12 | Cemburu

14.7K 584 68
                                    

"SO, kaulah Fatini?"

Suara garau Eafy menyedarkan lamunan gadis itu. Dia mengangkat kepala dengan wajah yang sudah kebasahan. Lambat-lambat dia angguk kepala perlahan.

"Kau tahu apa salah kau?"

Fatini geleng kepala laju. Sungguh, dia tidak tahu langsung akan kesalahannya. Tiba-tiba saja diculik dan dibawa ke dalam bilik yang penuh dengan alatan seksaan.

"Well, aku pun tak tahu." Eafy angkat kedua belah bahunya.

Fatini hairan sekejap. Kalau tak tahu, mengapa dirinya terperangkap di sini? Sedikit sebanyak, dia mula mencurigai lelaki itu. Mungkin Eafy seorang psiko. Hobinya yang suka membunuh orang. Siapa tahu?

Kan?

"Lelaki psiko." Gumamnya perlahan tanpa sedari, Eafy turut mendengar. Jelas pulak tu. Perlahan-lahan Eafy jalan mendekati dengan kerutan di dahi.

"Kau panggil aku apa tadi?"

"Ta-k tak ada apa." Nafi Fatini dengan perasaan gugup. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah lelaki di hadapannya. Harap saja muka kacak, tapi perangai macam syaitan.

"Aku dengar."

"Dah tu? Lagi tanya."

"Kau melawan."

"Yes, aku melawan sebab aku tak bersalah!"

Eafy diam. Mulutnya terkunci seketika. Tanpa arahan, terus dia keluar daripada bilik seksaan itu meninggalkan Fatini yang terpinga-pinga. Gadis itu bersandar pada dinding. Matanya merenung tangan dan kakinya yang diikat ketat. Fikirannya mula mengingati lelaki itu semula.

"Heh, sentap lah tu."

Selang beberapa minit, pintu besi itu ditolak dari luar. Seorang demi seorang masuk dengan lagak seorang gengster dan diakhiri seorang gadis yang manis wajahnya. Fatini menelan air liur kesat. Terasa seperti air liurnya kini cukup pahit.

Eafy mengambil kerusi lalu diletakkan di belakang Hanis. Gadis itu terpinga sebelum bahu Hanis dipegang Eafy lantas ditolak lembut.

"Duduk sini. Kau lari, tahulah akibatnya." bisik Eafy tepat di telinga Hanis. Gadis itu diam sambil menahan sesak di dadanya. Naik segala bulu romanya.

Eafy senyum sinis. Nasib baik Lyna keluar bersama Raysha ke sebuah pusat membeli-belah. Ini semua rancangannya untuk membuatkan Hanis melihat segala penyeksaan yang dilakukan oleh ahli Catch.

"Eafy..." Lirih Hanis memanggil. Dia menarik hujung baju Eafy sambil tatapannya terhala pada mata gelap itu. Berkaca-kaca matanya melihat Fatini yang terduduk dengan tangan dan kaki yang diikat. Tubuh kecil itu menggigil ketakutan.

Ya, sama sepertinya.

"K-kau nak buat apa dengan dia?" Soal Hanis berselang-seli gagap.

Eafy memandang Hanis kosong. Bajunya direntap perlahan dari pegangan Hanis. Nampak wajah Hanis yang terkedu, dia terus tersenyum sinis.

"Wait and see, my honey. Kau akan tahu juga nanti. Don't worry. Aku tak akan apa-apakan kau." Ujar Eafy dengan senyum penuh makna. Mungkin secara fizikal, dia tak akan mengapa-apakan gadis itu. Tetapi, Eafy akan menyeksa mental gadis kesayangannya itu.

Hanis angguk. Termakan dengan kata-kata Eafy.

Eafy mula melangkah mendekati gadis yang sedang terduduk sambil menggigil kecil. Bibirnya menggelatar halus. Sekali lihat, Fatini tidak ubah seperti orang yang sedang dalam kesejukan. Namun, siapa yang tahu dia sedang menggigil ketakutan bukan kesejukan. Berkali-kali dia cuba membuka ikatan tali di tangan tetapi semuanya bagai sia-sia.

Eafy mencangkung di sisi Fatini. Tangan dibawa ke dagu gadis itu sebelum kepala itu diangkat supaya memandangnya. Jarak wajah mereka sungguh dekat sehingga Eafy dapat merasakan deruan nafas Fatini.

Hanis memalingkan wajahnya. Dia tak sanggup. Tak tahu kenapa tak sanggup, tapi dia tak suka Eafy melakukan begitu pada gadis lain. Terbit satu perasaan yang menjalar ke setiap tubuhnya. Terpejam matanya seketika menelan pahitnya hidup.

Aku cemburukah?

