GALAU BAB 16

1K 15 0
                                    


Sejak Sakinah ditemui semula tempoh hari, tempat kerja gadis itu merupakan lokasi persinggahan pertama sebelum dia ke tempat kerja.

Mula-mula atas alasan kerja. Sambil-sambil itu percubaan untuk mendekati Sakinah terus dilakukan. Tetapi usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Sakinah masih bertegas. Pelawaan-pelawaan Huzir untuk bersarapan atau makan tengahari ditolak mentah-mentah.

"Angkatlah Sakinah..." Hujung bibir sendiri digigit kuat, kecewa. Telefon dicampak kasar ke meja. Kedua-dua menekup muka. Rasa macam nak menangis pun ada.

Sejak urusan kerja antara dia dan Sakinah selesai tempoh hari Sakinah sudah tidak mahu melayan panggilannya. Pesanan ringkas juga tidak dibalas. Malah pemberian-pemberian ikhlas Huzir berupa coklat, bunga dan sarapan pagi dibuang begitu sahaja.

"Bagilah peluang untuk aku tebus dosa aku Kinah.."rintih Huzir rintih. Bukan setakat rasa menyesal. Hati lelakinya juga telah dijentik perasaan yang agak istimewa. Setiap malam benaknya sudah pandai teringat-ingatkan Sakinah. Identiti baru gadis itu telah berjaya melunturkan egonya yang melangit selama ini.

Tak semena-mena telefon yang dicampak ke meja berbunyi nyaring. Bukan nada dering panggilan masuk tetapi nada dering untuk reminder.

"Okay gotta go." Huzir mengingatkan diri sendiri. Suis komputer ditutup. Kerusi dirapatkan lalu Huzir melangkah keluar dari pejabat. Tidak ada apa lagi yang menarik minat Huzir di pejabat itu. Semua kerja telah diserahkan kepada pekerja-pekerja bawahan.

Satu perkara yang paling ketara pada saat ini, kualiti kerja Huzir juga semakin menurun. Apa yang penting bagi Huzir sekarang adalah untuk memenangi hati Sakinah. Dia mahu gadis itu tahu keikhlasan hatinya. Mengintai gerak-geri Sakinah sudah menjadi tugas rutin Huzir. Dari dalam kedai makan bersetentang dengan kedai percetakan tempat Sakinah bekerja, Huzir menyaksikan segala-galanya. Malah sehingga Sakinah pulang ke rumah Subran juga tetap diekori.

"Tolonglah jangan buang bunga tu Kinah.." Huzir berbisik pada diri sendiri.Berharap sangat agar jambangan bunga yang terpegang di tangan gadis itu tidak akan dihumban ke dalam tong sampah seperti selalu.

Tersungging senyum senget di bibir tatkala melihat Sakinah seakan mengawasi keadaan sekeliling. Seperti tahu dia sedang diperhatikan. Jemari Huzir mula mendail nombor telefon Sakinah. Kasihan pula nak membiarkan gadis itu dalam keadaan termangu-mangu.

"Assalamualaikum." Agak keras suara Sakinah memberi salam. Akhirnya gadis itu beralah. Mungkin semakin rimas dengan perhatian melampau Huzir.

"Waalaikumsalam. Selamat petang." Huzir cuba menutur kata setenang mungkin. Walhal jantungnya semakin laju berdetak di saat Sakinah hilang dari pandangan. Apa yang bagusnya, gadis itu masuk ke pejabat bersama jambangan bunga pemberian Huzir. Tidaklah dibuang sebagaimana yang dilakukan sebelum-sebelum ini.

"Helo..." Huzir melihat skrin telefon. Masih menyala. Tetapi jawapan dari pihak sana tidak kedengaran.

"Kinah," panggil Huzir.

"Kenapa Encik Huzir buat macam ni?"

"Huzir. Tolonglah buang encik tu. Janganlah jadikan saya ni orang asing. Please..."

"Kita ni ajnabi ENCIK HUZIR. Kita tak kenal satu sama lain. Tolonglah jangan buat macam ni lagi. Saya tak layak untuk encik."

"Kenapa? Sebab hal yang dah berlaku tu ke? Sakinah, saya ikhlas. Tolong bagi saya peluang. Tak ada yang nak dimalukan. Lagipun bukan salah awak." Huzir meramas peha sendiri. Mahu sahaja keluar dari mulut pengakuan yang sebenar. Tetapi dia belum bersedia.

GALAUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang