Dia terasa bodoh!Ya..dia masih muda.Namun menghabiskan masa untuk menangis berjam-jam di dalam bilik hanya semata-mata patah hati dengan bekas kekasihnya yang sudah tidak sudi lagi memberi cinta.Mimi tersedar.Dia baru tersedar bahawa dia harus bangkit untuk meneruskan sisa hidupnya.
Mimi cuba untuk melupakan Haikal.Namun,jauh di sudut hatinya..dia tidak mampu untuk melupakan Haikal.Malah,tidak mampu untuk melenyapkan rasa sayang untuk Haikal.
Biarlah dia memendam rasa sayangnya terhadap Haikal walaupun lelaki itu tidak pernah mengetahuinya.Dia akan cuba bangkit dan meneruskan hidup.Dalam pada masa yang sama,cinta dan sayang kepada Haikal tidak akan pernah pudar walau sedikit.
✨
"Amboii!!Sudah sampai mana ?"Annisa menyindir Mimi apabila melihat rakan baiknya itu termenung jauh.
"Baru sampai KLIA.Belum di Jepun lagi."seloroh Mimi,lantas dia tersenyum.
"Elehhh!Termenung fikir pasal Haikal ke?"tanya Annisa.
"Eh!Mana ada!"Mimi cuba berselindung.
Annisa tersenyum sinis."Aku kenal kau bukan sehari dua tau.Tapi sudah tiga tahun."
"Haishh.Ye lah.."akhirnya Mimi terpaksa mengalah.
"Tak dapat lupakan dia?"
Mimi mengangguk."Susah."
"Memang susah sebab kau terlalu sayangkan dia,bukan?"
Mimi mengangguk lagi.
"Aku faham perasaan kau.Tapi sabar lah ye."
"Aku masih sayang dia.Mungkin sampai bila-bila aku tak dapat lupakan dia."
"Jangan sampai mengganggu pelajaran kau."kata Annisa.
"Baiklah,SAYANG!"Mimi mencubit pipi Annisa.Annisa mengaduh sakit.Lalu,mereka berdua ketawa.
![](https://img.wattpad.com/cover/158703811-288-k268542.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
RomanceBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...