13✨

2.9K 81 0
                                    

Shahira datang ke dapur melihat emaknya memasak.Dia terhidu bau enak masakan emaknya itu.Dari dulu sehingga kini,emaknya adalah juara chef dihatinya.Masakan emaknya tidak pernah tidak sedap.

"Amboii mak.Sedapnya masak.Semangat saja harini."

"Mestilah!Adik kamu nak balik."

"Haikal nak balik?"

"Ye lah.Itu pun sebab mak yang suruh."kata Zana kepada anaknya.

"Mak sudah bincang dengan Haikal pasal meminang tu?"tanya Shahira.

"Belum.Mak nak bagi surprise untuk dia!"

"Surprise?Nanti kalau dia mengamuk macam mana?Dia setuju ke mak?"tanya Shahira lagi.

"Dia pasti setuju!Kalau mak pun dah berkenan dengan bakal isteri dia tu,apatah lagi dia!"

"Iye ke,mak?Mana mak tahu?"tanya Shahira sambil meneguk segelas air oren.

"Memang dia akan setuju lah kalau bakal isteri dia tu Mimi!"kata-kata Zana membuatkan Shahira tersedak.

"Bekas girlfriend dia zaman sekolah tu???"

"Iyaaa.Bekas 'makwe' dia dulu lah."

"Kalau macam tu,dia dapat tahu nanti,terlompat-lompat lah dia macam katak!"Zana dan Shahira ketawa.Tidak sabar mahu melihat wajah gembira Haikal.

"Kau jaga Yingying elok-elok tau!Bagi dia makan cukup.5 kali sehari!Lepastu mandikan dia,sabun tau!Kalau dia demam,bawa dia pergi klinik haiwan tu.Kau jangan biar dia main di luar rumah!"pesan Mimi kepada Annisa.Dia berat hati mahu meninggalkan kucing kesayangannya.

"5 kali sehari bagi makan?!!Dapat Kolesterol nanti,tak begerak dah dia nanti."gurau Annisa.

"Hish kau ni!Kau tengok lah perut dia macam mana?Nanti kalau dia demam,kau bawa dia pergi klinik haiwan yang selalu aku bawa tu."

"Tak payah.Bagi panadol je.Hahahahah."

"Kau ni!"

"Demam je pun.Fikir dia ada sawan macam kau juga ke?"Annisa ketawa.

"Jadi apa-apa kat kucing aku,aku makan kau!"

"Macam lah berani!"

"Ah biarlah.Bye!Aku balik dulu."Annisa dan Mimi berpelukan dan bersalaman.

Kemudian dia mendukung Yingying dan menciumnya."Bye Sayang!!"

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now