"Nad..aku pergi kedai buku tu sekejap ye."kata Mimi,lalu dia masuk ke dalam kedai Popular yang banyak novel-novel yang mahu dibeli oleh Mimi.Sudah lama dia tidak 'memborong' novel disini.Dia mahu membeli dua atau tiga novel untuk 'bekalan' semasa di rumahnya nanti jika dia bosan.
"Okay.Aku tunggu kat luar."Kata Nadihah.Dahulu saja dia minat membaca novel,namun setelah dia sibuk dengan pengajian di University,jadi dia sudah jarang untuk menghabiskan masa membaca novel.
Mimi mencari novel -novel yang berkisarkan cinta di rak sebelah rak novel bengenre seram.Dia membelek dan membaca satu persatu sinopsis yang berada di bahagian belakang buku.
'Dunia tanpa Cinta ' Mimi tertarik dengan tajuk novel tersebut,lalu dia mengambil buku itu dan membaca sinopsisnya.
"Wow!Menarik!"kata Mimi.Kata-katanya itu membuatkan seseorang yang sedang memerhatikannya tersenyum.
"Hai."tegur lelaki itu.
Mimi menoleh ke belakang.Zulfaq!
"Hai!Bila awak balik sini?"Tanya Mimi.
"Dua minggu lepas.Awak pula bila balik sini?"
"Kelmarin."
"Ooo..sudah lama saya tidak berjumpa dengan awak."kata Zulfaq.Akhirnya dia dapat juga bertentang dua mata dengan Mimi.
"Itu lah.Sudah lama kan kita tak berbual."kata Mimi.Dia juga tidak sangka akan berjumpa Zulfaq di kedai buku ini.
"Kalau macam tu apa kata kita ke restoran?Atau Kafe?Boleh juga berbual sambil makan atau minum."cadang Zulfaq.
"Boleh juga!Tapi kalau Nadihah ikut boleh tak?Sebab dia datang dengan saya tadi."kata Mimi.
"Boleh saja.Ajak lah dia."
"Okay.Kalau macam tu saya nak bayar novel ni dulu."kata Mimi.
Setelah dia selesai membayar novel yang dipilihnya tadi di kaunter,Mimi dan Zulfaq pun keluar dari kedai buku itu dan menuju ke arah Nadihah yang sedang duduk di atas bangku.
"Hai Zul!Tak sangka jumpa di sini kan?"kata Nadihah.
"Itu lah.Kami nak keluar pergi kedai makan sebab nak berbual sikit.Jom lah."Kata Zulfaq.
"Eh tak apalah.Mimi dan Zul kan dah lama tak berjumpa.Nanti aku ganggu pula."
"Mana ada lah.Jom lah."kata Mimi.
"Tak apalah.Lagipun aku kena balik sebab mak aku ajak aku beli barang.Lain kali saja lah."kata Nadihah.Dia sengaja berkata begitu kerana tidak mahu menganggu Mimi dan Zulfaq.
"Kalau macam tu tak apalah.Hati-hati drive nanti."pesan Mimi.
"Okay.Goodluck Mi!"Nadihah membisik ke telinga Mimi.Mimi hanya tersenyum.
✨
"Awak memang selalu beli novel cinta?"tanya Zulfaq.
"Dulu saja selalu beli.Sekarang sudah jarang lah.Lagipun saya kerja,tak ada masa sangat nak beli."kata Mimi.Mukanya agak merah kerana malu apabila Zulfaq asyik memandangnya.Maklumlah,Zulfaq yang berada di hadapannya asyik memandang dirinya sedari tadi.
Diam diantara mereka.
"Awak malu dengan saya ke?"
"Hah?Eh,mana ada."
"Ye ke?Saya nampak muka awak merah."
"Awak asyik pandang saya,saya malu lah."kata Mimi.
"Awak makin cantik sebab tu lah saya pandang awak "kata Zulfaq.Kata-katanya itu membuatkan Mimi berasa semakin malu.
"Pandai awak bergurau,kan?"
"Mana ada saya bergurau!Betul lah..awak makin cantik."kata Zulfaq lagi.
"Awak ni...nanti makin merah muka saya tau."kata Mimi.
"Kembang lah tu hidung!Hahahahah."
"Awak!!"
Zulfaq berasa bahagia apabila dapat bergurau dan bergelak tawa dengan Mimi.Sudah lama dia tidak berasa suasana begitu.Dia amat bahagia.Sangat bahagia!
Zulfaq berharap agar dia dan Mimi dapat bergurau seperti itu lagi.Dia juga berharap dia dan Mimi dapat disatukan jika benar mereka berdua ada jodoh.
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
RomanceBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...