BAB 22 : Sejarah Ouija

803 82 32
                                    

  Aku dan Wani saling berpandangan. Kami terkaku sebentar melihat tajuk buku tersebut, betul ke ni?

  “Permainan maut Ira…”

  “Ish… Kau jangan nak pikir bukan-bukan. Sekarang ni, kita baca dulu, ada tak jalan keluar untuk permainan kita main hari tu.” Aku duduk rapat pada Wani. Mencari tanda dan harapan, atau barangkali jawapan untuk perkara yang menimpa aku semalam.

  Wani meneruskan bacaan. “Buku ini adalah himpunan dari kajian paranormal yang telah berjalan sejak sekian lamanya. Segala maklumat yang didapati adalah berdasarkan kisah benar dari pengalaman seseorang. Di sini, kami lampirkan 20 permainan maut yang mungkin agak tipis untuk terselamat dari gangguan makhluk halus.”

  Kami berpandangan lagi. Muka Wani kini jelas menunjukkan perasaan takutnya. Aku mengangguk tanda syarat meneruskan bacaan.

  “Permainan pertama ialah bernama Hitori Kakurenbo. Permainan ini sangat terkenal di negara Jepun. Mereka menepatkan satu boneka dan diletakkan pencil serta kertas pada boneka tersebut. Dengan jampi yang betul, boneka itu akan bergerak dan menuliskan jawapan pada kertas yang disediakan untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh penyeru. Permainan ini telah mengakibatkan banyak berlakunya histeria dan kematian misteri yang berganda. Semua mempercayai bahawa patung yang telah di rasuk itulah penyebab ke atas kematian semua penyeru.” Aku mula berpeluh.

  Baru pada bahagian pertama, aku sudah rasa tiada harapan untuk kami. Takkan tak ada jalan keluar? Mustahil. Kami meneruskan bacaan lagi.

  “Kedua, Bloody Mary. Ini hanyalah ritual memanggil hantu yang bernama Mary. Cara untuk menyeru hanya memerlukan lilin dan perlu berada di dalam tandas. Sebaik sahaja mematikan lampu, penyeru perlu menyebut menteranya sambil air di singki harus di biarkan mengalir. Pejamkan mata seketika sehingga tepat pukul 12, bukalah mata. Kehadiran Mary akan kelihatan di dalam cermin. Permainan ini jugak telah banyak menerima kes kematian yang tinggi gara-gara penyeru tidak sempat untuk membuat ritual penutup akibat terkunci di dalam tandas yang gelap. Kebanyakkan kematian dilihat seperti terjatuh gelincir di dalam tandas.”

  Wani terdiam, kami masih tidak menemui apa-apa jawapan selain dari kematian. Ini mendebarkan. “Daruman San. Ini adalah permainan yang dikatakan popular dikalangan warga Jepun. Permainan ini hanyalah kepada orang yang mempunyai daya tahan mental dan keberanian yang tinggi, di mana - penyeru akan menyeru makhluk halus hanyalah untuk bertanding dalam masa 24 jam. Apa bila capai pada masa yang ditetapkan, keputusan akan dibuat mengikut pemenang. Untuk mengelakkan dari ditimpa malapetaka, penyeru tidak mempunyai cara lain melainkan menang di dalam permainan tersebut. Jika kalah, penyeru akan diganggu seumur hidup atau lebih parah akan diakhiri dengan kematian. Dan keempat… “

  Mata Wani kelihatan berair sepertinya meminta harapan. Aku pula meneruskan bacaan. “Dan keempat, papan Ouija. Permainan ini adalah untuk menyeru kepada roh yang sudah mati di dunia. Asal usul untuk permainan ini tidaklah diketahui tetapi mengikut kepercayaan sumber, kewujudannya sudah berusia 500 ratus tahun sebelum masihi. Pencipta untuk permainan ini juga misteri seperti beberapa permainan maut yang lain. Permainan ini telah pun menjadi tarikkan untuk warga eropah ketika itu kerana warga di sana amat menyukai perkara mistik dan paranormal. Ouija ini telah pun di jual oleh seorang usahawan yang bernama William Fuld. Beliau dan rakan kongsinya Isaac telah pun bersama-sama menjayakan perniagaan ini sehingga di kenali ramai.”

  “Masih takde jalan keluar ke Ira?” Wani nampaknya sudah mula bosan dengan bahan bacaan paranormal.

“Belom ada lagi. Kau rehat la dulu. Biar aku sambung baca.” Wani menyandarkan tubuh kecilnya di rak buku. Aku pun turut melakukannya. Kesian dengan gelagat letih Wani, aku menyuruhnya meletakkan kepala di bahu ku untuk keselesaan berehat. Wani menurut. Aku pula menyambung membaca dengan penuh harapan dan pasti mesti ada jawapannya.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now