"Eafy, Hanis weh." kata Shakir perlahan tetapi jelas di pendengaran Hanis kerana suara Shakir yang bergema. Eafy menjeling sekejap Hanis sebelum dia mengucup bibir Fatini sekilas. Terus dijauhkan wajahnya dengan Fatini yang sudah tergamam.

Satu titik air mata menitis. Sungguh, dia tak mahu lihat semua ini. Tetapi hatinya meronta ingin melihat kelakuan Eafy. Sekarang, padan muka dekat diri sendiri. Hati sendiri yang sakit dan terluka.

"Bapak kejam, Eafy." Zarif sudah geleng kepala perlahan. Dia mendekati Hanis sebelum air mata Hanis dilap lembut. Rambut Hanis digosok perlahan sebelum senyuman dihadiahkan buat Hanis.

"Stay s--"

"Zarif! Kau settlekan perempuan ni dulu. Hak aku jangan sentuh!" Eafy mula berang melihat aksi tak berbayar di hadapan matanya. Nafasnya turun naik apabila tangan Zarif menggosok rambut Hanis. Dia siapa hendak buat demikian pada Hanis? Hanya dia saja yang boleh buat begitu pada gadis kesayangannya itu.

Zarif tersenyum sinis. Dia bangkit dari melutut di hadapan Hanis. Tatapan mata Eafy yang tajam dibalas dengan sengihan mengejek. "Hanis hak kau? Since when? Kau suami dia ke? Weh kalau kau sayang dia, kau takkan buat dia menangislah gila!" Zarif mulai geram. Sudah lama dia hendak berkata begitu, akhirnya terlepas jua pada saat gentir ini.

"Soon, dia akan jadi hak aku. Milik kekal aku. Kau tak boleh sentuh."

Zarif tergelak. Yang lain sudah garu kening. Ni nak seksa orang ke nak bergaduh?

"But soon, macam mana pulak sekarang? Dia masih bebas tanpa apa-apa ikatan kan? So..." Zarif jeda. Dia menunduk sedikit. Namun, matanya tak lari daripada membalas tatapan tajam Eafy. Kemudian, bahu Hanis dirangkul sebelum wajahnya didekatkan ke sisi Hanis.

"Aku boleh buat apa je dekat dia."

Hanis memejam mata rapat. Hatinya meruntun sebak. Sedaya-upaya Hanis mengawal riak wajah agar tidak kelihatan kecewa. Tangan Zarif yang berada di bahunya cuba ditepis tetapi pantas Zarif mengeraskan tangannya. Genggaman di bahu dikuatkan. Mulut didekatkan pada telinga Hanis.

"Just stay. Aku nak sedarkan Eafy daripada terus hidup dengan ego dia." Bisik Zarif perlahan. Hanis faham. Dia angguk kecil dan membiarkan tangan Zarif berada di bahunya.

"Zarif. Back off." Nada Eafy berubah tegas dan keras. Lelaki itu masih memandang Zarif yang hanya berdiri statik sambil tangan yang berada di bahu Hanis. Zarif angkat sebelah keningnya sambil sengih tak bersalah.
"Kau kenapa? Cemburu?"

"Aku kata back off."

"Kalau aku tak nak?" Cabar Zarif. Pautan di bahu Hanis dieratkan lagi sehingga mereka berdua bersentuhan. Makin berang Eafy apabila Zarif cuba mencabarnya.

"Dia tetap hak aku. So, back off. Aku cakap baik-baik ni." Tangannya digenggam membentuk penumbuk. Jika dia masih boleh bersabar, dia akan terus bersabar.

"Hak kau? Erm, kalau aku rampas apa jadi?" Zarif senyum sinis.

"Weh Zarif dahlah tu." Furqan sudah resah melihat pergaduhan kecil ini. Yang lain turut mengangguk menyokong Furqan. Takut-takut ada pertumpahan darah pada malam ini.

Fatini sudah terpinga. Ditatap wajah gadis yang sedang duduk di atas kerusi itu dengan perasaan bercampur-baur. Adakah gadis itu juga mangsa sepertinya?

"Settle perempuan ni. Aku ada hal nak buat." Tegas Eafy bersuara. Nadanya terselit getaran halus yang menunjukkan dia sedang mengawal kemarahan. Ya, kemarahan terhadapan seseorang.

Dilangkah kaki ke arah Hanis. Pautan di bahu Hanis ditolak kasar. Bahu Zarif dilanggar sebelum Eafy merentap tangan Hanis sehingga keluar daripada bilik seksaan itu. Perasaannya kini bercampur-baur. Tak tahu bagaimana mahu tafsirkan.

"Zarif cabar aku. Malam ni, kau jadi milik aku honey. Malam ni juga."

Hanis bungkam.

---

T B C

Ayok! Apa jadi dekat Hanis?

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now