46 | Lingerie

12.6K 383 27
                                    

   KATIL yang telah dipenuhi dengan taburan bunga mawar dipandang dengan rasa menyampah. Menjengkelkan betul pihak hotel ini sampai bunga mawar tu dibentuk menjadi bentuk love. Hanis mendengus. Dia tak suka keadaan ruang bilik hotel ini terlalu romantis untuk mereka yang baru kahwin. Rasa tak selesa dan rasa sungguh awkward!

  Eafy sudah hilang dari radar. Cepat-cepat towel dicapai dan terus membersihkan diri. Kalau Eafy masuk, memang jadi benda lain lah nanti. Bukan dia tak tahu perangai miang Eafy sudah mencanak naik.

  Selesai membersihkan diri, Hanis keluar dengan memakai bathrobe di badan. Rambutnya yang basah dibiar lepas. Tubuhnya rasa segar selepas mandi. Leganya rasa setelah penat melayan tetamu tadi.

  Serentak pintu bilik hotel dibuka dari luar apabila Hanis masih mencari baju yang hendak dipakai. Kepala Eafy terjenguk ke dalam sambil tersengih. Hanis menggumam. Baju ni pun satu. Time macam ni lah dia nak main sorok-sorok. Hish!

  "Cari apa?" Eafy mendekat.

  "Stop!" Bukan boleh percaya sangat Eafy ni. Pantang bila Hanis wangi ada sahaja yang hendak diusik. Sentuh itu lah, sentuh inilah. Bahaya!

  "Aku cari baju. Ish mana pulak baju aku pergi ni!" Hanis sudah terduduk di birai katil. Bagasi di bawah dipandang tajam. Sekarang, baru dia perasan baju di dalam bagasinya makin berkurangan.

  Malah...

  "Eh?" Baju lingerie itu diangkat tinggi.

  "Eh?" Eafy memandang Hanis sambil kening diangkat. Tak lain dan tak bukan mesti ini semua kerja Lyna. Eafy tahan senyum.

  "Eh eh eh! Ni mesti kerja kau kan!" Hanis bangkit lalu ditunding jari ke arah Eafy yang sedang tahan senyum. Matanya mengecil menatap sepasang mata hitam itu.

  Terus senyuman Eafy kendur. Amboi main tuduh pula.

  "Tak ada masa aku nak buat semua tu. Aku lagi suka kalau kau naked." Ujarnya bersahaja. Terus membuntang mata Hanis mendengar ayat suaminya. Tangan disilangkan di dada. Mulut tak bertapis!

  Mulut Hanis sudah muncung. Pakaian di dalam bagasi sudah habis dipunggah. Semuanya hanya lingerie dan juga baju jalan. Takkanlah nak pakai baju jalan waktu malam pula? Nanti tak ada baju waktu hendak balik. Kepala diurut sekejap. Dia dapat Lyna, mati budak tu dia kerjakan. Sudahlah baju tak cukup kain.

  Hanis boleh terima lagi kalau Lyna menyediakan baju tidur bertali nipis sehingga paras lutut. Tapi ini... lingerie! Baju jarang yang boleh nampak segala isi dalam. Memang minta jadi mangsa betul malam ni.

  "Aku dah habis mandi still tenung semua baju tu? Ambil jelah satu, lepastu pakai. Aku kan suami kau." Kata Eafy selamba lantas mengambil pakaiannya di dalam bagasi miliknya. Terus dia menyarung pakaian di hadapan Hanis. Hanis berpaling dengan muka berkerut. Tak malu betul suami dia ni.

  Hanis mencebik. Cakap senanglah!

  Selesai memakai pakaian, Eafy duduk bersebelahan dengan Hanis di birai katil. Wanita itu masih bersama bathrobe yang tersarung di badan.

  "Kau kenapa tak pakai baju?"

  Eafy angkat kening. "Sejak jaga Hannah masa kau amnesia, aku dah start tidur tak pakai baju. Hannah selalu menyendeng je dekat badan aku." Terangnya. Memang betul pun semua yang dikatakan itu.

  Hanis cuma angguk. Dia hanya melihat kosong ke arah Eafy yang sedang menelek semua lingerie di dalam bagasi itu. Beberapa minit kemudian, Eafy menyerahkan sehelai lingerie itu padanya.

  "Nah pakai ni."

  "Eee tak nak! Seksi!"

  "Better dari yang lain." Eafy mengeluh.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now