"Kau pasti?"
Wajah mereka semua kutenung dalam. Soalan daripada Carla membuatkan aku mengeluh berat. Kepala yang berdenyut akibat terlalu memikirkan hal ini, kupicit perlahan. Dengan yakin, aku mengangguk sebagai jawapan.
"Tapi kau dengan dia rapat kot, sanggup ke kau?" Zarif menyoal. Pandangan aku dihiasi dengan wajah tertanya mereka semua. Keluhan demi keluhan aku lepaskan tanda kepalaku sedang runsing memikirkan kesan buruk. Persoalannya, sanggupkah aku?
"Nak tak nak, aku kena buat jugak." Balasku dingin. Kepala aku sandarkan pada kepala sofa. Mataku cuba dipejam rapat. Cuba menghilangkan perasaan ragu-ragu untuk meneruskan rancangan yang telah aku rancang ini.
"Fy, jangan sampai Lyna tahu."
"Never."
Jika perkara ini sampai ke pengetahuan Lyna, benda ini akan menjadi lebih rumit.
"Aku bagi advice sikit ni. Bro, start from now, kau kena buang perasaan kau dekat dia. Aku takut plan ni tak berjaya kalau kau syok dekat dia. Nanti kau jugak susah." Xander, pakar nasihat sudah bersuara. Aku cuba menghadam kata-katanya. Kening sebelah aku angkat sambil mata memandang tepat ke arahnya.
"Mana kau tahu?"
"8 tahun kau jadi best friend dia, Fy. Tipulah kalau kau tak ada apa-apa perasaan." Jawab Amir sambil tersenyum sinis. Walaupun soalan itu aku tujukan kepada Xander, orang lain pula yang jawab.
"Nak buang perasaan ni bukan senang weh," aku meraup kasar rambutku kebelakang. Sedaya upaya aku cuba membuang bayangan dia dari fikiran. Aku buntu!
"Just hate her. Benci. Muak. Kau try imagine dia tu orang yang bunuh ayah kau. Tetapkan pendirian, Fy. Jangan sebabkan benda remeh ni plan terus hancur." Shakir disebelah menepuk bahuku perlahan. Dia bangkit dari duduk. Aku memandangnya pelik.
"Oh, aku nak pergi kedai jap. Please, hadam kata-kata aku, bro." Senyuman nipis aku lakar sebelum aku mengangguk perlahan. Aku cuba.
"Tetapkan pendirian." Omelku perlahan. Sepucuk pistol yang berada di meja kopi aku capai. Pistol tersebut aku belek bersama senyuman sinis. Tak, lebih kepada senyuman orang psiko. Creepy. Wajah mereka semua terus berubah.
"Woi Fy. Jangan buat hal!" Alden sudah berdiri dan menyorok di belakang sofa. Cuba untuk menyembunyikan diri. Tak semena-mena, yang lain juga berbuat demikian. Bunyi tapak kaki dan sofa yang bergesel dengan lantai kedengaran bergema di markas ini.
Aku sembunyikan tawa.
"Weh aku menyesal tak simpan pistol tu balik." Ujar Emir sambil menepuk-nepuk dahinya. Amir disebelah terus menyekeh kepala kembarnya. "Kau kan bangang!" Seloroh Amir geram.
Posisi aku masih sama. Duduk di atas sofa statik. Tangan memegang sepucuk pistol kepunyaan Emir. Bibir masih melakar senyuman sinis.
"Duh, Eafy. Letaklah gila pistol tu! Kau ni bukan boleh buat main. Kang jadi macam haritu doh." Raysha sudah bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Muka berkerut-kerut menahan marah.
Aku teringat kembali peristiwa dimana bahu Raysha ditembak oleh aku sendiri semasa aku sedang membelek pistol. Tanpa aku sedar, aku sudah melepaskan sedas tembakan. Mungkin nasib Raysha tidak menyebelahinya tika itu, maka tembakan yang aku lepaskan tepat terkena pada bahu kirinya.
"Letakkan pistol anda dan angkat tangan. Arahan harus dipatuh." Seseorang bersuara lagak polis. Suara yang amat aku kenali. Siapa lagi kalau bukan...
Shakir.
"Hehe. Jangan pandang aku macam tu. Aku nak suruh kau letak pistol tu sebab aku bawa snek! Yeah!" Shakir mengangkat plastik snek ke awangan. Mukanya jelas sedang mengukir sengihan. Aku dan Shakir berjarak beberapa meter. Dia kini berdiri statik di depan pintu.
"Shak! Aku sayang kau lagi weh, sorokkan diri lah woi!" Jerit Alden.
