Mataku melirik tepat ke arah makanan yang berada di hadapan. Nasi putih bersama dengan ayam goreng, ditambah lagi dengan sayur dan sedikit kuah. Minuman pula hanya air kosong sudah memadai. Amin. Bukan sebab apa pun. Mahal.
Wani yang berada di hadapan ku sudah pun melahap dengan hebat. Entah sudah dibacakan doa atau belom. Aku fikir, aku yang dah nak mampus, rupanya ada yang lebih nazak. Hahaha, kelakar.
“Amboi, macam hantu tak cukup darah je kau ni. Perlahan la sikit lahap tu. Nampak je comel waktu biasa, bila lapar rupanya singa. Hahaha…” Wani memandangku dengan mulut yang penuh.
Dikeluarkan sedikit lidahnya terjulur tanda membalas perli aku.
“Hai Ira, hai Wani.” Sapa pulak yang kacau aku makan ni? Dengar pada suara macam kenal.
“Hai Ika, hai Farah. Marilah makan sini.” Wani terus membalas sapaan walaupun mulutnya penuh membulat macam ikan buntal. Aku masih menikmati makanan aku. Pantang dikacau ketika makan sebenarnya.
“Weh, budak baru tu dah ada loker belom?” Ika terus duduk di sebelah wani dan membuka topik yang menjengkelkan. Takde topik lain ke? Tak habis-habis lagi ke baran semalam? Ish! Farah pula sudah tidak kelihatan. Beli makanan agaknya.
“Aku bukan apa, semak la barang-barang dia biarkan macam tu. Aku naik rimas.” Aku cuba menikmati makanan. Malas nak layan sangat perangai si Ika ni. Makin dilayan makin baran jadinya.
“Miss kata hari ni dapat dah loker dengan katil tu. Ika jangan risau okey.” Wani membalas dengan senyuman. Cuma dia saje yang suka ramah dengan orang. Kelihatan sebutir nasi melekat di bawah bibirnya. Haih budak ni, makan kalau tak comot tak sah.
“Nanti setel la tu.” Aku menjawab pendek.
“Ermm… Yelah. Lagi cepat lagi bagus.” Jawap Ika ringkas. Aku pula menyambung makan selepas mendengar jawapan Ika.
“Nanti korang ada pergi mana-mana tak?” Ika menyambung dengan persoalan. Akhirnya topik lain keluar. Kalau keluar topik budak baru lagi, malas nak layan. Aku dan Wani hanya menggeleng tanda tidak. Ika mula menyambung topik barunya.
“Aku dengan Farah nak keluar jap. Aku nak betulkan spek silau aku yang patah tadi.”
“Spek silau kau yang bulat tu ke?” Mulut ku bergerak ke arah cawan plastik yang hanya berisi air kosong.
“Ye spek bulat tu la. Mana lagi.”
“Elok la tu patah. Baik kau beli baru je doh. Spek tu bukan lawa pun.”
“Dah, kau jangan nak mula kutuk spek aku tu. Aku tau la tak ngam dengan aku.”
“Hahaha… Okey-okey. Aku tak perli pun. Cuma bagi cadangan je. Carilah yang ada cita rasa sikit.” Aku bergelak kecil. Wani hanya tersenyum tahan gelak. Mana taknya, kaca mata yang bulat seperti orang tua. Ika pulak budak nakal yang digeruni. Aduh! Makanan dalam perut rasa macam nak terkeluar balik. Kelakar!
Ika memang memakai kaca mata dari semesta satu katanya. Dia bukannya rabun, cuma mempunyai masalah silau yang agak teruk jika tidak dijaga. Lagipun dia hanya memakainya ketika di kelas ataupun sewaktu mengulangkaji pelajaran.
“Ye… Nanti aku suruh Farah cari yang cantik sikit. Waktu aku beli spek tu pun orang kedai tu kata ngam. Aku kaut je la.” Ika mencebik. Tangannya memeluk tubuh. Mengomel seorang diri. Suaranya antara dengar dan tidak ke telingaku. Aku biarkan saja.
“Haip! Sory lambat. Ramai betul orang beratur. Abih aku kene lenyek.” Farah muncul dengan membawa keropok lekor dan air sirap yang disiap bungkus. Waktu rehat macam ni memanglah dewan makan penuh. Cuma aku dan Wani selalu datang terus selepas habis kelas. So, takdelah kene lenyek.
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormalne🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...