebelahan dengan katil Ika.
“Dah pukul berapa dah ni?” Ika menyambung.
“Mana tahu nak jumpa pukul berapa. Farah cakap ada benda best je. Tak bagitau pulak pukul berapa nak kena jumpa.” Aku menjawab dengan jawapan membela diri sambil menyimpan barang di lokerku. Wani terus ke katilnya.
“Eh? Aku tak bagitau ke?” Farah mencelah.
“Mana ada.” Aku balas pantas.
“Owh… Sory Ika, aku salah tadi. Memang aku lupa nak bagitau Ira dengan Wani pukul berapa.” Farah menunjukkan simbol ampun ke arah Ika. Ika mencebik.
“Takpelah, sekarang pukul 12.10 malam dah. Lagi lewat lagi bagus sebenarnya. Senang nak panggil.” Ika sambung mngemas lokernya.
Panggil? Panggil apa pulak? Aku dan Wani saling berpandangan. Muka kami jelas menunjukkan tanda hairan. Apa yang Ika dengan Farah nak buat ni?
“Korang dah sedia ke?” Soalan Ika memecahkan lamunan aku. Sedia ape pulak ni? Aduh, makin serabut pulak kepala aku. Cakap terus tak boleh ke? Dah macam dukun yang suka berfalsafah.
“Sedia untuk apa tu Ika?” Wani membalas dengan soalan.
“Bersedia untuk ini!” Ika mengeluarkan satu plastik yang bersedarhana besar. Rupa bentuknya macam permainan Saidina. Alahai, ingatkan benda apelah. Wat suspen je.
“Nak main Saidina ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Buat suspen aku je. Apelah.” Aku tergelak kecil selepas memastikan memang ia kotak Saidina. Apelah Ika ni. Aku ingat ape bendalah. Sepak kang!
“Hehehe…” Gelakkan Ika menyeramkan jika dihayati. Dah kenapa gelak-gelak ni? Ika mula membawa kotak Saidina itu ke tengah bilik dan terus bersila.
Farah bangun dari katil dan turut bersila di tengah. Wani dan aku pula berpandangan lagi.
“Haa… Tercegat ape lagi. Meh la dok sini.” Ika memanggil setelah melihat kami mematungkan diri. Wani turun dari katil dan bersila di sebelah Ika.
Aku pula menutup loker dan duduk di antara Wani dan Farah. Kami berkedudukan membulat sementara kotak Saidina masih berada di tengah menunggu untuk dibuka dan dimain.
Kami berpandangan sesama sendiri. Ika dan Farah masih tersenyum. Aku dan Wani pula membisu dan bersedia untuk bermain Saidina. Pelik dengan kelakuan Farah dan Ika. Main Saidina je pun. Muka tu janganlah macam Pontianak sangat! Hatiku membebel.
Ika mula membuka permukaan kotak Saidina. Wani dan aku menjenguk ke dalam kotak. What! Benda apa ni?! Aku menjerit kecil dalam hati.
Aku mula berdebar secara tiba-tiba. Entah kenapa aku begitu tak sedap hati. Aku melihat Wani. Reaksi wajahnya mengatakan benda yang sama. Ika dan Farah masih tersenyum.
Di dalam kotak tersebut bukanlah seperti permainan Saidina yang kita kenali. Ia mempunyai empat batang lilin dan papan yang di lipat berwarna hitam. Lilin itu juga berwarna hitam!
“A… Apa bende ni Ika?” aku menyoal Ika untuk kepastian walaupun aku tahu jawapannya. Hati aku masih berdebar-debar. Wani hanya membeku.
“Ini namanya papan Ouija ataupun Ouija-Board.” Ika memeluk tubuh dengan riak wajah yang selamba.
![](https://img.wattpad.com/cover/155023268-288-k385450.jpg)
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...