PASANGAN itu setia menunggu jawapan dari anaknya. Mata mereka memandang anak gadis itu dengan pandangan hairan.
"Lyna nak cakap apa ni? Mama nak masak lah, sayang." kata Raysara sebelum dia menggaru kepala yang tidak gatal. Suaminya di sebelah dipandang dengan kerutan. Dari Lyna masuk rumah dia sudah perasan akan wajah anaknya yang kelihatan resah. Seakan ingin memberitahu sesuatu.
"Aa...mama pergilah masak dulu." Lyna tersengih paksa. Serius dia dalam dilema sekarang. Antara hendak memberitahu tentang Hanis ataupun tidak. Dia kasihankan dengan Hanis, dia juga kasihankan dengan abangnya. Mungkin jika dia memberitahu hal sebenar, Eafy akan menerima hukuman. Bukan dia tak tahu papa dan mamanya macam mana. Nampak sahaja lembut, tapi diselitkan garangnya.
Raysara tanpa ragu-ragu hanya angkat punggung dan melangkah ke dapur untuk memasakkan lauk tengah hari. Dibiarkan Lyna dan Ariel berada di ruang tamu. Ariel lebih rapat dengan Lyna, jadi biarlah suaminya itu yang berbual dengan Lyna dahulu. Seketika, Lyna berdehem. Dia tersenyum kekok memandang Ariel. Lelaki berusia awal 40-an itu menjungkit kening menatap wajah gusar Lyna.
"Ada apa-apa yang papa perlu tahu?" soal Ariel dan bangkit dari duduk. Ruang di sebelah anaknya diambil dan pantas bahu Lyna dipeluk dari belakang. Lyna pula hanya biarkan, malah dia terus melabuhkan kepala pada bahu papanya. Mata dipejam rapat.
"Kalau Lyna bagi tahu, papa marah tak?" Soal Lyna, angkat wajah dan pandangan bertemu dengan mata Ariel. Dahi Ariel berlapis.
"Tengok keadaan." Sengih Ariel.
"Ala papa..."
"Okay, papa tak marah. Cakaplah, apa yang susah sangat Lyna nak cakap?"
Lyna garu kening yang terasa gatal. Dia sengih sumbing memandang Ariel. Pelukan di bahu dileraikan oleh Lyna sebelum dia berpusing ke arah Ariel. Kaki kanan dilipat manakala kaki kiri dibiarkan menyentuh permaidani. Mata bundarnya terkelip-kelip memandang papanya.
"Abang buat hal, papa." tutur Lyna perlahan dan kembali menundukkan kepala. Jantungnya berdegup kencang menanti jawapan papanya.
"Dia buat apa?" soal Ariel berkerut dahi. Wajah tertunduk anaknya dipandang.
"Abang cari pembunuh yang bunuh arwah uncle Eddy. Pa...orang tu Hanis! Kawan Lyna. Papa tolong," ujar Lyna perlahan dan mendekati Ariel. Dibenamkan mukanya pada dada bidang papanya sebelum esakan Lyna kedengaran halus. Kalau libatkan Hanis, tak usah dikata, dia memang akan emotional seperti ini.
Ariel terkaku.
"Yang bunuh arwah tu lelaki. Anak buah musuh catch dulu. Macam mana kawan Lyna jadi mangsa ni?" soal Ariel sambil dahinya berkerut memikirkan hal itu. Setahunya, lelaki yang menembak arwah Eddy, bukan perempuan. Apatah lagi gadis itu sama usia dengan Lyna.
"Hanis anak kepada orang yang bunuh arwah uncle Eddy, pa. Hanis mangsa keadaan. Papa tolong Lyna. Lyna sayangkan kawan Lyna.."
Sekali lagi, Ariel terkaku.
"Papa tolong Lyna? Lepaskan Hanis..." Tutur Lyna dan mengangkat wajah yang basah. Matanya dipenuhi pandangan merayu. Dia boleh harapkan mama dan papanya saja tika ini.
"Papa akan slow talk dengan Eafy nanti."
Lyna tersenyum nipis sebelum kembali memeluk tubuh itu. Harap-haraplah semuanya menjadi.
*****
"PLEASE?"
Wajah Syaf ditenung dalam. Gadis ini seringkali berkata tentang kumpulan gelap yakni Catch. Selalu juga dia berkata bahawa dia teringin memasuki ahli kongsi gelap. Katanya, dia memang minat akan pistol dan juga senapang. Apatah lagi gadis itu mahu menyaksikan sendiri bilik seksaan dalam kumpulan kongsi gelap. Bingung dibuatnya.
