Beberapa suara riang budak kecil sedang bermain di halaman. Terlihat juga Aidil bersama dengan rakan-rakan buniannya yang lain itu. Ika hanya memerhati mereka dari jauh. Kadangkala tersenyumnya seorang diri. Telatah mereka tak ubah seperti Ika dengan rakannya. Bermain, bergurau, dan bergembira apabila bersama memang satu memori yang indah.
Haih! Mengeluhnya. Bayangan Ira, Wani dan Farah sentiasa berlegar difikiran. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang? Adakah mereka selamat dari sebarang ancaman? Si Farah itu dah lah lembik, penakut dan manja. Macam manalah si Ira mahu mengendalikannya.
"Hmm... aku rasa, aku perlu gerak dari sini. Mungkin sekarang Ira dan Farah dah sampai ke lokasi Wani." Ika mengomel seorang diri.
"Tapi - kalau aku gerak... belah mana aku nak ikut?" fikirnya sejenak.
"Akak Ika... Akak Ika fikirkan apa tu?" tiba-tiba sahaja bayangan Aidil berada di hadapan Ika yang membuatkannya terperanjat kecil.
"Aduh... janganlah buat akak macam tu. Boleh tercabut nyawa tau tak." Ika mengurut-urut dadanya. Haih budak ni. Nasib budak dimensi lain. Kalau tidak, penampar buaya hinggap jugak kat pipi comel tu. Dah la macam pengkid!
"Maafkan Aidil kak... Aidil tak sengaja." Aidil menunduk sedikit tanda meminta maaf. Sopan betul budaknya. Memang semua bunian sopan macam ni ke?
"Takpe, akak maafkan. Ha... kenapa tak join kawan-kawan tu main kat sana tu."
"Nantilah, Aidil penat. Akak taknak sertai kami sekali ke?"
"Eh, taknaklah. Akak dah tua la."
"Mana ada tua. Akak Ika muda lagilah." Ika tersipu malu apabila dipuji.
"Dah, ada-ada je kamu ni. Ni akak nak tanya. Macam mana nak keluar dari sini?"
"Ha? Akak Ika nak balik dah ke? Janganlah akak Ika, nanti Aidil sunyi." Aidil berubah muram serta merta.
"Alaa... Aidil akak kena gerak dah. Ada bende mustahak akak kena selesaikan."
"Taknak!" Aidil terus bergegas masuk ke dalam rumah. Ika hanya terkebil-kebil melihat perubahan sikap si Aidil tadi. Datang bulan ke budak ni?
Tanpa membuang masa, Ika juga terus bergegas masuk ke rumah mencari Aidil kembali.
"Mak... Aidil taknak akak Ika balik... Aidil nak akak Ika ada dengan kita... nak dia duduk dengan kita." Ika hanya mendengar keluhan hati Aidil di sebalik dinding.
"Ye sayang, Mak tahu tu. Jangan risau, akak Ika tak pergi mana-mana." Ibu Aidil mengusap kepala anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Ika hanya mendengar dan terharu dengan cara ibu Aidil memujuk.
"Tapi mak, dia kata dia perlu berangkat pergi dari sini sebab ada hal yang lebih mustahak. Aidil taknak dia pergi mak." Aidil mengadu lagi.
"Percayalah sayang, Dia tidak boleh ke mana-mana." Ika mula merasa aneh dengan kata-kata Ibu si Aidil. Hatinya mula mengatakan dia bakal ditimpa bala.
"Kenapa mak yakin yang dia takkan tinggalkan kita?"Aidil terkebil-kebil.
"Sebabnya - mak nak jadikan dia menantu mak."
"Hah? Menantu!" Ika menjerit di dalam hati. Apakah dia tersalah dengar atau itu benar-benar hasrat ibu si Aidil?
"Betul ke ni? Yeay... jadi akak Ika akan jadi keluarga kita la ye. Tak sabarnya. Tapi abang tak balik lagi macam mana?" Tangisan Aidil bertukar menjadi gembira. Dia begitu tak sangka bahawa ibunya itu sedang merancang akan sesuatu diluar jangkaannya.
"Tak apa. Abang sekarang sedang menjalani ujian ketua kampung Bersama pendekar bunian yang lain. Selepas sahaja tamat ujian itu, akan mak kahwinkan mereka berdua."
"Tapi mak, kalau akak Ika tak setuju - macam mana?"
"Akak Ika kena setuju, kalau dia tak bersetuju itu akan menyusahkan dia kelak. Lagipun dia bukannya makhluk dimensi ini dan mengikut peraturan Kampung Bunian kita, dilarang sama sekali orang luar masuk ke dalam kawasan kita. Barang siapa masuk pula tidak akan dibenarkan keluar. Jika tidak-"
"-Jika tidak apa mak?" Aidil memintas.
"Jika tidak... dia akan di hukum mati." Ika terduduk apabila terdengar peraturan yang telah diceritakan oleh ibu si Aidil.
"- Dan Aidil tahu tak perkara yang lebih baik terjadi jika akak Ika menjadi Akak ipar Aidil?" Ibu si Aidil bersambung kata.
"Apa yang menariknya mak?"
"Keluarga kita akan dipandang tinggi nak... di pandang tinggi! Oleh kerana akak kesukaan Aidil itu adalah makhluk dari dimensi lain dan akan berkahwin dengan keturunan keluarga Bunian kita, maka lahirlah generasi yang lebih bijak dan lebih gagah. Seterusnya, keluarga kita akan memerintah kampung ini sampai bila-bila." Ibu si Aidil tersenyum puas. Segala rancangan telah pun di fikirkannya pantas walaupun kehadiran Ika tidak sampai beberapa jam di kampung mereka.
"Wah, mak hebatlah. Aidil suka... Aidil suka. Asalkan Akak Ika ada bersama dengan kita sudah pun memadai."
"Tapi... Aidil jangan membongkarkan perancangan ini kepada orang lain. Perkara ini harus dirahsiakan di antara kita sampailah abang Aidil sudah berkahwin dengan akak Ika. Faham?" Ibu si Aidil memandang tepat ke arah mata anaknya dengan muka yang serius.
Jelas sekali, muka itu sangat menakutkan berbanding muka bersenyuman manis yang diberikan kepada Ika ketika kehadirannya.
"Baik mak. Mak boleh mengharapkan Aidil." Aidil membuat genggaman menunjukkan dia boleh melakukan.
Krak!
Satu bunyian perlanggaran benda di bahagian ruang tamu jelas kedengaran oleh mereka berdua dan malangnya ianya berlaku di mana tempat Ika mencuri dengar perbualan mereka.
"Siapa!" Ibu si Aidil memeriksa ruang tamu dan terlihat - burung bersayap empat sedang terbang keluar tingkap.
"Kenapa mak?" tanya Aidil yang berada disampingnya.
"Tak ada apa-apa nak... burung saja tadi. Dah, pergi panggil akak Ika. Mak ada hadiah untuknya." Ibu Aidil kembali tenang.
"Baik mak." Aidil terus keluar dari rumah dengan perasaan yang teruja.
Bersambung...
Snekpeak:
Aduhai... baru terasa lega rupanya bala lagi yang datang menimpa pengembara kita ni. Apa pulak perancangan Ika selepas ini? macam pula keadaan Ira dan Farah?Jom kita ke bab seterusnya!
jangan lupa tau Vote, like, share dan komean untuk kita berinteraksi! dah berbuih dah yop author sebut benda sama. hahahahaha... Terbaik!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...