Miss me?
•••
"KAU dah ingat aku?" Senyuman lebar terukir di bibir nipis itu. Namun, kembali kendur apabila seraut wajah tanpa secalit senyuman itu menghiasi pandangan mata. Terkebil-kebil dia melihat gadis itu merenungnya tajam. Kenapa dengan Hanis?
"Kau...kau okay tak ni?"
"Kau tanya aku?" Jari ditunding ke arah dada sendiri. Mata Hanis masih mencerlung Eafy yang sudah panasaran. Gigi diketap kuat menahan amarah yang memuncak.
Hanis ingat, Eafy inilah yang merampas mahkotanya. Hanis ingat, Eafy yang sama juga telah menyeksa zahir dan batinnya. Fikirannya sudah semakin pulih. Namun Hanis tahu, masih ada sisa baki memori yang belum lagi dia temui saat ini. Cukup bekalan bukti ini, sudah memadai untuk persiapkan diri daripada terus-terusan menjadi mangsa kekejaman lelaki tidak berhati perut.
Hanis senyum sinis. "Kaulah syaitan kan? Yang seksa aku ibarat aku tak ada hati dan perasaan, kan?"
Eafy tersentak hebat.
"Tak... aku... aku dah tak macam tu, honey..." Eafy masih cuba mempertahankan diri sendiri. Hatinya sudah berasa tidak sedap, seakan selepas ini dia perlu hadap Hanis yang semakin dingin. Dia yakin bahawa wanita itu tidak pulih sepenuhnya. Sisa baki memori mereka berdua semasa di Port Dickson masih belum diingati oleh Hanis!
Tapi, bagaimana caranya untuk dia pulihkan memori Hanis sepenuhnya? Otaknya makin bingung. Dia bungkam, tak tahu harus buat apa lagi.
"Konon. Entah-entah kau pura-pura. Mentang-mentanglah aku ni hilang ingatan, sengaja nak permainkan aku. Huh! Pergi mampuslah!"
Eafy nak membalas, tapi terdiam dek kerana Hanis memintas percakapannya.
"Macam manalah aku boleh stay dekat rumah puaka ni? Harap je besar macam istana, tapi penuh dengan sengsara. Dasar kejam!" Nafasnya turun naik. Bengang melihat muka Eafy yang seakan bersalah. Dah buat, baru rasa bersalah lah? Huh. Lelaki semua sama!
Tiba-tiba terdengar rengekan kecil Hannah. Pantas kedua-duanya mengalihkan pandangan ke arah si kecil. Muka Hannah sudah berubah merah, seolah tidak suka dengan situasi yang berlaku. Hanis mengeluh. Dia belajar satu perkara apabila dia tatap wajah anaknya. Iaitu dia sudah jadi seorang ibu, dan dia haruslah bersikap lebih matang dari dahulu.
Muka Eafy dicari. "Keluarlah. Aku malas nak gaduh dengan kau. Aku nak menyusukan Hannah kejap." Mata Hanis sudah kuyu. Kantuk menguasai diri.
Eafy tanpa bantahan hanya mengangguk. Sempat dipandang wajah Hanis yang sudah reda dari kemarahan. Eafy tekad bahawa dia akan merebut kembali hati seorang Hanis. Kini, mereka sudah duduk sebumbung, lebih senang kerjanya untuk melakukan misi mengambil kembali hati Hanis.
Sebelum dia melangkah keluar, sempat ditoleh ke belakang melihat Hanis yang berura-ura ingin menyelah baju ke atas bersama Hannah yang sudah selamat berada di atas riba. Senyuman nakal terukir.
"Honey,"
Kepala diangkat. Mata Eafy jatuh pada dada Hanis.
"Nak join Hannah boleh?"
Terbeliak mata Hanis mendengar. Bantal dicapai dan dibaling ke arah Eafy. Tak tahu malu betul.
"Eh keluarlah kau!!!"
Terus mencicit Eafy berlari keluar daripada bilik. Kepalanya tergeleng perlahan. Gurau pun tak boleh.
*****
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...