2✨

4.8K 134 0
                                    

Mimi menatap gambarnya bersama Haikal di telefon canggihnya.Dia amat merindui Haikal.Adakah Haikal juga merinduinya ?Hm..MUSTAHIL!

Gambar itu diambil ketika hari sukan yang berlangsung beberapa bulan yang lepas...

Merah mukanya menahan malu apabila Haikal berada di sebelahnya.Rapat!Dan ketika itu juga dia dapat merasakan bahawa saat itulah saat terakhir dan itulah gambar terakhir yang diambil.

"Awak masuk tarik tali ke?"tanya Mimi.

"Ya."

"Goodluck awak."

"Tq..okay lah awak saya pergi sana dulu.Sudah nak mula tu."kata Haikal.

"Okay..bye..goodluck tau!"

"Bye.."kata Haikal,lalu berlari ke arah padang di sebelah sana.Namun,dia menoleh sekejap ke belakang dan berkata sesuatu kepada Mimi.

"I love you!"kata Haikal.

"I love you too!"jawab Mimi kembali.


"Mimi!"Nazrinah menegur anaknya yang sedang termenung.Entah apa yang difikirkan.Agaknya anaknya itu sudah berada di Jakarta.

"Ya,ma."jawab Mimi.Dia kembali tersedar.Jauh dia termenung.Airmatanya hampir saja menitis.Namun sengaja ditahan supaya si ibu tidak mengesyaki apa-apa.

"Termenung jauh pula kamu ni.Sudah..jom ikut mama pergi kedai."

"Okay,mama."Mimi hanya menurut saja.

Haikal memberhentikan motornya di hadapan gelanggang futsal.Dia hanya melihat rakan-rakannya yang sedang gembira bermain futsal dari jauh.Dia tidak berniat untuk bermain futsal harini.

Adif melihat Haikal yang berada di hadapan gelanggang.Pelik!Kenapa tidak mahu sertai bermain futsal dengan rakan-rakan lain?Adif meneguk sedikit air ke dalam mulutnya.Dahaga!Kemudian,dia meletakkan botol air mineral itu di atas bangku,lalu Adif meneruskan langkahnya ke luar gelanggang.

"Haikal!"Adif memanggil Haikal,mereka memandang serentak.

"Apa?"

"Kenapa tak main futsal?"

"Tak ada mood lah."jawab Haikal acuh tak acuh.

"Hm.Kau okay tak?"tanya Adif lagi kepada Haikal.

"Okay."

"Hishh kau ni.Sejak kau putus dengan Mimi,perangai kau makin pelik tau tak.Kenapa hah??"tanya Adif,tidak puas hati.

"Entah.Eh..aku balik dulu lah.Bye."kata Haikal.Lalu,dia menghidupkan motornya dan terus berlalu meninggalkan Adif yang tercegat berdiri seperti tiang elektrik disitu.

Haikal meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.Ketika dia lalu di hadapan rumah bekas kekasihnya,dilihatnya disitu Mimi sedang duduk di hadapan rumah.Dia tidak sengaja memandang Mimi.Dan tanpa diduga,bekas kekasihnya itu juga turut memandangnya.Serentak!

Mimi cepat-cepat mengalihkan pandangannya.Hatinya berdetak laju.Seolah-olah sedang duduk berhadapan dengan Perdana Menteri.Oh ya!

"Haikal..kenapa awak selalu saja muncul di mata saya?"tanya Mimi,seorang diri.

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now