Mata Sakinah membuntang di dalam gelap. Dada berdebar kencang. Digigit hujung bibir untuk memastikan yang dia tidak bermimpi. Sakit! Ya, dia berada di alam nyata. Spontan dia menepis tangan yang melingkari pinggang. Dia terbangun tatkala menyedari ada seseorang disebelahnya.
"Sial! Berani kau masuk ke bilik aku." Dengan sekuat tenaga dia menyepak tubuh yang hampir sama besar dengan dirinya itu.
"Aduh!"
Sakinah semakin terperanjat. Itu bukan suara yang sama dia dengar ketika kejadian hitam tempoh hari. Dia mencari suis lampu.
"Auni?" Mengecil anak mata Sakinah menahan silau. Dia dekati gadis yang sedang menggosok-gosok punggung di lantai. Benar, itu Auni sepupunya.
"Kenapa Kinah sepak Auni? Sakit tau." Auni menggonyoh mata yang masih pisat-pisat. Sambil menahan pinggang yang masih ngilu, dia bangun dan duduk di tepi katil.
"Kinah mengigau ke?" tanya Auni.
"Macam mana kau boleh ada kat dalam bilik ni?" Sakinah masih keliru dengan kehadiran Auni di situ.
"Ini memang bilik Auni."
"Bilik kau?"
"Ya Kinah. Ni bilik Auni. Kinah lupa ke sekarang ni Kinah berada di rumah Auni. Ni rumah Haji Subranlah. Rumah Pak Uda." Panjang lebar penjelasan Auni. Tiada langsung riak marah. Malah dia cuba menyembunyikan senyum agar tidak menyinggung hati Sakinah.
Sakinah merenung lantai.Agak lama dia cuba memulihkan diri dari mamai.Auni yang menguap panjang di atas katil dia tenung.Seumur hidup dia tidak pernah tidur bertemankan sesiapa. Walaupun sama jantina Sakinah tetap rasa kurang selesa.Lebih-lebih lagi bila dipeluk Auni sebentar tadi.Selepas kejadian itu,tubuhnya menjadi begitu sensitif bila disentuh.Pada saat ini pun Sakinah masih menggigil.Tangan lembut Auni yang disentuh tadi seakan sama dengan tangan kasar yang pernah meragut kesuciannya beberapa hari yang lalu.
"Jom tidur balik Kinah. Kejap lagi nak bangun subuh pula." Auni mengutip selimut di lantai.
"Err, Auni." Teragak-agak Sakinah memanggil.
"Hmm?"
"Boleh tak kau tidur kat bilik sebelah. Aku tak biasalah kongsi bilik dengan orang lain."
"Ha?" Hilang mengantuk Auni. Tak sangka dia dihalau dari bilik sendiri
"Tak apalah. Aku tidur kat ruang tamu aje." Sakinah beralah. Sedar diri yang dia hanya tetamu di rumah itu.
"Eh, tak apa. Kinah tidurlah sini. Auni boleh tidur kat bilik sebelah." Tak banyak cakap, Auni terus turun dari katil. Dia senyum ketika berselisih dengan Sakinah. Berlenggang saja dia masuk ke bilik sebelah.
"Auni masuk dulu ya. Assalamualaikum."
Mulut Sakinah terkumat-kamit perlahan menjawab salam Auni. Lampu bilik ditutup semula. Sakinah kembali ke katil. Dengan harapan tidurnya akan lebih lena selepas ini.
Selang beberapa jam kemudian...
Pegang tangan dia!
Yeah! Kita kenduri besar malam ni...
Bagi aku dulu.
Tak boleh! Aku nak dulu.
"Jangan!"
Sakinah menekup kedua-dua belah telinga. Cuba melenyapkan suara-suara itu. Dalam masa yang sama terasa sesuatu merayap di pehanya yang terdedah.
"Jangan!!!" Sakinah menendang-nendang tidak tentu arah. Habis selimut dan bantal guling jatuh ke lantai. Namun benda yang merayap tadi terbang dekat dengan muka Sakinah.
YOU ARE READING
GALAU
Non-FictionMemadam sejarah silam tidak semudah membuang kotoran di belacu usang. Makin dihindar makin mendekat. Mungkin hanya maut yang mampu menghalau segala musibat