Keadaan sekeliling umpama hilang dari bunyinya. Semasa haiwan mitos itu di rejam dari bawah umpama masa bergerak perlahan. Selepas satu persatu ujian menimpa aku menjadi kaku keras bagai patung tidak bernyawa. Susuk tubuhku terpaku di antara perigi dan tanah. Aku bagaikan hilang kewarasan seketika. Badanku pula menggigil tanpa henti diikuti dengan degupan jantung yang laju kencang.
"Tangkap dia cepat!" Suara itu menyedarkan aku. Kelihatan Aruwah begitu hampir dengan kedudukan aku sekarang.
Dia memanjangkan tangannya untuk menangkapku dan dalam masa yang sama juga aku melompat ke dalam perigi itu untuk meloloskan diri.
Zrom!
Badan aku seperti disedut hampagas ke arah tertentu. Di dalam itu gelap seperti biasa dan akhirnya cahaya terang mula kelihatan.
Dush! Aku tercampak keluar dari loker.
"Ira! Kau selamat!" Jerit Wani. Rupanya dia telah menunggu kehadiran aku di depan loker Siti.
Aku cuba berdiri dengan betul. Keadaan aku begitu busuk sekali dengan darah-darah rakanku yang terpaksa mengorbankan diri. Wani pula cuba untuk membantu dan mula menyoalku tanpa disangka, "Ika dengan Farah mana?"
Aku hanya berdiam diri. Kepalaku hanya mampu menggeleng. Wani mula menangis dan terduduk di katilnya.
"Ini semua salah aku... kalau aku... tak ditangkap... diorang semua takkan mati..." Aku mula rasa bersalah dengan pengakuan si Wani.
"Bukan Wani... ini bukan salah kau. Ini salah kita semua." Wani memerhatiku dengan riak wajah yang pelik.
"Kenapa kau cakap macamtu?"
"Tadi, masa aku nak menyelamatkan Ika dengan Farah... Makhluk yang bernama Aruwah itu telah pun membuka rahsianya. Dia kata – semua ini berpunca daripada permainan papan Ouija tu," jelas aku.
"Dan sebabkan tu juga... junior kita juga terpedaya dengan tipu helah makhluk tu dan mula bermain dengan sendirinya," sambungku lagi.
"Junior? Maksud kau... Siti?" Wani terkejut dengan apa yang diberitahu. Aku hanya mengangguk.
"Masa kat situ jugak... Aruwah telah pun memiliki tubuh Siti sepenuhnya." Wani terkaku. Reaksinya sama sepertiku ketika mendapat tahu.
Aku melangkah ke arahnya dan cuba untuk memberi ketenangan. Tangannya ku genggam dengan kedua belah tangan dan mengusapnya perlahan.
Seketika kemudian, tiba-tiba saja loker Siti mula bergegar kuat. Aku memandang ke arah loker itu dan berpandangan dengan Wani pula.
"Kenapa pintu tu tak ditutup? Bukan sepatutnya dia tutup dengan sendiri ke?" Wani memberi soalan dan aku menjongketkan bahu tanda tidak pasti.
Cuk! Satu kelibat tangan yang panjang sedang menarik kakiku dengan kuat. "Arrhh!" Aku menjerit sekuat hatiku. Wani pula mula mengeggam kuat tanganku supaya tidak ditarik masuk ke dalam loker itu kembali.
"Wani! Tolong aku! Jangan lepaskan tangan!" Aku merayu dengan sepenuh hati. Kembali ke alam sana adalah mimpi ngeri.
Genggaman tangan aku dan Wani semakin lemah. Cubaan untuk bertahan telah gagal menyebabkan tangan kami terlepas dan aku diseret masuk ke alam itu semula. Pintu itu tertutup rapat dan berkeadaan seperti sediakala.
***
Keadaan bilik menjadi sunyi sepi dengan hanya bertemankan lilin yang hampir saja padam.
"Bilik asrama itu hanya diiringi dengan tangisan Wani yang sedang menangis di hadapan loker Siti." Maria bercerita dengan penuh dengan misteri.
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...