EAFY dan Lyna jalan beriringan menuju ke lif. Bezanya, Eafy dalam keadaan gugup dan resah manakala Lyna tersenyum ceria. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke markas Catch ini. Perasaan rindu itu membuak-buak.
Dalam diam, Eafy berdecit apabila dia kerap memikirkan Hanis. Akibat kelalaian diri sendiri, dia terlupa untuk membawa handphone miliknya sebelum bergerak ke rumah Raysara dan Ariel. Jika dia membawa handphonenya, sudah lama dia call Furqan untuk memaklumkan bahawa Lyna turut mengikutinya. Tahulah lelaki itu nanti. Hanis pasti akan disorok untuk beberapa hari oleh ahli Catch yang lain.
Kaki mula jejak ke perut lif. Punat ditekan. Lif mula bergerak, suasana hanya sepi sahaja di dalam lif itu. Cuma senyuman Lyna langsung tidak pudar. Kalau orang lain melihatnya, tidak ubah seperti pesakit mental. Dengan keadaan Eafy yang hanya menunjukkan muka ketat.
Perlahan-lahan Lif terbuka. Terpampang keadaan ruang tamu yang luas. Sofa panjang yang memuatkan lima orang, dan sofa-sofa lain yang turut ada. Kelihatan seseorang sedang berbaring di tengah ruang tamu beralaskan permaidani. Wajahnya disembamkan di permaidani tersebut. Tangan dan kaki didepakan luas. Sekali tengok, macam tapak sulaiman. Dua kali, tak ubah seperti orang sedang broken. Putus cintakah dia?
Eafy berkerut dahi. Senyuman Lyna pula sudah pudar tatkala melihat seseorang yang pelik itu. Tangan dibawa ke dahi sebelum digaru perlahan. Wajah Eafy dipandang.
"Abang, tu siapa?" Jari dihalakan pada kedudukan orang itu. Posisi tetap sama seperti tapak sulaiman.
Mereka berdua jalan mendekati orang itu. Sebenarnya, Eafy sudah mengagak bahawa orang itu ialah Shakir. Selalunya Shakir sahaja yang akan berbuat demikian apabila Raysha dan Alden keluar untuk janji temu. Ini pasti kes patah hati. Kepala digeleng sedikit. Apalah nasib kau ni Shakir.
"Weh,"
Tidak bergerak.
"Woi!"
Tetap sama. Yang ada hanyalah badannya yang turun naik akibat pernafasan.
"Takkanlah dah mati kot?" Lyna menggumam sendiri. Eafy menepuk dahi perlahan. Apa jauh sangat fikiran adiknya ini. Sudah terang lagi bersuluh Shakir masih bernafas.
"Agak-agaklah. Aku hidup lagi ni."
Perlahan. Suaranya tenggelam. Namun, cukup sampai ke pendengaran Eafy dan Lyna. Kedua-duanya berpandangan sebelum kepala dijatuhkan ke bawah. Memandang Shakir yang masih dengan posisi sama.
"Lah..aku fikir siapa lah tadi. Kau rupanya." Lyna tersengih lantas dia melabuhkan punggung di sisi Shakir. Eafy pula tergeleng kepala perlahan dan lantas berlalu pergi. Tanpa sedar, Eafy mengeluarkan nafas lega. Nasib baik Hanis tiada di ruang tamu ini, jika tidak mereka akan bertemu. Ini tidak akan sesekali dibiarkan.
Shakir bangkit dari pembaringan dengan muka yang basah. Habis permaidani tersebut turut merasai air mata Shakir. Lelaki itu duduk bersila di hadapan Lyna. Tangan dibawa ke pipi lantas dilap sisa air mata dengan kasar, bersama dengusan geram. Sungguh hatinya sakit apabila Raysha ingin bertemu janji dengan Alden. Dengan dress up Raysha yang menawan membuatkan api kemarahannya meletus. Apa lebihnya Alden berbanding dia?
"Kau kenapa ni?" Soal Lyna dengan riak wajah tertanya. Dia turut mengelap air mata Shakir tanpa memperdulikan lelaki itu yang sudah terkedu. Kemudian, rambut Shakir yang serabai dikemaskan.
Shakir cuba berlagak selamba.
"Bila sampai?" Tanya Shakir. Ralit dia memerhati wajah Lyna. Lyna sekarang lebih moden berbanding Lyna dahulu. Dahulu, Lyna tidak menjaga penampilan. Apa yang dia selesa pakai, dia hanya pakai sahaja. Pernah sekali, mereka hendak keluar ke mall. Lyna pula hanya mengenakan baju putih kosong tanpa lengan dan seluar jeans.
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...