Cerita makin hambar guys *rolling eyes* what should I do now? Unpublish? Ah malas aku haha
Kenapa aku kata hambar? Comment makin kurang, vote pun sama.
Unlock next chapter : 35 votes 20 comment. Tak mampu? No update.
*****
"TERBAKAR terus orang tua tu, hahaha! Padan muka dia. Berlagak lagi kan dengan aku," Sedari tadi Emir tidak henti meluahkan ketidakpuashatian dia kepada mangsa mereka. Dia sudah mati dah pun akibat dibakar oleh Emir. Apa yang merungut lagi ni?
"Ha'ah, padan muka dia!" balas Furqan yang turut melayan perangai kawannya. Mereka berdua sahajalah yang banyak berceloteh sepanjang perjalanan pulang kali ini.
Eafy jalan laju. Dari tadi lagi dia rasa tak sedap hati. Sekilas kawasan parkir lot diperhatikan sebelum jantungnya makin berdebar kuat. Makin tak tenteram apabila kereta milik Lyna tidak berada di sini. Eafy usap dada perlahan. Cuba tenangkan diri.
Dengan langkah laju, dia naik ke tingkat dua menggunakan tangga, kalau nak guna lif, dia malas pula mahu menunggu. Anak tangga didaki dengan perasaan yang gementar. Dalam hatinya sudah berharap bahawa semuanya dalam keadaan baik. Sepintas lalu jam tangan dikerling. Jarum jam sudah menginjak ke angka dua pagi.
Eafy makin melangkah. Sampai sahaja ke depan pintu bilik Hanis, dia terhenti dan merenung pintu bilik itu dengan pandangan kosong.
Kunci dalam poket dikeluarkan.
Dengan debaran yang makin mencengkam, Eafy membuka pintu itu dengan perlahan sebelum menjengukkan kepalanya ke dalam. Badan masih statik di luar. Sekeliling diperhatikan sebelum dahi berlapis.
"Hanis?"
Eafy makin diburu rasa pelik. Selalunya waktu-waktu begini Hanis sudah tidur dibuai mimpi. Namun, malam ini Hanis seakan hilang dari radar. Eafy melangkah masuk dengan debaran yang makin terasa.
"Hanis?"
Sekali lagi nama itu dilaung. Eafy atur langkah ke bilik air yang masih terpasang dengan lampu pendafluor. Pintu yang terkatup rapat diketuk.
"Kau dekat dalam ke?"
Tetapi, saat tangan kekarnya menyentuh pintu ringan itu, terus pintu itu terbuka sedikit demi sedikit. Eafy membuka pintu itu luas. Darahnya segera naik ke muka dan memaparkan riak wajah kemarahan.
Kosong.
"Hanis!"
Serentak itu, penumbuk dilayangkan kuat pada dinding. Kuat, sangat kuat sehingga menghasilkan denyutan yang maha sakit. Tetapi hati Eafy lagi sakit apabila diperlakukan begini. Tatkala dia ingin berubah, dan cuba mengambil sekeping hati yang terluka itu kembali, usahanya seakan sia-sia. Hanis tak nampak usaha yang dia lakukan! Tak guna!
"Ah!! Sial!!" Rambut diraup ke belakang. Eafy terduduk di birai katil memikirkan apa sebabnya.
"Kalau ada nyawa dalam perut kau?"
"Aku akan blah dari sini. Dan aku akan pastikan, polis dapat kesan kau."
Sekali lagi Eafy menjerit bagaikan orang hilang kewarasan diri. Butir cecair yang bertakung di tubir mata disapu kasar. Penatnya. Kecewanya Eafy bila Hanis langsung tak memaafkan dirinya. Paling terkilan, gadis itu melarikan diri pada tarikh hari lahirnya. Sungguh...sakit.
"Kenapa kau tak cakap kau pregnant? Aku tak kejam macam dulu Hanis, sampai sanggup nak bunuh bayi tu," Eafy tertunduk menahan sebak yang bertandang. Jubin lantai ditenung dengan pandangan kosong. Hatinya bagai direntap pergi.
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...