26✨

2.7K 68 0
                                    

Annisa gembira menyambut kedatangan anak-anak angkat rakan baiknya,Mimi.Dia tidak kisah dan tidak tergugat pun jika anak-anak itu tinggal bersama mereka.Dia juga sukakan budak-budak.Lagipun,rumah ini pasti akan lebih ceria dengan kehadiran Ana dan Humairah!

"Haii Ana!"

"Hai aunt..er..nak panggil apa ya?"tanya Ana.Tidak sanggup pula dia mahu memanggil rakan baik mamanya itu dengan panggilan auntie.

"Hahaha panggil makcik saja!"gurau Mimi.Annisa mencebik.Ewahhh!

"Heyyy you!I muda lagi okayy!"

"Hahahah.Ana panggil kawan mama ni Kak Anis."

"Ooo..okay.Hai kak Anis!"

"Hihi hai!Alolo comelnyaa Humairah ni!Pipi merah lah.Ting ting tang ting tara ting ting tang ting!"

"Ada-ada sajalah kau ni."

"Haaa Ana..mari akak tunjukkan bilik Ana."Annisa membawa Ana ke bilik kosong yang telah dikemaskan pada siang hari tadi.

"Cantiknya bilik ni."

"Akak yang kemaskan.Akak excited nak jumpa dengan Ana!"

"Hihihi.Terima kasih akak!"

"Sama-sama!"setelah menunjukkan bilik kepada Ana,Annisa turun ke tingkat bawah.Hatinya tersentuh apabila melihat Mimi menyusukan Humairah.Dia tidak pernah lagi berjumpa dengan gadis yang seperti Mimi..yang sanggup mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkatnya walaupun masih muda!

"Untung Ana dan Humairah..dapat mama yang baik hati."kata Annisa.

Mimi tersenyum.

"Apa yang membuatkan kau ambil mereka sebagai anak angkat kau?"

"Hati.Hati aku terusik sangat apabila terdengar kisah hidup mereka.Aku tak sanggup melihat Ana dan Humairah tinggal di sana.Humairah tu masih kecil.Ana pula sudah makin remaja.Aku mahu beri kasih sayang aku pada mereka."

"Itu lah aku cakap.Beruntung mereka dapat mama macam kau."

"Ini semua ketentuan Allah..Dia yang bukakan hati aku supaya ambil mereka sebagai anak-anak aku.Dan Dia jugalah yang menghadirkan dua orang anak yatim yang sangat aku sayangi.Mereka lah kekuatan aku,nis."kata Mimi.

"Aku yakin kau dan anak-anak kau akan bahagia.InsyaAllah.."

Tok!Tok!Tok!

"Siapa pula yang datang waktu pagi ni?"Annisa meletakkan remote tv di atas meja.Dia bangun dan menuju ke arah pintu.Annisa membuka pintu rumahnya dan terkejut apabila melihat kedatangan seseorang yang tidak diundang!

"Eh Zul!Awalnya datang..nak jumpa Mimi ya?"

"Maaf lah kalau menganggu.Ya,saya nak jumpa dengan dia."kata Zulfaq.

"Oo..sekejap ya.Awak duduk lah kat atas kerusi di luar tu,tak manis pula kalau jiran-jiran tengok kalau awak masuk dalam rumah kami."

"Eh..tak apa.Saya faham."kata Zulfaq.

Annisa segera berlari mendaki anak tangga yang menuju ke tingkat atas.Haish!Nak kena anak dara ni!

"Hoi!Zul datang tau tak!"

"Hah??!Mana???"tanya Mimi,terpinga-pinga.

"Di luar lah.Takkan aku nak ajak masuk pula.Kau bagi alamat rumah kita pada dia ya?Tak manis lah macam ni jiran-jiran tengok orang lelaki datang rumah kita."kata Annisa.Dia bukannya tidak suka dengan kedatangan Zulfaq,cuma dia tidak selesa kerana tidak mahu jiran-jiran 'membawang' pasal mereka berdua.

"Mana ada aku bagi alamat pada dia!Aduhh.."

"Kau tak usah nak aduh-aduh sangat,dia di luar tu.Pergi lah layan.Aku nak buat air."kata Annisa.Dia mengikut Annisa turun ke bawah.Kemudian,dia keluar dari dalam rumah untuk bertemu dengan Zulfaq.

"Hai Zul..."

"Hai.."Zulfaq berdiri apabila menyedari Mimi berada di sebelahnya.

"Duduklah.."pelawa Mimi.

"Awak sihat?"

"Sihat.Awak?"tanya Mimi pula.

"Alhamdulillah sihat."

"Awak marahkan saya ke?"tanya Mimi.

"Kalau saya marahkan awak,tak adalah sekarang saya jumpa awak disini."

"Habistu kenapa tak mesej saya selepas kejadian itu?"

"Saya tak mahu keruhkan lagi keadaan."kata Zulfaq.

"Semua ni salah saya.Saya lambat buat keputusan.Maafkan saya..."

"Awak..jangan lah salahkan diri awak.Awak tak bersalah langsung.Haikal terlalu ikutkan perasaan dan mungkin juga ada salah saya."

Mimi diam.Dia tak tahu mahu berkata apa.

"Boleh awak temankan saya ke Taman Rama?"

"Boleh.Saya pergi bersiap dulu."kata Mimi.

"Okay."

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now