37 | "Sampai hati kau"

9.9K 481 93
                                    

   Unlock next chapter :
60 VOTES

Hari ni je aku tetiba baik hati buat double update. Ha sila enjoy. Jangan maki aku okay bye.

*****

    HANIS meletakkan Hannah dengan berhati-hati di atas katil. Setelah diletakkan bantal di sekeliling si kecil, terus dia berura-ura untuk melangkah keluar. Bilik Syaf yang berada bersebelahan dengan biliknya dituju.

   "Syaf?"

   Saat tombol pintu dipulas dan daun pintu terbuka sedikit menampakkan ruangan kelam itu, terus mata Hanis mengecil. Bilik Syaf sangat gelap dan berbau busuk. Seakan bau rokok.

   Takkanlah...

   Terus Hanis menolak daun pintu dengan kuat. Namun, ada sesuatu yang menghalang pintu ini dari terus menghentam dinding. Seakan sesuatu sedang berada di belakang pintu. Hanis panik apabila daun pintu itu kembali ke arahnya dan terus dahi Hanis serta pintu itu berdentum.

   "Aduh!" Dia mengaduh sakit. Automatik tangan kecilnya mengusap dahi.

   Setelah dahinya kembali normal, terus dia memasuki bilik itu dengan langkah laju. Dia geram saat ini. Hidungnya masih berfungsi lagi untuk mengesan bau rokok ini.

   Hanis mengintai belakang pintu. Dengusan kasar terus terlepas. Tangannya menarik kasar lengan Syaf untuk berdiri. Gadis itu seakan lemah, tubuhnya lemah longlai.

   "Apa kau buat ni, Syaf?!"

   Syaf seperti orang mabuk. Hanis rasa nak menangis lihat keadaan Syaf ini. Gadis itu seolah sedang khayal.

   "Answer me, Syafiqah Arissa!"

   "Kau diamlah!" tengking Syaf kembali. Dia menolak tubuh Hanis sebelum dia berlari ke arah katil. Laci di sebelah katil diselongkar dengan laju sehingga apa yang dicari jumpa.

   Hanis membuntangkan mata.

   "Buang benda tu, Syaf!" Dengan pantas Hanis berlari ke arah sepupunya sebelum ditolak kasar tubuh Syaf hingga jatuh ke atas katil. Barang yang Syaf pegang itu diambil dan segera disorokkan.

   "Bagi balik benda tu!"

   "No! Jangan buat benda bodohlah Syaf! Ingat ayah kau! Jangan cemarkan nama baik dia!" Setitik air mata Hanis jatuh ke pipi. Dia tahu Syaf tertekan, tapi ini bukanlah jalan penyelesaian yang sepatutnya!

   Syaf terduduk di atas katil. Tubuhnya bergerak seakan tidak tenteram tanpa barang itu.

   "Dadah dan rokok bukan cara yang baik untuk hilangkan stress kau!"

   "Aku ada apa lagi, Hanis? Ayah desak aku untuk bongkarkan tempat Catch! Tapi aku tak nak! Aku sayangkan Xander! Tapi... Tapi... Xander dah tak sayang aku! Dia benci aku! Argh!"

   Syaf menjerit seakan sudah hilang kewarasan diri. Tangannya naik menarik rambut sendiri supaya menjadi kusut. Dia benar-benar tertekan sehingga melakukan hal yang di luar kawalan.

   Dia tak menyesal ambil dadah. Sama sekali tidak menyesal. Malah dia suka. Dia telah didesak dan dimarahi malah dimalukan di hadapan khalayak ramai kerana lebih memilihkan cinta. Inspektor Zamrul memaki hamunnya. Namun, dalam perjalanan pulang, dia tidak sangka akan bertemu semula dengan jejaka hati.

   Tapi yang dia dapat hanyalah, makian.

   Syaf berpihak pada Xander sampai sanggup dimalukan. Namun pengorbanan dia hanya sia-sia. Xander pandang dia pun tidak. Inikan pula pandang pengorbanannya. Lagilah mustahil.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now