38 | Wait for me, my dear

9.9K 538 58
                                    

Unlock next chapter :
50 VOTES

Kalini tak tipu, tak capai target aku tak update terus.

Btw, happy 10k. Thank you so much :)

*****

   EAFY duduk termenung terkenang segala nasibnya. Mengapa apabila dia hendak kecapi bahagia, ada ujian datang menimpa? Ini semua seolah-olah tidak adil baginya.

  "Dia kehilangan banyak darah."

   Terngiang-ngiang lagi kata-kata sahabatnya iaitu doktor Hael yang merawat Hanis. Rambut dikusutkan. Eafy sungguh serabut tika ini.

   "Aku harap kau strong, bro."

   "Ha? Asal kau cakap macam tu?"

   "She's amnesia."

   Bagai nak pengsan Eafy mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut itu.

  "Dia koma, ada pendarahan beku dekat kepala akibat hentakan yang kuat. Dalam jangkaan aku, dia akan koma dalam masa one month."

   Rambut dilurut kasar. Kini, sudah seminggu Hanis terlantar lemah di katil hospital. Eafy harus menunggu lagi beberapa minggu untuk Hanis sedarkan diri.

  Sedarkan diri, tanpa memori.

  Hilang.

  Dia capai kunci kereta dan berlalu ke parking lot markas catch. Eafy memboloskan diri dalam perut kereta sebelum kereta mewah itu memecut laju membelah jalan raya.

  "Bulan tu cantik,"

  "Macam kau."

  Stereng kereta dihentak kuat. Minyak ditekan kuat sehingga kelajuan kereta mewah itu mencapai tahap maksimum. Eafy bengang, Eafy tertekan dengan semuanya.

  "Will you marry me?"

  Eafy memberhentikan keretanya di tepi jalan. Kepalanya tertunduk ke bawah, matanya terpejam lama. Cuba menelan semua kepahitan yang dia dan Hanis alami. Hanis terbaring di atas katil, berperang dengan sakitnya. Manakala Eafy di sini, berperang dengan perasaannya sendiri.

  Masih mempersoalkan takdir.

  "Honey..." Bahunya jatuh. Menahan gelora kesedihan yang memuncak tinggi. Dada disentuh sebelum tangisan kecil Eafy berlagu. Dia tak sanggup mahu mengharungi hari-hari yang akan mendatang.

  "She's amnesia."

   Senyuman tawar terukir. Mampukah dia berhadapan dengan kekasih hati yang langsung tidak ingat apa-apa? Kenangan manis mahupun pahit yang mereka bina sudah hilang dari ingatan gadis itu.

  Eafy bersandar lemah. Tangannya diluruskan memegang stereng kereta.

  Kalau Hanis mampu melawan sakitnya,

  Kenapa dia tak boleh?

  Eafy membetulkan duduk. Demi Hanis, semangat baru ditanamkan dalam hatinya.

  Dia yakin dia mampu.

  Demi Hanis, demi Hannah.

  Demi kedua wanita kesayangannya.

*****

   TELEFON pintar yang berdering minta diangkat itu dipandang sepi. Tiada niat untuk mengangkat panggilan tersebut. Malah, tiada perasaan bersalah pun kerana mengabaikan panggilan itu. Baginya, itu semua tidak penting lagi dalam hidupnya.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now