41 | Terungkap

9.4K 402 76
                                    

    "EH? Hanis?"

     Hanis angkat muka. Mula memandang lelaki kacak yang dia langsung tidak kenali. Senyuman nipis dihadiahkan sebelum wajahnya dibekukan kembali. Lantas, dia sambung berjalan mengikuti langkah Eafy dan Lyna.

     Zarif garu kepalanya perlahan sambil senyum kekok. Amboi sombongnya!

     Bahu dijungkit. Kemudian, terus dia memasuki ke perut lif. Dia mahu pergi berjumpa dengan bapanya, Zayn. Sudah lama tidak melawat kedua orang tuanya itu. Tentang kemunculan Hanis, dia akan ambil tahu nanti. Berita pasal Hanis pun dia tak tahu sejak gadis itu melarikan diri. Tiba-tiba hari ini muncul pula depannya dengan sikap yang berbeza.

     "Dia tu siapa?" Soal Hanis tak senang apabila mendapati dia perlu tinggal sebumbung dengan manusia yang tidak dikenali.

     "Tu Zarif, kau jangan risaulah. Dia dulu kawan kau juga." Jawab Eafy tenang.

     Hanis diam. Sampai sahaja di tangga yang terakhir, mereka terserempak dengan Carla. Gadis itu berkerut dahi melihat Hanis di hadapannya. Penampilan Hanis ditilik dari bawah ke atas sebelum terhenti pada objek putih yang membaluti kepala Hanis.

    "Kau?" Carla gelak sinis.

    Hanis dah pandang lain macam. Gila ke?

    "Kenapa dengan aku?"

    "Buat-buat tak kenal pula," Carla berpeluk tubuh seraya menyekat laluan Hanis. Hanis kembungkan pipinya tatkala Eafy dan Lyna selamba berjalan meninggalkan dia. Woi tunggu aku lah!

    "Boleh ke tepi tak?"
 
    Carla ketap bibir. Berani dia lawan cakap aku? Tak semena-mena tawa sinisnya terhasil. Bahu Hanis ditunjal kuat sehingga Hanis terdorong ke belakang.

    "Kau buat apa lagi dekat sini? Dah blah dari markas ni, terus blah je lah! Sibuk pula datang balik. Kenapa? Nak menagih cinta lama ke?" Ujar Carla, lantar mengalihkan muka ke tepi sebelum tergeleng-geleng.

    Manakala Hanis cuma diam. Dalam fikirannya cuma anggap perempuan ini sudah gila. Jadi, untuk mengurangkan sikit sifat gila itu, dia cuma berdiam diri sahaja. Apa yang keluar daripada mulut itu langsung dia tidak ambil peduli.

    Lagi pula, sepatah haram pun dia tak faham apa yang gadis ini maksudkan.

     Blah?

     Datang balik?

     Menagih cinta lama?

     Mengarut!

     "Dah habis?" Soal Hanis dengan riak wajah bosan. Muka Carla sudah merah padam menahan geram. Hanis cuma mempamerkan wajah bersahaja seolah tiada apa-apa yang berlaku. Dia baru sahaja hendak sihat, timbul pula masalah baru nanti.

     "Kau!" Mencerlung tajam mata Carla menikam anak mata Hanis.

     "Apa? Apa?" Lawan Hanis berani. Kepalanya sudah terdongak sedikit ke atas. Dia membalas pandangan tajam itu kembali tanpa gentar.

     Carla merengus. Dia hendak melayangkan penumpuk, tapi pantas ada satu tangan menahan. Carla menoleh sedikit mencari empunya pemilik tangan itu. Apabila matanya dan mata itu bersatu, pantas wajahnya menjadi semakin masam mencuka. Lengannya ditarik semula.

     "Sibuk betul lah kau ni!"

     "Dia kawan aku,"

     "Habis tu aku apa? Tunggul?"

     Lyna gelak sinis. Tangannya mula menarik Hanis supaya menjauhi Carla. Renungan tajam gadis itu hanya diabaikan. Orang nak tolong pun marah ke?

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now