22✨

2.7K 80 0
                                    

Sebagai teman rapat Mimi,Nadihah setia mendengar setiap keluhan dan rintihan Mimi.Dia mengakui dia juga akan berasa buntu jika dia berada di tempat Mimi.Oleh itu,Nadihah tidak dapat membantu Mimi membuat pilihan,sebaliknya dia banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk Mimi.

Disebabkan dia mahu Mimi kembali ceria,Nadihah membawa Mimi ke suatu tempat yang dia sering kunjungi dan menumpang kasih serta memberi kasih sayangnya.

"InsyaAllah,kau akan rasa tenang..gembira..seronok bila ada disini.Tambahan pula mereka akan menganggap kita sebagai ahli keluarga mereka sendiri."kata Nadihah.

Mimi memandang Rumah Anak Yatim Sri Teratai Kemboja yang berada di hadapannya.Mungkin ini peluang untuk dia merehatkan minda dan melupakan apa yang terjadi.

"Assalammualaikum adik-adik!"kata Nadihah.

"Waalaikummusalam."jawab kanak-kanak riang itu serentak.Mimi berasa tenang melihat setiap wajah anak-anak yatim itu.

"Haaa..harini kakak mahu kenalkan gadis manis sebelah akak ni,Kak Mimi!Harini dia akan luangkan masa dengan kita semua.Seronok tak??!!"kata Nadihah.

"Yeayyy kakak baru!!!Hai kakak Mimi!"

"Haiiii sayang semua!Adik-adik akak sihat?"kata Mimi,ramah melayan kanak-kanak itu.

"Sihat..."jawab mereka serentak.

"Okay...nanti kita ada aktiviti tau.Kak Mimi pun ada.Tapi sekarang,kamu semua ada sesi membaca dengan Kak Tia."kata Nadihah.Dia membawa Mimi ke kantin pula.Di situ,Mimi melihat beberapa kumpulan remaja yang sedang belajar memasak.

"Assalammualaikum adik-adik!"

"Waalaikummusalam."

"Akak Nad nak kenalkan Kak Mimi pada adik-adik semua.Harini sampai ke petang dia akan berada disini.Jadi,adik-adik boleh lah mahu bertanya apa-apa saja pada kak Mimi."

"Hai adik-adik!"kata Mimi.

"Haii!!"

"Mimi...selamat datang ke rumah Anak Yatim Sri Teratai Kemboja."kata Kak Nina,pengurus rumah anak yatim tersebut.

"Cantik tempat ni...indah saja.Tenang."kata Mimi.

Kak Nina tersenyum.Dia merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan anak ketika usianya masih muda.Sejak itu dia bangkit dan meneruskan kembali kehidupannya.

"Untung akak..muda-muda lagi sudah dapat buka sebuah rumah anak yatim."

"Alhamdulillah,Mimi.Sejak arwah suami dan anak akak meninggal,akak mula muhasabah diri.Akak buka rumah anak yatim ni.Akak rasa bahagia sangat berada disini kerana dapat mencurahkan kasih sayang akak pada mereka."cerita Kak Nina.Ya,dia sememangnya wanita yang tabah.

"Akak ada berapa orang anak?"

"Ada dua orang saja.Seorang dah sudah lama menghadap yang maha Pencipta.Yang bongsu,dia sedang belajar di Kolej Vokasional.Akak bersyukur kerana masih ada dia."

Tiba-tiba seorang remaja perempuan datang ke arah mereka.

"Bonda..baby Humairah ada di bilik Bonda kan?Ana nak jumpa dia."

"Okay...kalau macam tu jom."

Kak Nina mengajak Mimi sekali ke biliknya.Setibanya mereka disana,hati Mimi tersentuh melihat seorang bayi yang sedang tidur di atas katil bayi.

"Akak..ni pun anak yat.."kata-kata Mimi terhenti.

"Ya..ini Lily Humairah namanya,adik kepada Ana Dalisha.Akak terjumpa mereka semasa di hospital.Ana beritahu akak bahawa arwah ibu dia meninggal selepas melahirkan Lily Humairah.Ayahnya pula hilang entah kemana dan meninggalkan mereka dua beradik begitu saja.Akak kasihankan mereka,lalu akak bawa mereka ke sini."kata Kak Nina.

Hati Mimi benar-benar tersentuh.Dadanya terasa sebak.Subahannallah..dia bersyukur kerana masih ada keluarga yang begitu menyayanginya.Dia amat kasihankan dua beradik yang berada di depan matanya.

Naluri seorang ibu yang ada pada dirinya membuat hatinya terusik untuk mengambil Lily Humairah dan Ana Dalisha sebagai anak angkat.Dia sedar dia masih muda namun tidak salah jika menjadi seorang ibu pada usia muda,kan?

Mimi meminta izin dari Ana untuk mendukung bayi comel itu.Airmatanya mengalir saat dia memandang wajah Lily Humairah.Kemudian dia memandang pula pada Ana.Dia berasa sedih dan sebak yang teramat.

"Akak..boleh tidak kalau saya mahu mengambil Lily Humairah dan Ana Dalisha sebagai anak angkat saya?"

"Sudah tentu boleh.Nanti akak bantu Mimi uruskan segala urusan penting."

"Ana...mulai harini Ana anggap akak sebagai ibu Ana ye?"

Ana memandang sayu Mimi."Boleh Ana panggil Mama?"

"Boleh sayang..."kata Mimi.

"Mama!!"Ana memeluk erat tubuh Mimi.Ana terasa seolah-olah memeluk arwah ibunya.Rindu kembali bertandang di hati.

Kak Nina mengalirkan airmata melihat adegan itu.Ya Allah...

Mimi memandang Lily Humairah..

'Humairah sayangku..mama berjanji,mama akan menjaga Humairah seperti anak mama sendiri.Mama akan sayangkan Humairah seperti darah daging mama sendiri.Mama takkan biarkan sesiapa pun menyakiti anak mama.Mama akan mendidik Humairah menjadi seorang anak yang solehah.Sayang...mama akan jaga Humairah sehingga nafas mama terhenti.Mama akan sayangkan Humairah sepenuh hati mama.Itu janji mama.'

Mimi mencium dahi Lily Humairah.

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now