"Kau ni peliklah." tutur Xander sambil menunjal kepala Syaf. Sebenarnya, semua sudah diceritakan pada gadis ini. Semua tentang Catch, tentang aktiviti harian Catch dan sebagainya. Dia percaya akan sahabatnya ini. Kalau tidak, memang sepatah haram dia tak mahu buka mulut. Untung gadis ini sahaja yang dia percaya. Dalam hatinya sudah berharap Syaf tidak akan mengkhianati kepercayaannya.
"Sakitlah!" Syaf menggosok kesan ditunjal. Tangan lelaki ini bukannya kecil. Sudahlah sakit. Kemudian, wajah Xander ditatap kembali sambil mengerlipkan mata.
"Bolehlah, Xan... Aku teringin nak masuk kumpulan kongsi gelap. Kau tak percayakan aku ke?" Ucap Syaf sambil muka dibuat sedih. Cuba meraih kepercayaan lelaki itu.
"Aku bukan tak percaya kau, tapi aku ragu-ragu lah." kata Xander sekali nafas. Dia menongkat dagu menggunakan kedua belah tangan. Mata kembali memandang Syaf. Melihat Syaf yang sudah seperti cacing kepanasan itu membuatkan dia hendak melepaskan tawa. Gadis ini akan gelabah kalau dia buat posisi begini. Menongkat dagu dan memandang matanya dalam. Mungkin gadis ini cair?
Tanpa sedar, Xander sudah melakar senyuman seraya mata masih menatap Syaf yang sudah memerah.
"Tak payahlah pandang aku macam tu!" Buku yang berada di tangan, ditegakkan sebagai tembok. Dalam hati sudah berbakul sumpahan dilemparkan pada Xander.
"You're blushing, dear."
"Damn. Shut your mouth!"
Tak boleh dikawal, Xander lepaskan tawa. Kerenah Syaf menggeletek tangkai hatinya saat ini. Gadis ini terlalu sempurna dimatanya.
Buku yang menjadi tembok di antara mereka dirampas oleh Xander. Dia mahu melihat wajah yang kelihatan malu itu, bukan buku Fizik tingkatan 5. Mata bundar yang sedang memandangnya tajam ditatap. Seketika, sengihannya terhasil.
"Gila!"
"Gila dengan kau je."
"Eee! Makin gatal kau ni!"
"Tak nak garukan?"
Syaf menjeling tajam. Melihat wajah Xander yang masih tersengih itu membuatkan hatinya meruntun sayu. Kalaulah satu hari nanti semuanya terbongkar, apa perasaan lelaki itu? Kecewakah lelaki itu nanti?
"Apa topik kita tadi?" Tanya Xander apabila suasana janggal mula menyapa.
"Nak masuk Catch, please?" Syaf melekapkan kedua belah tangan lalu jari-jemari disatukan. Mulut dicebikkan sambil mata dikerlipkan berkali-kali. Wajah comel ditayang depan Xander yang sudah menyampah. Tak semena-mena, dahi Syaf dijentik geram.
"Pergh, sakitlah bangang!" Kalini dia tak tipu, sakit memang padu.
"Lain kali jangan buat muka macam tu. Buruk," jujur Xander sambil berdecit. Dia tak tipu, muka Syaf nampak buruk bila buat macam tu.
"Yelah terima kasih jujur. Okey, back to the story... Banyak kali dah aku merayu ni. Boleh ke tak?" Wajah Syaf sudah bertukar cemberut. Ayahnya kata ambil langkah secepat mungkin. Jadi, dia tak mahulah melambatkan masa. Takut hatinya yang akan luka.
Xander terdiam. Dia berfikir sejenak.
"Janji?"
"Janji apa?" soal Syaf keliru.
"Janji yang kau takkan khianat kepercayaan aku." Jari kelingking dikeluarkan lalu ditunjukkan depan Syaf yang terdiam.
Syaf melepaskan keluhan. Aku terpaksa, Xander. Maafkan aku.
"Aku janji." Jari disulamkan pada jari kelingking Xander. Sedaya-upaya bibirnya cuba dilorekkan dengan senyuman manis. Walaupun sudah terang, kelihatan hambar.
Aku tak boleh janji. Ayat itu hanya aku ucap pada bibir. Maafkan aku.
*****
T B C
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...