Hari berganti hari,ternyata sudah tiga minggu Mimi dan Haikal tidak berhubung.Mimi amat merindui Haikal.Apabila masing-masing terserempak,pasti mereka berdua akan berlagak tidak tahu seolah-olah tiada apa yang terjadi diantara mereka.Gambar mereka berdua pun sudah dipadam oleh Haikal di laman sosialnya.
Mimi tahu pasti Haikal sudah melupakannya dan telah bertemu dengan kekasih baharu yang lebih sempurna dan lebih cantik darinya.Namun,Mimi tidak pernah melupakan Haikal.Setiap saatnya,lelaki yang begitu dicintainya itu sentiasa ada di dalam hati dan wajahnya sentiasa menari-nari di matanya.
Mana mungkin dia dapat melupakan Haikal,maklumlah..pergi ke mana-mana saja,pasti Haikal juga yang muncul.Sedaya upaya dia mengelak supaya tidak terserempak dengan bekas kekasihnya itu,namun ada saja Haikal di mana-mana yang dia pergi.
Ya..dugaan selepas putus cinta.Makin tidak mahu berjumpa,makin itu lah bertemu.Bagaimana mahu melupakan kalau begitu situasinya ?Mungkin dia akan dapat melupakan Haikal jika dia sudah berpindah ke tempat baharu.
Mungkin....
Ketika rakan-rakan yang lain sedang leka berbual,sebaliknya dia hanya mendiamkan diri.Termenung.Nabiha perasan akan Mimi yang seolah-olah sedang termenung memikirkan sesuatu.
"Kau okay ?"tanya Nabihah.Lantas rakan-rakan lain terus memandang Mimi.
"Aku ?"tanya Mimi.
"Buat-buat tak tahu pula.Kau termenung kan."
Mimi tersenyum.Dia cuba untuk menafikan.Dia mahu membuktikan kepada rakan-rakannya bahawa dia sudah melupakan Haikal,padahal di hatinya masih ada nama Haikal.
"Aku tau senyuman kau tu palsu.Kau cuba untuk tutup segala kesedihan, kan?"teka Nadihah.
"Takkan aku nak menangis teriak bergolek-golek atas tanah."seloroh Mimi.Ya,begitulah dia.Saat hati dilanda sedih,masih lagi tersenyum.Malah,sempat melawak!
"Eh!kau nak tau tak aku dengar Haikal sudah ada 'awek' baru."celah,Qira.
Tersentak hatinya.Luka makin pedih.Ya!Adakah benar?Arghhh!Dia terasa mahu menangis di situ saja.Namun dia menahan segala perasaan yang mula menyerang hatinya.
'Please airmata..jangan buat hal pula.'katanya Hanya sekadar di dalam hati.
"Siapa ?"tanya Mimi.Dia cuba kuatkan diri untuk bertanya siapakah gerangan yang sudah berjaya menawan hati bekas kekasihnya itu.Nadihah memandang Mimi.Dia dapat mengagak bahawa rakannya itu sedang 'berperang' dengan perasaan sedih.
"Tak tahu lah.Aku dengar nama perempuan tu Adila.
"Ooo.."katanya ringkas.
Mimi terfikir.Adakah tiada cinta dan sayang untuknya lagi ?Adakah Haikal betul-betul sudah melupakannya?Adakah Haikal amat mencintai perempuan itu dan telah melenyapkan segala perasaan cinta untuk dirinya ?
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
Roman d'amourBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...