25✨

2.7K 68 0
                                    

"Mama...mama okay?"tanya Ana.Dia risau melihat keadaan mamanya yang asyik termenung.

"Mama okay.Ana sudah makan?"

"Sudah.Mama?"

"Belum."

"Hm,tengok tu.Kenapa mama tak makan?Nanti gastrik macam mana?Nanti mama kena ubat pula."

Mimi tersenyum."Tak perlu makan ubat lain.Ubat mama ada dihadapan mama ni."

"Ye ke ,ma?"

"Ye sayang."

"Akak!Ada surat untuk akak!"Fariz memberi surat yang baru saja dihantar oleh posmen di peti surat rumah mereka.Mimi membuka surat itu dan membaca isi di dalamnya.Dia tersenyum lebar.

"Alhamdulillah...nanti mama sudah boleh kerja di hotel mewah tu."kata Mimi,teruja.

"Wahhh...Alhamdulillah..."ucap Ana.Dia menumpang gembira atas berita baik yang diterima oleh Mamanya.

"Rezeki awak lah,Humairah sayang..."kata Mimi.Dia mencium pipi Humairah.

"Tahniah,ma.Ana happy sangat-sangat!"ucap Ana.

"Terima kasih sayang.Ni semua rezeki anak-anak mama.Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.."

Nazrinah tersenyum gembira saat mendapat tahu anaknya itu akan mula bekerja di tempat baharu.Ya,rezeki cucu-cucunya.Dia gembira apabila melihat anaknya bahagia di samping cucu-cucunya.Dia berharap kebahagian mereka akan kekal sehingga akhir nafas.InsyaAllah...

"Dua minggu..rasa macam dua hari saja Mimi balik sini."kata Nazrinah.Dia berasa berat hati mahu melepaskan Mimi dan cucu-cucunya.

"Nanti Mimi balik lagi ya.Ana dan Humairah pun pastikan akan rindukan,mak."

"Betul tu!Kalau boleh,Ana mahu saja tinggal dengan nenek."kata Ana.

Nazrinah memeluk erat tubuh kecil molek cucunya itu.Dia terlalu sayangkan Ana dan Humairah tak ubah seperti cucu-cucu kandungnya.Dia pasti akan merindui Ana dan Humairah.

"Ana..pergi masuk dalam kereta dulu."kata Mimi.Ana hanya menurut.Setelah dia bersalaman dengan neneknya,Ana mendukung adiknya masuk ke dalam perut kereta jenis Axia milik mamanya.

"Mimi...jaga Ana dan Humairah elok-elok.Sayangi mereka seperti mana mak sayangkan Mimi.Jagalah mereka adik beradik seperti menatang minyak yang penuh.Jangan abaikan mereka walaupun Mimi sibuk dengan kerja.Dengar pesanan mak ini."

Mimi mengangguk,lalu dia memeluk emaknya."Ya..Mimi berjanji akan menjaga mereka dengan sepenuh hati Mimi.Mimi akan sayangi mereka seperti anak kandung Mimi sendiri."

"Semoga Allah melindungi anak mak dan cucu-cucu mak.InsyaAllah..aminn.."kata Nazrinah.

"Terima kasih,mak.Mimi gerak dulu ya.Mak dan adik jaga diri disini.Kalau ada apa-apa,bagitahu Mimi."

"Baiklah.Ermm..kamu jangan lupa pasal Zulfaq dan Haikal ya."kata Nazrinah.

Mimi terdiam lalu dia mengangguk.Mimi masuk ke dalam perut keretanya dan menghidup enjin kereta.Keretanya bergerak keluar dari kawasan halaman rumah emaknya.

"Mama..Ana nak buka radio,boleh tak?"pinta Ana.

"Boleh.Bukalah."kata Mimi.

Saat Ana membuka radio,terdengarlah satu lagu yang diminatinya dan tersimpan suatu kisah dibalik lagu itu di dalam hidupnya.

Dihempas ombak Terdampar buih Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta  Lihat...lihat..
Dalam mata ku Sinarnya menyala Lihat...lihat Ke dalam mataku Cintamu bertakhta 
Sebelum ku kenal Dirimu siapa
Aku tak kenali Apa itu cinta
Setelah ku kenal Dirimu sebenar
Kau cinta sejati Kusandarkan jiwa Digilis angin Tercarik awan Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Lihat..lihat..
Ke dalam mataku sinarnya menyala
Lihat..lihat ..ke dalam mataku
Cintamu bertakhta

Takkan berganjak pendirian ku ini Selagi kita tak kembali bersatu Selamanya Takkan berubah perasaan ku ini terhadapmu
BIar digugat Biar dicabar BIar dihalang


Hatinya diruntun rasa sebak.Dia tertekan dengan apa yang telah terjadi.Nasib baik Ana dan Humairah ada disisinya,sekurang-kurangnya mereka lah kekuatan Mimi.

"Mama..are you okay?"

"Mama okay,sayang..."

"Kalau mama ada masalah,mama kongsi lah dengan Ana."kata Ana.

"Boleh ke?"

"Mestilah!Ana nak jadi pendengar setia mama!"

"Okay macam ni..."Mimi menceritakan segalanya kepada anaknya.

"Ooo..kiranya sekarang mama tengah buntu lah mahu pilih siapa?"

Mimi mengangguk.

"Ana tak dapat mahu bantu mama.Ana masih muda dan tak tahu apa itu erti cinta lagi."Ana tersengih.

"Hahahah.Tak apa sayang.Mama cuma mahu anak-anak mama ada di sisi mama sebab Ana dan Humairah lah kekuatan mama."

"Mama jangan risau.Ana dan Humairah akan sentiasa ada dengan mama."kata Ana.

Mimi bersyukur kerana Ana setia mendengar setiap keluhannya.Ya,ada hikmah mengapa Allah menghadirkan dua orang anak yatim di dalam hidupya secara tiba-tiba.

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now