EAFY memandang wajah lesu Hanis dengan perasaan bercampur-baur. Dia bangkit dari duduk untuk ke dapur. Hendak menyediakan semangkuk bubur untuk gadis ini. Biarlah kali ini dia sahaja yang bantu Hanis. Dia tak perlu pertolongan orang lain kerana Hanis ada dia. Ya, ada dia walaupun kadang-kadang tak boleh diharapkan.
Tangannya mula bekerja laju dan lincah memotong bawang dan sebagainya. Lama berjeda di dapur, dia melihat bubur sebelum dikacau sedikit. Kemudian, senyuman tersungging di bibir nipis itu. Haruman bau aroma bubur itu terus memasuki rongga hidungnya sekaligus membuatkan perutnya berbunyi minta diisi. Eafy tunduk bawah. Dia lupa bahawa dia belum menjamah air mahupun makanan sejak semalam.
Mujur sahaja dia sudah mandi. Walaupun agak pedih terasa di belakang tubuh tapi dia tahankan saja demi Hanis. Dia mahu jaga Hanis. Lyna pula sudah menghilang apabila doktor Hael sudah selesaikan tugasan merawat Hanis.
Bubur dimasukkan ke dalam mangkuk. Secawan air kosong diletakkan dalam dulang bersama semangkuk bubur. Perlahan-lahan Eafy menatang dulang itu menuju ke bilik Hanis. Apron pun dia lupa nak tanggal, menonong saja jalan.
Usai dia melangkah masuk dan mengunci semula pintu, kepala diangkat dan serta-merta pandangannya bertaut dengan Hanis. Senyuman terukir di bibir Eafy untuk dihadiahkan buat si gadis. Namun, Hanis hanya buat tak tahu dan abaikan Eafy.
Sungguh, layanan sebegini pun sudah membuatkan dia terasa.
"Hanis, aku bawa makanan. Kau makan eh? Aku suap," pujuk Eafy lembut dan melabuhkan duduk di birai katil. Dia meletakkan bubur di meja kecil bersebelahan dengan katil sebelum mangkuk bubur dicapai.
"Aku ada tangan lagi. Biar aku buat sendiri." balas Hanis mendatar tanpa melihat wajah Eafy. Dia masih sakit hati, dan dia bertekad untuk berambus dari rumah ini dengan bantuan seseorang. Dia harus lakukan juga walaupun terpaksa kehilangan orang yang berada di depannya sekarang. Eafy nampak sunggul.
"Jangan degil. Biar aku je suapkan. Kau pengsan satu hari tahu tak?" Eafy menggaul bubur menggunakan sudu di tangan. Sedaya-upaya senyuman manis terukir di bibir.
"Tahu. Semua sebab kau,"
Auch.
"Aku tahu. Aku minta maaf." Eafy menyuapkan Hanis sesudu bubur. Hanis hanya melayan saja. Kenal sangat dengan perangai Eafy ni. Kalau dia kata jangan, maka janganlah buat. Nanti kena tempias.
"Berjuta kali kau minta maaf. Dah cair tahi telinga aku dengar benda sama." kata Hanis seraya menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Muka ditegangkan. Dia marah, dia sakit hati dan dia...sudah tawar hati. Walaupun tinggal sedikit perasaan cinta yang berbaki, dia tetap akan buang perasaan itu.
"Aku salah. Aku minta maaf."
"Malang sekali, kata maaf daripada kau tak boleh ubatkan hati aku yang luka. Kau tahu? Luka dalam hati aku ni..." Hanis berjeda. Dia tatap wajah Eafy dengan tajam. Dada ditepuk berkali-kali.
"Berdarah kembali."
"Hanis..."
"Kau buat aku seolah tak ada perasaan. Kau buat aku macam kita tak pernah kenal. Kau buat aku luka hari demi hari. Sanggup kau?"
"Ak--"
"Aku tak nak dengar apa-apa pun daripada mulut kau. Biar aku cakap," ujar Hanis mendatar. Tatapan mata hitam Eafy dibalas berani. Eafy akur dan menghela nafas berat. Anggukan menjadi respon.
"Paling aku tak boleh lupa, bila kau confess dekat aku masa dekat tasik. That time, I feel like...oh my god aku perempuan paling beruntung! Nak je aku jerit masa tu tapi aku tahan."
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...