8✨

3.5K 92 1
                                    

Haikal memberhentikan keretanya di hadapan kedai roti Makcik Gayah.Dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan gadis itu.Oh silap!Mimi.Ya,dari semalam dia melihat gadis itu,dia dapat merasakan gadis itu adalah Mimi.

Haikal membelek wajahnya di cermin kereta.

"Dah hensem!"kata Khaz.Haikal tersengih.Dia baru saja mahu membuka pintu kereta,namun Khaz menahannya.

"Eh kejap!"

"Kenapa?"tanya Haikal.

"Baca lah doa dulu.Gelojoh sangat kau ni."kata Khaz.

"Ye lah.Hah baca lah."kata Haikal.Dia dan Khaz menadah tangan.

" Allahumma baarik llanaa.."

Haikal ternganga.Lalu,dia menampar pipi Khaz.Apa kau merepek syaitonnn!

"Woi!Jangan nak menyesatkan aku!Sekarang ni siapa yang gelojoh??"kata Haikal,dia menggelengkan kepalanya,lalu terus turun dari kereta.

"Aku lapar lah!"kata Khaz,dari dalam kereta.

Dia memandang Haikal yang berdiri tegak di hadapan kedai roti itu.Khaz mengeluh.

"Yang berdiri kat situ je kenapa?Fikir kau tu patung jaga kedai roti ni ke?"kata Khaz,agak kuat sehingga orang ramai yang berada di restorang sebelah kedai roti itu memandangnya.

"Hishh Khaz ni.Tak cover langsung.Aku tampar nanti,senget terus!"kata Haikal,geram.Dia bersandar pada pintu kaca itu,namun dia tidak sedar apabila Makcik Gayah membuka pintu tersebut.Lalu,terjatuh lah dia apbila pintu itu dibuka.

Khaz yang melihat Haikal terjatuh,hanya ketawa terbahak-bahak.Dia lucu melihat Haikal terjatuh.Comel!Hahahah.

"Kamu kenapa sandar di pintu ni?"tanya Makcik Gayah.Haikal menggosok punggungnya yang sakit akibat terjatuh.

"Hihihi saja."kata Haikal,cuba berdalih.

"Roti yang dalam kotak tu cukup tak?"

"Cukup."kata Haikal.

"Habistu kenapa datang?"tanya Makcik Gayah.Dia memandang hairan apabila melihat Haikal memandang ke dalam kedai seolah-olah mencari seseorang.

"Cari siapa?"Makcik Gayah tersenyum.

"Eh.Tak cari siapa-siapa pun."

"Ye ke ni?"

"Iya Makcik.Tak apalah saya balik dulu.Assalammualaikum."kata Haikal,lalu tersengih-sengih berjalan ke arah keretanya.

"Pelik budak ni!"kata Makcik Gayah.

"Assalammualaikum ibu,ayah!"panggil Zulfaq.Setelah 11 tahun belajar di luar negara,akhirnya dia pulang juga di Malaysia.Banyak yang berubah disini.Dia terlalu rindukan Malaysia dan negeri kelahirannya,Perak.

"Waalaikummusalam."Dibah membuka pintu rumahnya.Dia tersenyum lebar saat melihat anak lelakinya berdiri di hadapan rumah.Subahannallah..!

"Anak ibu!"Dibah terus melulu ke arah Zulfaq.Dia memeluk anaknya itu.Ya Allah..rindu!Lalu,mengalirlah air mata seorang ibu yang terlalu merindukan anaknya yang telah lama berjauhan dengan keluarga demi menuntut ilmu agama.

"Acik pun rindukan ibu sangat-sangat."dia memeluk erat ibunya itu.

"Ayah mana?"tanya Zulfaq.

"Dia tengah kerja sekarang.Nanti tentu dia terkejut."kata Dibah.Dia mengajak Zulfaq masuk ke dalam rumah.

"Nanti ibu masakkan lauk kegemaran acik ye."kata Dibah,dia sangat teruja dengan kepulangan Zulfaq.

"Eh tak apalah ibu.Sian ibu,penat.Masak esok je.Nanti acik boleh tolong sekali."

"Tak apa sayang.Ibu happy sangat sekarang ni.Kamu pergi mandi dulu,nanti bila dah siap,ibu panggil acik ye."

"Baiklah,ibu."Kata Zulfaq,tidak membantah.

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now