Nafas kepenatan jelas kedengaran. setiap semak belukar diredahi dengan begitu gegas. Ika berlari dengan penuh ketakutan. Dia harus keluar dari tempat itu sekarang. Jika tidak, nyawanya boleh terpisah dari badan.
Sungguh dia menyesal menerima tawaran daripada Aidil untuk datang ke kampung bunian. Sepatutnya, dia membiarkan saja Aidil itu di baham oleh serigala dan perkara ini pasti tidak akan berlaku.
Ika memberhentikan langkah di bawah pokok untuk mengambil nafas. Di sekitarnya pula terdapat pokok-pokok buluh yang panjang.
Kawasan ini sepertinya selamat untuk berehat seketika - fikirnya. Perasaan cemas dan takut bercampur baur dipemikiran Ika. Sesekali dia merasa gigilan pada kaki agak ketara.
“Akak Ika nak lari ke?” Suara Aidil tiba-tiba kedengaran disebelah Ika. Hampir gugur saja jantung Ika dibuatnya. Haih, macam mana dia boleh tahu aku kat sini?
“Ye… akak kena… pergi.” Ika serba salah untuk mengatakan hasratnya tetapi apa boleh buat. Jika tidak, dia akan dihukum atau lebih teruk, dibunuh.
“Kenapa akak kena pergi?” Muka Aidil ternyata sedih. Sesekali terlihat juga air matanya mengalir walaupun sekitar sudah gelap malam.
Ika memikirkan cara untuk menjelaskan kepada Aidil. Mungkin dia boleh manipulasikan pemikiran Aidil. Tambahan lagi dia baru budak.
“Macam ni Aidil, sebelum akak terangkan – Aidil kena jawab soalan akak. Boleh?” Ika memulakan kata perangkap.
“Boleh akak. Tanyalah.” Aidil mengesat air matanya dan mendengar dengan teliti.
“Aidil seorang budak yang baik. Betul atau tidak?”
“Betullah, siapa kata Aidil jahat?”
“Ermm… okey. Kalau macam tu Aidil memang baik dan akak suka sangat.”
“Yeke? Terima kasih akak, Aidil pun suka akak Ika.” Aidil mula termakan umpan si Ika.
“Tapi… tak adil la bagi akak.”
“Kenapa? Apa yang tak adil akak?”
“Aidil kata, Aidil budak baik. Tapi Aidil dah melanggar janji kita dari awal lagi.” Ika membuat-buat muka sedih.
“Janji kita? Akak ika janganlah sedih. Aidil minta maaf. Baik, Aidil tunaikan janji Aidil. Tapi… janji apa eh?”
“Kan kita sudah janji, Aidil bawak akak Ika datang sini untuk makan saja. Tapi sekarang – dah bertukar pulak. Akak kena paksa duduk sini.” Lakonan sedih Ika nampaknya membuahkan hasil.
“Tapi, Aidil taknak akak pergi. Aidil suka akak Ika.” Aidil mula bertegas kembali.
“Macam ni Aidil, biar akak berterus-terang. Akak bukan tak suka duduk sini; akak suka sangat. Tapi akak kena selamatkan kawan akak. Kawan akak sekaraang dalam bahaya. Lagipun - orang kampung sini nak tangkap akak. Kalau akak kena tangkap habislah akak.” Ika menjelaskan dengan serius berharap Aidil faham dengan situasi cemasnya itu.
“Kawan? Akak ada kawan ke kat sini?”
“Ye Aidil, dan diorang semua dalam bahaya.”
“Tapi kalau akak pergi, Aidil macam mana.”
“Jangan risau, akak akan datang sini semula untuk berjumpa dengan Aidil.”
“Yeke! Bawak kawan-kawan akak sekali tau.”
“Ye, akak bawak diorang sekali. Itu pun Aidil kena tolong akak keluar dari sini, kalau akak kena tangkap – susahlah.”
“Tapi kalau kena tangkap, akak kena kurung je.”
“Itu kata kamu Aidil, kalau akak di hukum mati macam mana? Aidil takakn dapat jumpa akak sampai bila-bila. Nak ke macam tu?” Aidil ternyata takut kehilangan Ika dan mula memikirkan apa yang harus dibuat. Ika hanya menunggu jawapannya dengan penuh kesabaran.
“Erm… baiklah. Tapi akak kena janji, datang sini menjeguk Aidil tau.”
Yes! Teriak hati Ika. Akhirnyaa, dapat juga pujuk si Aidil. Sekarang, Ika meneruskan lakonan.
“Okey, kalau macamtu baik kita gerak sekarang. Nanti sia-sia je kita berborak kat sini,” kata Ika.
“Okey akak, lagipun kita dah sampai.”
“Eh, dah sampai? Gerak pun belom. Aidil janganlah main-main dengan akak.”
“Betullah, mana ada main-main. Tu, akak nampak tak pokok buluh tu?”
“Nampak.”
“Itulah jalan keluar dan jalan masuk ke kampung ini.” Ika bagaikan tidak percaya dengan penjelasan Aidil.
Padanlah ketika dia melarikan diri tadi tidak menjumpai apa-apa pendinding ataupun jalan keluar. Lebih-lebih lagi, dia hanya berpusing pada tempat yang sama.
Rupanya misteri itu hanyalah pokok buluh ini. Aduh! Kenapalah tidak terfikir dari awal, Ika mengomel di dalam diri.
“Akak cuma perlu melintasi pokok buluh ini dan akan terus ke hutan tadi.”
“Terima kasih Aidil. Kamu memang budak baik. Sebab itu akak Ika pun suka dekat kamu.” Ika memberi pujian. Harap-harap, salah satu cara untuk memikat hati seorang budak ini berkesan.
Walaupun mereka dari dimensi lain. Susuk tubuh dan cara penempatan sama sahaja dengan manusia biasa. Kotak belian yang dipegangnya diberi kembali kepada Aidil.
Ika mula melangkah masuk ke dalam buluh tersebut. Sempat juga dia menoleh ke belakang untuk melihat Aidil. Ternyata Aidil mula menangis. Dia sememangnya budak baik.
Pasti satu hari nanti, Ika akan kembali untuk berjumpa dengan Aidil. Terima kasih Aidil, Ika hanya berbisik kecil.
Sebaik sahaja seluruh tubuh Ika melintasi pokok buluh itu, suasana sekeliling berubah dengan sekelip mata. Kini perkampungan bunian itu tidak lagi kelihatan. Di sekitarnya hanyalah hutan belantara yang luas. Tapi kali ini agak gelap kerana hari sudah pun malam.
Grrrr!
Ika memasang telinga. Bunyian itu seperti pernah di dengarinya. “Air terjun!” Ika berbisik dan terus melangkah ke arah bunyian itu.
Langkahnya di atur dengan berhati-hati. Jika keadaan hutan ini bahaya pada siang hari, malam pula mungkin lebih dasyat. Apa yang perlu ialah Ika harus ke bahagian air terjun itu dan berteduh sehinggalah keesokkan harinya.
Sekurang-kurangnya dia mempunyai sumber air. Jika bernasib baik, mungkin ada hidupan air yang boleh di makan.
BERSAMBUNG....
SNEKPEAK...
FUH.... Nasib Ika aungguh baikkan.. kalau bukan sebab memikat hati Aidil entah macam mana nasib dia sekarang... haih apalah bala diorang ni...Jom kita ke bab seterusnya untuk sambungan A35.
Jangan lupa vote, share dan comment untuk kita berinteraksi dan tukar pandangan.
Love you WATTPADERS! TERBAIK!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...