Beberapa jam sebelum kejadian ngeri yang menimpa Ira dan Farah.
* * *
Ika sedang mengelami mimpi ngerinya tersendiri. Dia harus berfikir dengan pantas cara untuk melepaskan diri daripada malapetaka yang bakal menimpa dirinya itu.
Ika bersembunyi di sebalik celahan pokok-pokok. Kadang-kala dia berlari pula ditimbunan semak lain yang berhampiran. Hatinya berkobar-kobar sambil memikirkan cara untuk melepaskan dirinya daripada dikesan.
Agaknya sudah hampir 1 jam dia mencari jalan keluar tetapi masih lagi tidak menemui jalan yang sepatutnya. Mungkin saja kampung bunian ini telah di pagar oleh ketua kampung mereka. Jika tanggapan itu betul, maka tidak hairanlah peraturan mereka sungguh ketat bahkan terdapat peraturan yang tidak membenarkan orang asing keluar dari tempat mereka.
“Akak Ika!” Hampir saja gugur jantung Ika apabila namanya telah dipanggil secara tiba-tiba. Dia menoleh ke belakang dan mendapati Aidil sedang memerhatinya dengan senyuman.
Ika cuba menutup perasaan takutnya dengan harapan - Aidil tidak mencurigai perancangannya.
“Eh, Aidil. Buat apa kat sini?” Ika bertanya cemas.
“Aidil cari akak la.”
“Eh, kenapa cari akak pulak.”
“Cari akaklah… puas Aidil cari, dekat satu jam tau. Erm… takpelah, janji Aidil dah jumpa akak Ika. Ayuh kita balik, mak kata nak bagi sesuatu kejutan untuk akak.” Aidil memaut pada tangan Ika.
“Eh… Eh… balik? Kejutan apa yang mak Aidil nak bagi tu?” Ika mula resah. Cemasnya kini sudah berlipat kali ganda.
“Aidil tak tahu kak, mari - kita balik. Aidil pun nak tahu jugak mak nak bagi apa kat akak Ika.” Aidil mula menarik tangan Ika supaya bergerak dengan segera.
Ika mulai buntu. Perancangannya hendak keluar dirasakan gagal. Jika dia bertindak agresif terhadap Aidil, ini bermakna dia telah pun memasang jerat untuk dirinya.
Bagaimana nanti kalau satu kampung tahu Ika seorang manusia dan mengejarnya, pasti akan tertangkap. Tak apelah, sekarang dia harus berlakon seperti biasa. Jika sudah terbuka peluang sekali lagi, Ika akan mula bertindak. Lagipun, hari pun sudah mula gelap dari biasa. Jika lari sekarang pun tidak berbaloi, fikir hatinya.
Ika mula melangkah dan berlakon seperti tidak tahu apa-apa. Aidil pula ternyata gembira dan berlalu pulang bersama-sama dengan Ika.
* * *
Tik! Tik!
Bunyian rantai yang berlaga bergema di bilik tahanan. Farah yang telah pengsan itu telah di seret sehingga ke jeriji besi. Tanganya telah pun dikunci rapi, begitu juga dengan kaki.
2 kuncu Tamrih sedang melakukan tugasan yang telah diberikan. Seorangnya mengheret Farah dan seorang lagi memegang obor mencari laluan.
“Nakaharam nani takhleh. Yukuzai nikhalazahk (Busuk betul manusia ni. Kenapalah aku yang kene seret bedebah ini) ,” luah kuncu yang mengheret Farah.
“Kahra Wat, fakhil bil danna um pakaroh nikham. na.. parakah nan sil ni ram. kundha lakhahi.. hahaha.. (Nak buat macam mana, kita ni orang bawahan. Kalau kau tak buat, cepat-cepatlah naik pangkat. Tu… jawatan penolong kanan Tuan Tamrih sudah pun kosong. Pergilah isi... hahaha) ,” balas kuncu yang satu lagi sambil menyuluh laluan dengan obor.
“Naah.. nai ri khanaram. Anu bil fkharah paroh? parana nan bom bahkhazakh. Sant hai lahai ni.. oorrhh.. raihh (Eh, taknaklah aku. Kau tak nampak ke kejadian tadi? Penolong kanan tu telah di pecahkan kepalanya. Bukan tu saja, siap dijadikan santapan haiwan peliharaan lagi. Uih… seram.)”
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Übernatürliches🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...