Sakinah melihat skrin telefon yang masih terang. Berpuluh missed calls dari Fifi. Begitu juga dari kawan-kawan yang lain. Mesej yang bertimbun di whatsapp juga tidak dibalas. Dia akan pergi tidak lama lagi. Keputusan Sufandi sudah muktamad. Dia akan dihantar ke rumah Subran. Jadi tak guna dia meneruskan lagi hubungan dengan kawan-kawan di sini. Hanya akan membuatkan hatinya bertambah remuk sahaja nanti. Silap-silap haribulan hari bulan akan ditertawakan pula oleh Fifi dan kawan-kawan.
"Aduh!" Memekak betullah. Sakinah terpaksa beralah. Sakit kepala dia mendengar nada dering yang tak henti-henti berbunyi.
"Kau nak apa Fifi "
"Ha, hidup lagi rupanya. Aku ingatkan dah arwah. Kau menyorok kat mana ni? Dah tiga hari tak nampak."
"Ada aje kat rumah ni..." Sakinah menjawab malas.
"Alamak! Apa barang terperap dalam rumah. Kau demam ke?"
"Taklah."
"So, apalagi? Jomlah keluar. Tak bestlah kau tak ada." Fifi bagaikan tidak perasan kelainan suara Sakinah.
"Fifi, aku nak beritahu kau sesuatu ni." Sakinah memeluk lutut sendiri. Resah memikirkan reaksi Fifi nanti.
"Kenapa ni Kinah?" Agak perlahan suara Fifi bertanya.
"Kau ingat tak malam terakhir kau hantar aku balik?" Sakinah menggigit hujung kuku. Rambut yang sedia serabai diraup beberapa kali. Makin gelisah bila Fifi hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang respons.
"Fifi, aku kena rogol."
"Ha?" Suara terkejut Fifi begitu kuat di telinga Sakinah.
Dalam esak tangis Sakinah menceritakan segala yang berlaku. Keputusan Sufandi untuk menghantarnya ke rumah Subran juga turut dikhabarkan. Untuk beberapa ketika Fifi terdiam. Mungkin dia juga tidak menyangka sebegitu teruk sekali nasib Sakinah.
"Maafkan aku Kinah. Kalaulah aku hantar kau sampai depan rumah, mesti hal ni tak berlaku. Kau sabar ya."
"Fifi, kau datang ambil aku boleh tak? Aku nak pergi balai. Nak buat report."
"Buat report? Kau biar betul ni Kinah? Nak ke polis percaya cerita kau ni? Lagi pun dah berapa hari dah benda ni berlaku? Bukti pun kau tak ada."
"Aku cuma minta kau temankan aku je Fifi. Itu aje. Tolonglah. Kau sorang aje yang boleh tolong aku sekarang." Sakinah merayu.
"Err, bukannya tak boleh. Tapi kalau aku ikut kau, mesti polis akan soal aku juga, kan?"
Sakinah diam. Menahan rasa terkilan. Tak sangka Fifi akan berdolak-dalih. Sedarlah dia dah tersalah pilih kawan. Hati yang sudah kecewa semakin remuk dengan respons Fifi.
"Kinah.. " perlahan Fifi memanggil.
"Kau nak temankan aku ke tak ni?" tanya Sakinah agak keras.
"Bukan tak nak temankan. Tapi...
"Okey, tak apalah. Lepas ni jangan call aku lagi. Anggap aje aku dah mati. Bye. "
"Kinah! Dengarlah dulu aku nak cakap ni. Kinah..."
Dengan senyum sinis Sakinah menamatkan panggilan. Tak ada apa lagi yang perlu didengar. Hanya makin menyakitkan hati sahaja nanti.
"Tak guna punya kawan! Argh!" Telefon pintar dibaling ke dinding. Sakinah hanya merenung telefon yang sudah berkecai. Sama berkecai hati dan perasaannya sekarang.
YOU ARE READING
GALAU
Non-FictionMemadam sejarah silam tidak semudah membuang kotoran di belacu usang. Makin dihindar makin mendekat. Mungkin hanya maut yang mampu menghalau segala musibat