56 | Good News

5.9K 336 9
                                    

Nak ending cepat? Meh sedekahkan 50 votes. Sikit je tu. Berkira eh korang ni?

•••

  Lebihan selendang diselempang ke bahu sebelum wajahnya yang sudah siap bersama solekan nipis dipandang melalui biasan cermin. Satu senyuman ceria terhasil sebelum dia tergelak sendiri.

Bukan main gembira lagi apabila kelmarin, dia menerima pesanan ringkas daripada Joe. Lelaki itu mengajaknya untuk keluar bersama di Pahang, semua tiket flight Joe sudah sediakan dari awal.

  Telefonnya dicapai sebelum Syaf membuat panggilan. Sambil menunggu panggilannya diangkat, dia melabuhkan duduk di birai katil. Berkerut keningnya tatkala masuk voice mail.

  Syaf angkat bahu lantas menyimpan telefon miliknya ke dalam bag. Joe sedang busy kut. Maklumlah lelaki itu sudah memegang jawatan terbesar di resort itu iaitu CEO. Mestilah sibuk.

  "Eh nak pergi mana ni?" Soal ibu Syaf yang kebetulan berada di ruang tamu bersama inspektor Zamrul. Pasangan tersebut elok duduk di sofa sambil menonton televisyen berduaan.

  Gadis itu cuma melayangkan sengihan. Bagasi dibiarkan sebelum dia menerpa ke arah kedua ibu bapanya. Kekura tangan mereka Syaf cium.

  "Pergi Pahang. Joe ajak bercuti sana."

  "Oh okay. Hati-hati. Kirim salam dekat dia." Pesan ibu Syaf mesra. Syaf hanya mengangguk. Inspektor Zamrul pula sekadar menghadiahkan senyuman.

"Syaf pergi dulu."

Sampai sahaja ke lapangan terbang, dia menunggu sebentar. Telefon dihidupkan. Nombor Joe kembali dicari lantas membuat panggilan. Lama dia menunggu, panggilan masih tidak diangkat. Hatinya sudah tidak keruan memikirkan lelaki itu. Jarinya diramas perlahan, cuba sekali lagi.

Tetap sama.

Keluhan dilepaskan perlahan. Jarinya menekan aplikasi WhatsApp sebelum dia membuat pesanan ringkas kepada lelaki itu. Harap Joe baca.

Jangan buat aku risau, Joe. Jangan...

•••

Berkali-kali telefonnya berbunyi minta diangkat. Namun dia tidak boleh buat apa-apa kerana kedua belah tangannya sudah diikat kemas. Kini, dia berada di dalam kereta Nissan Grand Livina kepunyaan Catch. Joe berada di tempat paling belakang sambil berbaring dengan kedua belah tangan serta kaki diikat dengan ketat.

  Mulut pula sudah ditekup dengan kain.

  "Bodohlah! Memekak sial!"

Pantas Xander memusing ke belakang sebelum tangannya menyeluk ke dalam poket seluar Joe. Joe yang cuba mengelak diabaikan. Telefon lelaki itu diambil lantas dia cuba menghidupkan.

(3) Miss call from Syafyang.

Xander ketap bibir.

Tak lama selepas itu, satu pesanan ringkas masuk ke dalam notifikasi. Makin kuat Xander ketap bibir. Mencerlung tajam matanya membaca ayat tersebut.

  Syafyang.
  Where have you been Joe? Come on, pick up my call. I need to hear your voice. Are you okay there?

  Tiba-tiba telefon Joe bergetar sekaligus pesanan yang kedua dari orang sama masuk ke notifikasi.

  Syafyang.
  Aku on the way ke Pahang. Tunggu aku tau! Nanti kita holiday sama-sama! I miss you a lot cousin!

  Xander pejam matanya rapat. Nafasnya berderu-deru keluar dengan laju menandakan dia sudah dikuasi oleh api kemarahan. Telefon Joe dicengkam sebelum ditutup kembali. Gigi diketap makin kuat.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now