MEREKA terus keluar daripada perut kereta. Syaf membetulkan tudung selendangnya manakala Joe membetulkan topi adidas yang sedang dipakai. Restoren mewah yang berada di hadapan dipandang dengan hairan oleh Syaf. Kemudian, Joe ditenung.
"Buat apa dekat sini? Kan aku kata aku dah makan." Syaf mencebik. Ingatkan nak bawa pergi jalan-jalan rupanya bawa pergi makan. Perutnya diusap perlahan. Masih terasa kenyang lagi saat ini.
"Teman aku makan. Jom." Sejurus itu, terus Joe mengorak langkah meninggalkan Syaf yang berada di belakang. Terjegil mata gadis itu melihat Joe yang sudah jauh ke hadapan. Terus dia berlari anak mengejar langkah besar sepupunya itu. Hampeh betul!
Apabila sudah sampai ke dalam restoran, leher dipanjangkan. Mata dilarikan ke sekeliling.
Nampak sahaja wajah selamba Joe yang sedang duduk di satu sudut meja paling tersorok, lantas dia berjalan perlahan ke arah lelaki itu. Mulut sudah bergerak-gerak mengomel sesuatu.
Namun, semakin dekat dia menghampiri, baru dia sedar bahawa Joe sedang duduk bersama seorang lelaki yang sedang membelakanginya. Dahi Syaf berkerut ingin mengetahui siapa lelaki itu.
Dada disentuh. Kenapa dia rasa berdebar?
Sejurus sahaja dia duduk di sebelah Joe, terus matanya ditunak ke arah lelaki tersebut. Mukanya jelas terkejut, terkaku dan tergamam. Tak boleh nak tafsir perasaannya sekarang ini. Sama ada sedih ataupun gembira. Tuhan makbulkan doa dia?
"Xander..."
Sejak gadis ini duduk, matanya tak lepas memandang Syaf yang cantik bertudung. Tenang hatinya melihat perubahan pada diri Syaf. Hendak sahaja dia memeluk wanita itu kerana merindukannya, tetapi dibatalkan sahaja niat itu. Syaf sudah berubah ke arah kebaikan. Dia suka dengan Syaf yang ada di depan mata.
Joe melihat kedua-duanya dengan senyuman nipis. Perjumpaan antara Syaf dan Xander dia yang aturkan. Joe tahu Syaf masih menyimpan perasaan pada Xander, sebab itulah dia aturkan perjumpaan ini. Joe tunduk. Kadang-kadang cinta tak harus memiliki. Jika Syaf memilih Xander, dia akan merelakan segalanya.
Dari raut wajah Syaf pun sudah terpamer rasa bahagia bila bertemu Xander. Joe senyum kelat. Pantas sahaja bahu Xander ditepuk tiga kali.
"Aku gerak dulu." Xander angguk.
"Syaf, nanti dah habis call je aku. Aku hantar kau..."
"It's okay bro. Biar aku hantar dia balik." Xander mencelah. Joe cuma mengangguk tanda setuju. Syaf pula masih terpinga-pinga. Wajah Joe dipandang.
"Tadi kata nak makan?"
Joe menggeleng. Laju sahaja dia berjalan melangkah pergi meninggalkan pasangan itu. Hidung dicuit sedikit menghilangkan rasa sebak. Lelaki mana tak cemburu lihat wanita yang dicintai bersama lelaki lain. Namun, Joe harus lakukan semua ini. Demi Syaf.
Dup dap dup dap.
Dada ditumbuk perlahan. Cuba rilek sikit jantung ni. Haish! Tak tenang Syaf kalau jantungnya berdegup lain macam. Xander pun satu, aku cungkil mata tu kejap lagi baru dia tahu. Tak habis-habis pandang sambil tersenyum. Ingat comel?
Syaf masih menikmati hidangan di depan mata. Heh. Tadi kata perut dah penuh. Tapi sekarang lain pula yang jadi. Elok sahaja Syaf makan sambil direnung oleh Xander. Nak sahaja dia ambil garfu dan cungkil mata tu buat pencuci mulut. Baru puas!
Syaf mengerling Xander yang sedang menongkat dagu sambil tersenyum memandangnya. Ini tak boleh jadi. Pantas garfu dicapai dan dihala ke depan mata lelaki itu. Terus terundur sedikit kepala Xander.
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...