"Kau nak aku sorok dekat mana, gila?" Soal Shakir kembali. Mereka sedang berbual seolah-olah aku tiada di sini. Segera aku berdecit.
"Shak, ready?" Soalku padanya yang sudah panik. Habis plastik ditangannya terjatuh ke lantai. Jelas bahawa mukanya sudah pucat. Aku cuba untuk menyembunyikan ketawa.
"Jangan!" Jerit semua yang berada di markas ini. Semua memandang aku dengan gelengan kepala.
"Woi! Apasal aku pulak? Aku baru balik ni dah.. Arghhh! Shit! Fucker! Kau tunggu Fy, kau tunggu!"
Aku melepaskan satu das tembakan pada lantai dihadapannya. Cepat-cepat Shakir berlari ke luar rumah sambil menyumpah aku untuk melarikan dirinya daripada menjadi mangsa.
Aku menggeleng kepala. Aku masih waras. Aku tak gila lagi untuk menembak kawan-kawanku.
"Furqan, pergi cari Shakir." Arahku. Tanpa bantahan, Furqan terus berlari ke luar rumah untuk mencari figura Shakir yang dalam ketakutan. Aku pula hanya sengih tak bersalah.
"Takut sangat aku tembak." Aku memberi pistol itu kembali pada tuannya. Emir terus melemparkan pandangan helang dan mengetuk kepala aku. Tak guna. Sakit sial.
"Lagi sekali kau buat macam tu... Kau siap!" Emir mengepit kepalaku dengan lengannya. Pistol ditangannya diberi kepada Amir sebentar sebelum sebelah tangan Emir yang kosong menolak kepala aku sehingga berada pada bawah ketiaknya. Aku terus meronta.
Cibai.
"Lepas bodoh! Busuk!"
"Ha amik, amik!"
Tangan kiri aku sudah dikunci manakala tangan kanan aku masih bebas. Dengan kesempatan yang ada, aku menarik rambut Emir kuat. Dia terus mengaduh sakit dan segera melepaskan aku. Itulah, main-main lagi dengan Eafy Leo.
"Weh sakit sial!" Kedua belah tangannya berada di kepala. Mata Emir terpejam rapat menahan perit.
"Bodoh! Woi kembar tak guna, tolonglah aku bangang!"
"Ewah. Kau nak mintak tolong memang macam tu eh? Memang tak ah aku nak tolong." Amir menunjukkan muka menyampah sebelum dia memeluk tubuh sambil melihat kembarnya didera.
"Sakit tak?" Tanya aku dengan senyuman sinis sebelum rambutnya aku lepaskan.
"Tak weh tak. Sedap gila." Kata Emir dengan wajah monyok. Dia mengusap rambutnya dan merapikan kembali. Lalu dia bergerak menjauhi aku.
Merajuk lah tu.
"Ayok Emir merajuk. Hahahaha! Buruk sial muka kau, Mir." Ujar Zarif berselang-seli tawa. Aku hanya sengih tidak bersalah. Baru kena sikit dah sakit. Tak jantan lah macam tu.
Tiba-tiba mata aku menangkap kelibat Shakir dan Furqan yang sedang memasuki rumah. Mata Shakir merenung aku tajam. Tampak bahawa giginya sedang diketap kuat. Aku sekadar tersenyum senget sambil mengangkat sebelah kening.
Lain pula dengan wajah Furqan yang sedang menahan tawa. Tak semena-mena tawa Furqan terlepas sambil dia menekan perutnya. Yang lain memandangnya pelik. Ada yang garu kepala masing-masing.
"Oi. Kau pahal tiba-tiba gelak?" Soal Carla mendatar.
"Aku.. Hahahaha! Shakir menyorok dekat atas bumbung rumah bongok! Aku tak tahulah macam mana dia boleh panjat naik atas tu. Hahaha kau ni Shak buat aku berdekah lah!" Furqan mengelap air matanya yang tumpah akibat terlalu banyak gelak.
Aku tahan gelak. Xander sudah menekup mulutnya. Yang lain pun sama. Ada yang sudah melepaskan gelak. Contohnya, Alden dan Zarif yang sememangnya mudah terhibur.
Sekarang, dua orang sedang merajuk.
Emir dan Shakir.
"Petang latihan. Ingat. Kita pewaris Catch." Kataku serius kepada mereka semua yang sudah berhenti ketawa.
Aku menggeleng kepala dan membiarkan mereka di ruang tamu. Kakiku mula menapak ke lif dan menuju ke bilik aku.
Satu sahaja aku perlu fikirkan saat ini.
Gadis yang bernama Hanis.
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...