Angin malam masih lagi bersepoi bahasa menandakan begitu tenangnya pada malam tersebut. Ini juga salah satu penyebab keadaan di sekeliling kolej itu terasa sedikit seram.
Walaupun begitu, perasaan seram untuk mendengar cerita cerita urban bukanlah penghalang untuk mereka berempat ini. Bagi mereka inilah masa yang paling terbaik untuk berbuat demikian demi merasai cerita itu lebih mendalam."Pada zaman itu, sesiapa saja yang menjemur kasut mereka di koridor blok A tersebut pasti akan hilang secara tiba-tiba. Dan pada ke esokkannya, kasut itu mesti terdampar di atas bumbung kolah tu. Haaa... Tapikan... yang menjadi peliknya kalau jemur dekat koridor tingkat lain tak ada pulak hilang kasut yang jemur tu." Suraya membuat muka.
"Betoi ke tu Su...? Entah-entah budak nakal mana entah yang baling atas bumbung kolah tu... pastu pergi buat citer supaya dia tak kena tangkap. Yelah, kolah dengan blok tu bukan jauh mana pun. Beberapa langkah je dah sampai. Bumbung kolah pulak bukannya kecik... besar tau." Syikin kelihatan ragu-ragu. Ain pula mengangguk tanda setuju dengan Syikin. Lin seperti biasa, hanya pasang telinga kerana takut untuk buat sebarang spekulasi.
"Entahlah. Aku pun pikir macam tu. Takpelah aku sambung je cerita ni." Balas Suraya tanpa berhasrat untuk membuat andaian lain. Baginya yang penting, kisah ini perlu diceritakann sampai habis.
"Okey, yang sambungan ni menarik sikit sebabnya saksi kejadian tu kawan makcik aku sendiri semasa dia belajar dekat kolej ni dulu." Ain dan Syikin kelihatan sedikit serius ketika Suraya mengemukakan bukti. Akhirnya, ada juga yang menarik perhatian mereka.
"Kejadian misteri itu bermula ketika kawan makcik aku yang bernama Zati hendak pulang ke asrama Blok C selepas habis menjamu selera di food court kolej. Dan semasa dalam perjalanan balik, ada ibubapa datang menyapa Zati untuk meminta tolong panggilkan anak diorang yang bernama Husna di Block A, tingkat 2." Suraya membuat nada suspen bagi mewarnai jalan cerita. Syikin, Ain dan Lin hanya memerhatikan gelagat Suraya yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh rakan mereka itu."Disebabkan laluan balik ke Blok C adalah sama, Zati pun tidak keberatan untuk menolong mereka. Ketika tiba di bangunan Blok A tersebut, Zati mula mendaki tangga satu persatu-" Suraya cuba membuat muka seram dan tersenyum seperti pembunuh misteri. Raut wajahnya itu betul-betul menyeramkan akibat pancaran cahaya yang dari sebatang lilin.
"Ish ang ni Su... jangan la buat muka macam tu. Bertambah seram aku tau dak." Lin bersuara selepas gelagat Suraya itu sudah seperti nenek kebayan yang sedang membuat jampi di mangkuk ajaib.
"Hahaha... rilex la Lin. Part ni best ni." Suraya memberi dorongan."Cepat la sambung Su... kau ni Lin... jangan la potong mood." Ain sangat bersemangat kerana ingin tahu akan kesudahan misteri itu. Matanya jelas menunjukkan tidak sabar. Ish Lin ni, kacau!
"Okeylah... ni part yang seram," balas Suraya pendek dan mula menyambung ceritanya kembali.
"Semasa si Zati itu sampai di bilik yang dimaksudkan, pintu bilik itu sudah pun terbuka dengan luas. Jadi... tanpa was-was, Zati pun menjenguk ke dalam bilik sambil mengetuk pintu."
"Assalammualaikum, ada sesiapa bernama Husna? Kalau ada, keluarga dia tengah tunggu kat bawah." Suraya cuba membuat intonasi suara seperti Zati."Ketika di dalam bilik itu, Zati ternampak ada empat orang perempuan sedang duduk begitu rapat di tengah-tengah ruangan bilik sambil tiga daripadanya sedang menyikat rambut kawan mereka yang seorang lagi. Rambut mereka panjang tetapi tidak dapat dipastikan tahap kepanjangannya. Ini disebabkan Zati tidak begitu tumpu untuk melihat mereka dengan lebih teliti." Secara tidak langsung, Suraya membuat rambutnya seperti puntianak.
Lin mula menggigil dan mula merapatkan jaraknya dengan Syikin.
"Keadaan bilik itu sunyi sebentar. mereka semua melihat Zati serentak dengan reaksi yang biasa dan kemudian salah seorang daripada mereka menjawab pertanyaan Zati."
Suraya cuba membuat suaranya menjadi lembut dan menyeramkan.
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...