30✨(akhir)

4.3K 118 10
                                    

Ana memegang sebuah gambar arwah ibu dan ayahnya.Dia amat rindukan keluarganya yang dahulu ceria.Dia mahukan kenangan yang dahulu.Dia rindu!Sungguh dia rindu!

Dahulu,keluarga kecilnya adalah sebuah keluarga yang bahagia walaupun hanya Ana seorang saja zuriat mereka.Setiap hari mereka bergurau senda walaupun ayahnya sentiasa sibuk bekerja.Kebahagiaan mereka bertambah apabila ibunya disahkan mengandung 3 bulan.Ana paling gembira kerana dari  lagi sangat mahukan seorang adik.Maklumlah dia sunyi berada di rumah.Dia cemburu melihat rakan-rakannya yang lain mempunyai adik.

Namun,kebahagiaan keluarga mereka musnah semenjak ayahnya mula berkenalan dan rapat dengan seorang wanita yang bekerja di tempat yang sama dengan ayahnya.Sejak itu,Ana dan ibunya diabaikan dan sering dimarahi serta dipukul.

Sehinggalah suatu hari ayahnya melafazkan cerai terhadap ibunya dihadapan wanita yang telah merampas kebahagiaan mereka sekeluarga.Dan saat itu lah ibunya melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel.Lily Humairah...

Hati Ana makin dilanda kesedihan apabila ibunya disahkan meninggal dunia 2 jam selepas melahirkan Lily Humairah.Setelah ayahnya mendapat tahu ibunya sudah meninggal dunia,Ana dan adiknya ditinggalkan di hospital sehinggalah mereka diambil dan dijaga di sebuah rumah anak yatim.

Sehingga kini,ayahnya masih tidak dapat dikesan.Mungkin lelaki itu sudah bahagia dengan wanita pilihannya.

Ana mengeluarkan telefon canggih miliknya yang diberi oleh Mimi.Dia membuka galeri.Dia menatap sebuah foto yang disimpan di dalam telefonnya.

"Mama..mama cantik sangat macam ibu.Mama baik,rajin,penyayang macam ibu.Sikap dan perangai mama sama macam ibu.Mama..terima kasih kerana kembalikan senyuman dan keceriaan yang telah hilang sejak ibu pergi.Ayah pula menghilangkan diri.Mama seorang wanita yang sangat baik dan berhati mulia.Ya Allah..jagakan dia untukku.Aku sayangkan dia."Ana mengesat air matanya.

Dia tersedar apabila menyedari sesuatu kekecohan.

"Brek tak berfungsi!"kata pemandu bas itu.Kata-kata lelaki tua itu menyebabkan semua penumpang di dalam bas itu berasa cemas dan takut.

Sampai di satu selekoh tajam,pemandu bas itu tidak dapat mengawal basnya dan terbabas melanggar pembahagi jalan sehinggakan bas itu terbalik.Penumpang di dalam bas itu menjerit kesakitan.Bertambah mengerikan apabila terdapat beberapa orang penumpang terpelanting keluar.Dan salah seorangnya adalah Ana.Dia juga turut terpelanting.

"Mama......"darah pekat mula mengalir di dahi dan tubuhnya.Dia berasa sangat lemah dan tak bermaya.Ana kehilangan banyak darah apabila tangannya putus akibat terseret di atas jalan tar.

"Mama...ibu....to..tol..tolong Ana..Ya Allah..."perlahan-lahan matanya terasa kabur dan akhirnya matanya tertutup rapat.Jantungnya berhenti berdegup.

Prankkk!!

"Ya Allah..sayang...kenapa ni?"tanya Haikal.Dia terkejut terdengar kaca pecah di dapur.

Mimi cuba mengutip serpihan kaca pinggan itu namun dihalang oleh Haikal.Haikal tak mahu jari Mimi luka kerana dia tahu Mimi amat sensitif dengan darah.

"Saya rasa tak sedap hati lah..Ana dah call?"tanya Mimi.Jantungnya berdegup laju.Dup dap dup dap.

"Belum.Kenapa?"

Deringan lagu milik penyanyi Sarah Suhairi mengejutkan Mimi.Dia pantas menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum Puan,Puan ni ibu kepada Ana ke?"-016......

"Waalaikummusalam.Ya saya.Kenapa ya?"-Mimi

"Saya cikgu Jannah,cikgu kepada Ana Dalisha.Saya ada berita buruk tentangnya.Saya harap Puan bersabar."-016......

"A..ap..apa??"-Mimi

"Ana Dalisha dan rakan-rakannga yang lain serta seorang cikgunya terlibat di dalam sebuah kemalangan bas.Bas yang mereka naiki terbabas akibat brek tidak berfungsi."-016.....

"Ya Allah...anak saya macam mana?Dia selamat kan??"-Mimi

"Puan...Ana Dalisha..dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kehilangan banyak darah."-016.....

Telefon yang dipegangnya terlepas dari genggamannya dan terjatuh di atas lantai.Mimi hampir terjatuh namun tubuhnya disambut Haikal.

"Sayang..kenapa nii???"

"Ana...."

"Kenapa dengan dia?"

"Dia....d..dia dah...tak...tak ada."Mimi menangis dalam pelukan Haikal.Dia amat terkejut dengan pemergian mengejut anaknya.Patut lah hatinya rasa tidak tenteram selepas Ana menaiki bas itu.

'Kenapa Ana pergi cepat sangat?Kenapa Ana tinggalkan mama...mama rindukan Ana.'


"

Awak..jangan lah sedih lagi.Kita doakan semoga dia tenang di sana."kata Haikal.

Mimi amat terkesan dengan pemergian Ana yang begitu mengejutkan.Humairah juga kerap menangis pada waktu malam,mungkin bayi kecil itu turut merindui kakaknya.

Haikal mendukung Humairah dan tangannya merangkul pinggang Mimi.

"Sekarang ni kita harus jaga Humairah dan didik dia supaya jadi macam kakak dia.Baik dan pandai.Awak kena kuatkan semangat.Awak jangan risau,saya akan sentiasa ada di sisi awak."kata Haikal.Mimi tersenyum.

"Terima kasih awak.Saya berharap keluarga kecil kita ni dirahmati Allah dan sentiasa bahagia serta dijauhkan segala niat jahat."

"Dan...saya harap Humairah akan dapat adik secepat mungkin!Ermm..nak baby lelaki.Nanti dia mesti comel macam saya."kata Haikal.Dia mula berangan-angan.

"Hah!Mula lah tu...eiyy awak ni. "

"Kenapa?Tak nak anak?Saya cium nanti baru tau!"

Mimi mencubit lengan Haikal."Haaaa cakap lagi nak cium,saya cubit awak!"

"Cubit lah.Banyak kali pun tak apa sebab saya sayangkan awak!"

"Saya pun sayangkan awak,Sayang!"buat pertama kali Mimi memanggil Haikal dengan panggilan 'sayang'.

"Akhirnya...hahahhha."

Haikal memeluk erat Mimi dan Humairah.Dia sangat bahagia.Dia langsung tidak kisah dengan kehadiran Humairah kerana mereka berdua dapat belajar sebagai ibu bapa walaupun pada usia muda.Haikal bersyukur kerana pada akhirnya kesudahan cinta mereka berakhir dengan kebahagiaan.Ya..cinta mereka adalah cinta luar biasa.Mereka bercinta pada usia masih muda dan berpisah namun takdir menentukan mereka bertemu kembali.Pelbagai dugaan menimpa mereka namun dengan izinnya Allah,dia dan Mimi akhirnya disatukan juga.Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...

TAMAT💑

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now